Friday 17 June 2016

Doktor Say Shazril Bertugas Di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu

Assalamualaikum semua :')

.

Aku mula kenal Dr. Say ni tahun ni (kalau tak silap) masa Hot FM jemput beliau ke konti Hot FM. Masa tu beliau sedang bertugas di salah sebuah hospital around KL kot. Aku pun tak pasti.

At first tu aku ingat Dr. Say ni dah jadi MD (Medical Doctor) bahagian O&G (sakit puan) sebab ada beberapa orang pendengar radio Hot FM call Hot FM dan cakap nak Dr. Say deliver baby dorang -_- Dan orang yang call tu mestilah pompuan -_- Tetapi hakikatnya tidak. Masa tu Dr. Say masih lagi seorang houseman yang tengah posting di bahagian O&G.

And now, semasa aku sedang menaip entri ni, Dr. Say sudah pun menjadi MD. Dan apa yang mengejutkan ialah beliau bertugas di HSNZ!!! Weh, aku tak caye XD

Just now, kawan aku baru je whatsapp aku beritahu pasal ni. And bila aku tau tu memang zapp, aku buka IG Dr. Say dan tengok update terbaru beliau. And memang betul lah.. Dr. Say bertugas di HSNZ!
Bukti: Gambar 1

Aku rasa macam mimpi pulak. Selalunya tengok Dr. Say dalam TV je time iklan Petronas. Beliau pandu kereta sambil senyum. Tapi sekarang ni, beliau bertugas di HSNZ.. Sama negeri dengan aku. Ada chance ni nak jumpa beliau in person ni. Hehe.
Rujuk gambar ke-2 (IG aku yang @cik_sm tu)

Hemmm. Kalau nak kata aku ni peminat fanatik beliau tu, tak lah jugak. Lagipun kalau aku minat beliau sangat-sangat-sangat pun, tak guna jugak sebab beliau dah kahwin dah. Isteri beliau pun doktor jugak. Dr. Azura.

Tapi.... mungkin aku suka beliau sebab beliau ni doktor kot. Same goes to FL. Tapi aku suka FL sebab blog dia best! Dr. Say ni lain. Lols -,-"

Apa-apa pun, kepada mana-mana rakyat Teganu yang teringin sangat nak bertentangan mata dengan Dr. Say , bolehlah buat-buat pengsan dan mintak ahli keluarga/rakan-rakan hantar korang ke unit kecemasan HSNZ. Nanti bila dah sampai sana, suruhlah mak/kawan korang request nak Dr. Say rawat korang. Amanat terakhir korang lah katakan~ Bila dah dapat tu, terus korang bangun dari pengsan dan buat muka terkejut sambil menjerit dan pengsan lagi sekali. Lepas tu bila dah bangun untuk kali kedua, korang bolehlah selfie/wefie kalau nak. Tapi awas! Jangan sampai Dr. Azura jeles sudah. Kang kang kang. I tak nak tanggung. Huhu XD

Ok-lah. Dah penat jemari aku menaip. Sekarang ni nak pergi berbuka puasa pulak. Hari ni aku berbuka dengan kueteow goreng dan air tebu yang dibeli dari Bazar Ramadhan Manir. Boleh google kalau nak tau di mana lokasinya.

Ok, guys and girls. Till then. Assalamualaikum <3

.

Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...