Friday 13 May 2016

Keyword Bernafsu!

Assalamualaikum <3


Tadi aku tetiba jadi rajin pulak nak cek traffic belog aku. So, aku bukalah and aku tengoklah keyword apa yang boleh membawa mereka menerjah belog aku yang begitu picisan ini. Dan perkara yang begitu mengejutkan telah berlaku padaku. Sila lihat gambar di bawah.


Sila klik pada gambar ini untuk tumbesaran yang maha hebat.
Jangan lupa untuk endahkan bilangan pageviews aku. Almaklumlah, aku ni bukannya manusia terkenal.


Cerpen kahwin kerana nafsu?
Cerpen suamiku pentingkan nafsu?
Cerpen cinta kerana nafsu?
Cerpen kahwin paksa kerana nafsu?

Wow! Wow!! Apa ni!? Kenapa ada nafsu? Kenapa mesti nafsu? Kau ingat aku tulis belog ni menggunakan perkataan nafsu ke? Kau ingat aku tulis cerpen yang berkaitan dengan nafsu ke? Oh, god! Serius terkujat aku dibuatnya. Tak sangka betul orang masuk belog aku kerana nafsu -,-

Eeee. Menakutkan betul!

Kalau korang tak caye yang aku tulis cerpen yang tak berkaitan dengan nafsu serakah manusia, silalah rajinkan diri untuk klik di sini dan juga di sini.

Mungkin ada bab nafsu-nafsu tu. Tapi, bukanlah seperti yang korang fikirkan --"


Aku mintak tolong sangat kat korang yang nak menerjah belog aku secara haram itu supaya menggunakan kata kunci yang sopan lagilah santun. Janganlah yang berkaitan nafsu. Sedih sangat aku ni ha U_U Wuuuu T_T 


Oklah. Nak beremo kejap. bai.


Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...