Wednesday, 25 May 2016

Welcome To Hostel

Assalamualaikum semua :')
.

Pagi ni aku dikejutkan dengan bunyi ayan berkokok di tepi telinga. Dengar sahaja bunyi tu, terus mimpi-mimpi indahku melayang entah ke mana. Ah! Tak syoknya XOXO

Pagi ini juga, bangun aje dari tidur, baru perasan yang aku pegang handhphone. Guess what? Ya, tuan puan sekalian. Aku tertidur dengan handphone. Paling tak best bila aku cek baki internet kat handphone tinggal 9.99MB lagi sedangkan nanti tempoh data tu dah nak tamat. So, gigihlah aku menghabiskan data tu. Tak sedar ke yang aku ni dah lewat nak gi mandi!!?

Untuk pengetahuan korang, semalam aku asyik sangat pek pakaian untuk balik ke hostel. Mungkin tu sebabnya kot sampai aku tertidur.

What!? Siti Halimah tinggal di hostel!? Sejak bila??

Wow wow wow. Jangan terkejut dulu..

Ya, memang aku akan di tinggal di hostel dan penyiksaan ini akan bermula petang ini. Ya, petang ini aku akan check in hostel tu -,- Dan aku rasa sangat tak syok!!

Kalau check in petang ni, makanya aku akan check out hostel hari Selasa ni. Makanya, aku takkan update langsung pun entry di belog ini buat 5 hari. Nak tunggu update belog pun bila hari Rabu. Itupun kalau aku rajin la.

Ah, sedihnya tak boleh update belog T_T

Oklah semua. Sekarang ni jam dah tunjuk pukul 5.15 am. Maknanya aku dah lambat lima belas minit untuk mandi. So, aku off dulu. Sebelum tu, saje nak cakap, I love you blog! I love you readers ^_^||

Ok, till then. Assalamualaikum :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

Tuesday, 24 May 2016

Cherry Blossom | Entri Penuh Emosi

Assalamualaikum and hye, peeps :')

.

Entri kali ni aku nak emo-emo sikit. So, layankan ajelah, ya? Alah, sikit aje pun. Bukannya banyak sangat. Tapi kalau korang rasa banyak dan malas nak layan, dipersilakan supaya tak payah baca entri ni. Ok? Dah, bla! *mulut mucung tanda tak puas hati

***

Aku tak tahu kenapa, setiap kali aku tengok gambar bunga sakura, terus aku rasa lain macam. Lain macam yang tak tahulah nak describe macam mana. Lain macam yang rasa macam lain. Lain macam yang lain rasanya. Lain macam yang macam-macam lain. Lain macam yang lainlah! Yang penting lain. Korang faham tak? Sebab aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Hehe XD

Bila aku tengok gambar bunga sakura, aku rasa lain.
Aku rasa sebak.
Aku rasa aku rindukan something. Tapi aku sendiri pun tak tahu apa mende tu.
Aku rasa macam nak nangis.
Aku rasa tak tentu arah.
Aku rasa resah.
Aku rasa gelisah.
Aku rasa sedih.
Lagi-lagi kalau tengok gambar bunga sakura sambil dengar lagu From The Beginning Until Now dan My Memory by Ryu. Masa tu lagilah emo.

Aku tak tau kenapa aku mesti rasa macam tu sebab aku sendiri pun tak pernah sampai kat negara yang ada bunga sakura ni. Japan and Korea, of course.

Aku pun tak tau kenapa aku mesti rasa macam tu sedangkan aku tak ada apa-apa kenangan pun dengan bunga sakura tu. Ex-pakwe aku pun tak pernah beri aku sejambak bunga sakura merah semasa hari Velentine sepanjang kitorang couple. Ialah, macam mana nak beri kan? Pakwe pun tak ada. Apatah lagi ex-pakwe? Haks XD

But, seriously aku memang tak faham dengan diri aku sendiri. Tiap kali tengok gambar bunga sakura, mesti aku akan rasa macam tu u__u Tu baru tengok gambar, bukan lagi tengok bunga sakura in real life. Kalau tengok yang real punya agaknya camne? Acu pikir jap :/

Hemmmm.... Serious aku keliru dengan perasaan sendiri. Jap nak nyanyi lagu Raja Ema ft. Sleeq jap.

Aku keliru
Aku keliru
Aku keliru
Selalu keliru...

*yang part selalu keliru tu aku reka je.

Tapi, kan..
Bila fikir balik kan..
Aku rasa aku tau la kenapa aku rasa macam tu.. (pulak -_- ? )
Tapi, sorry la sebab aku tak boleh share di sini..
Dan korang pun mesti tak nak tahu kan apa sebabnya. Kan? Ialah, aku ni bukannya Fatin Liyana u__u  By the way, jom baca cerita pasal FL dah selamat beranak kat sini. Hehe XD *sempat lagi tu poromote. Lempang kiri kanan pipi nak?

Ok, back to topic.

To be honest, actually, aku pernah ada sejarah di sebalik bunga sakura tu. Dan url blog ini iaitu ciksakuramerah.blogspot.com juga ada ceritanya yang tersendiri. Tapi bukan pasal bunga sakura. Pasal hal lain. And actually, cerita tu dah lama berlalu. Dah tinggal sejarah dah. Dah jadi parut dah. Tapi, nama pun parut kan? Walaupun dah lama berlalu, tapi kesannya still ada. Apa lagi kalau bukan parut tu? Korang faham tak? Sebab aku sendiri pun tak faham apa yang aku tulis. Hehe XD

Bila aku ulang baca balik apa yang aku tulis kat entri ni, aku rasa entri ni macam sampah sebab tak ada isi langsung. Aku rasa aku tak patut publish entri ni kat blog aku. Tapi, aku nak publish jugak! Ah, takde. Blog aku kan. So, suka hati aku la  ̄︿ ̄

Dan, aku ni dah kenapa? Dengan diri sendiri pun nak gaduh. Hem.. Cannot brain •﹏•

Ok, lah semua. Terima kasih kerana membaca entri sampah ini :') Walaupun entri ini sampah sahaja, but aku still rasa puas sebab dah dapat keluarkan/luahkan apa yang ada dalam hati aku ni walaupun dalam bentuk yang bercelaru dan sukar difahami. Aku kan seorang yang complicated dan sukar difahami, so penulisan aku pun mestilah kena ada unsur-unsur begitu. Barulah terserlah identitiku di situ. Ye tak?

Ok, lah semua. Terima kasih kerana  membaca entri sampah ini :') Assalamualaikum and bye.. Jangan lupa datang visit belog kita lagi, ya ;)

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

BUNGA SAKURA DI GUNUNG FUJI, JEPUN. Again, rasa nak nangis tanpa sebab π_π Rasa nak lempang diri sendiri. *facepunch. Dush! Dush! (side effect) -_-"

Bukti Aku Tak Aktif Media Sosial

Assalamualaikum and hye semua :')

.

Honestly talk, aku memang tak aktif media sosial. Kalau IG tu, aku selalunya buka sebab nak stalk bloggers je. Post gambar jauh sekali. Facebook pulak, aku hanya buka bila aku dapat emel yang memaksa aku untuk on FB. Kalau tak, jangan harap! Twitter? Akaun Twitter ada. Tapi aku tak dah ingat apa emel dan password Twitter aku XD So, faham-faham aje lah. WeChat? Oh, kita takde WeChat. Kita tak main WeChat. Kita malas ╯﹏╰ Kalau bab whatsapp tu, aku memang malas sangat-sangat nak ambil tahu. Kadang tu rasa serabut giler bila banyak whatsapp masuk padahal ada 2 group je. Group saudara-mara dan group sekolah menengah. Itupun dah sangat menyakitkan hati bila handphone hang disebabkan whatsapp banyak sangat. Ada jugak niat nak delete whatsapp tapi nantikan menyusahkan diri sendiri pulak. Ish, macam-macam hal.

Tapi kan, saudara-mara aku especially yang mak cik-mak cik la selalu sangat kata yang aku ni kaki FB.  Tidak tahukah diorang yang aku sudah bosan bermain FB? Besides, aku main FB guna jari, bukan kaki -,- Sedih Awang Mursyid dengar kata-kata mak cik-mak cikku itu sebab diorang fail sastera. Wuuuu T_T

Tetapi, walau seratus lima puluh jatuh kali aku beritahu diorang perkara yang sebenar sekalipun, diorang still tak nak caye dengan aku and tetap jugak nak stick pada pendirian diorang yang aku ni kaki FB. Oh, sadisnya π_π Kaki FB tu diri aku yang umur 12 tahun dahulu. Bukannya 15 tahun. Perkara tu dah 3 tahun pun berlalu u__u

Tetapi, apa kan daya? Diorang bukannya nak percaya. So, untuk buat diorang percaya dengan kata-kata aku, aku upload gambar ni sebagai bukti yang aku bukan kaki FB dan media sosial yang lain. Tak kisahlah kalau mak cik-mak cikku tak dapat baca pun sebab diorang tak tahu aku ada blog. Asalkan korang baca. Hehe XD

Dah, bye. Assalamualaikum :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Bukti:

Gambar pertama : Status last aku kat FB.
Gambar kedua : Jumlah gambar yang aku upload di IG sepanjang 2 tahun aku ada IG. Sila abaikan bilangan followers. Faham-faham ajelah. Aku ni bukannya hot stuff -..-"
Gambar ketiga : Kali terakhir aku upload gambar di IG ialah 5 weeks ago. Dah sebulan dah IG aku bersawan. Hem...

Sunday, 22 May 2016

Quote Of The Day #4

Assalamualaikum semua :)

.

"Appreciate good people. They are hard to come by."

.

Kalau nak cari orang yang talam dua muka, depan kita dia baik macam malaikat tapi belakang kita dia jahat ngalahkan syaitan, itu perkara yang sangat senang. Ramai je manusia yang macam tu. Nak lagi senang, tak payah cari orang lain, tengok diri sendiri sudah. Try tilik diri sendiri. Kita ni talam yang ada satu muka aje ke, or talam dua muka?

Sentap? Baguslah. Itu maknanya kita sedar akan kekhilafan diri kita dan insya-Allah kita akan cuba untuk berubah. Aku sendiri pun bukannya bagus. Ada banyak sangat keburukan! Tapi takpe, sama-sama kita berubah :)

.

"Appreciate good people."

- Fuh! Susah gila kan? Aku sendiri mengaku yang aku sangat sukar untuk appreciate orang. Tak kisahlah good or bad. Tapi kalau nak appreciate tu, seriously susah.

Kenapa susah?

Sebab kita tak pernah rasa yang orang tu 'cukup' untuk kita. Kita sentiasa tengok pada kekurangan dia. Kelebihan dia kita tolak tepi. Kita buat tak endah je. That's why susah.

One more thing, sebab kita tak pernah nak hargai kebaikan yang dia buat pada kita. Kita tak pernah pun nak berterima kasih dengan pertolongan dia. Yang penting, kita ditolong. Bab hargai dan terima kasih tu kita campak ke Atlantis -,- Sungguh tak bagus. *geleng kepala

.

"They are hard to come by."

*They kat sini dituju khas kepada good people.

Serious aku kata, good people memang susah nak cari dan jumpa. Kalau kita jumpa sekalipun, sekali dia hilang, dia akan terus hilang. Bila dah hilang tu memang dah susahlah nak jumpa balik.

.

"Appreciate good people."

Why?

"Because they are hard to come by."

- Yes. Hard to come by. So, kalau dah jumpa good people tu, please hargai dia. Kalau suatu hari nanti dia dah takde, kita takkan jumpa lagi penggantinya. Seriously sangat susah nak cari pengganti good people ni. One In A Million.

Akhir kata, "Appreciate good people. They are hard to come by." K, bye. Assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entri ^_^

.

Ps: Pesanan untuk diri sendiri jugak yang penuh dengan kekhilafan dan kejahilan u__u

Alhamdulillah, Fatin Liyana Selamat Melahirkan Anak

Assalamualaikum semua :)

Actually aku dah tahu since 3 minggu lepas lagi yang Fatin Liyana dah selamat melahirkan anak. Macam mana aku tau? Mana lagi kalau bukan akaun IG @dr.afl . FL sekarang ni kan dah jarang update belog. Wuuu. Rindunya nak baca belog FL u__u

3 minggu lepas semasa aku stalk IG @dr.afl , aku adalah terbaca satu post yang berbunyi, "Doakan isteriku". Masa ni persoalan tentang "FL dah beranak ke?" dah bermain-main dah dalam minda aku. Disebabkan inquiri yang tinggi dalam diri aku ni, so aku pun bacalah komen-komen kat post tu and memang sudah nyata tak perlu suluh-suluh lagi bahawa FL dah beranak. Masa ni aku pulak yang terasa terlebih excited ^_^ Almaklumlah, pencinta bayi la katakan. Before aku kuar dari IG @dr.afl tu, aku sempat jugak tinggalkan komen. Tapi, korang tak perlu tahulah apa yang aku komen. Eyh? Sebab korang pun memang tak nak tahu T_T

Seminggu selepas itu, aku stalk balik IG @dr.afl untuk tengok manalah tahu kan kot-kot Dr. AFL update gambar anak diorang ke kat IG. Tapi malangnya tak ada apa-apa post baru pun. Post yang paling atas ialah post yang Dr. AF upload minggu lepas iaitu post "Doakan Isteriku". Itu ajelah. Lepas tu, aku try cari kat google. Tapi sekali lagi nasib malang menimpa diri ini. Aku search, "Fatin Liyana Selamat Melahirkan Anak". Tetapi yang keluar, "Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Kedua"-_- Cis... Itu cerita lapuk --"

Then minggu lepas, again aku stalk IG @dr.afl and kali ni aku tak bernasib malang sebab FL ada post pasal anak dia!!!! Wah! Masa tu aku rasa happy sangat. Macam anak FL tu anak buah aku pulak. Padahal kakak abang aku pun tak kahwin lagi -..- Takpe, nanti aku kahwin ;) Aku kan gatal nak kahwin XD

Aku tengok, FL post gambar anak dia (gambar 1) sekali dengan caption yang berbunyi sila rujuk gambar no.2. Masa tu memang bibir aku ni reti nak senyum je sepanjang masa. Happy la katakan. Tu baru happy sebab anak FL dah lahir, belum lagi anak sendiri yang lahir ∩__∩

Part yang aku rasa aku nak senyum sampai hujung bibir kiri bertemu hujung bibir kanan (hiperbola semata-mata) ialah part nama anak FL. Sangat ringkas tetapi maksudnya sangat mendalam dan berat. Ya, berat.

AJDA BINTI ANWAR FAZAL

Ya, teman-teman. Nama anak FL ialah AJDA sahaja. Dan maksudnya ialah YANG BERMANFAAT dalam bahasa Arab dan HELPER dalam bahasa Latin. Betul la kan kataku? Maksud nama anak FL ni berat. Yang bermanfaat :)

For your information, sekarang ni baru aku tau yang ada rupanya nama 'Ajda' kat dunia ni. Serious aku rasa kolot. Nama Maroon 5 dengan Katy Perry tau sangat. Tapi nama Ajda tak tahu. Hemmmmm... *face punch

Kalau korang perasan, anak FL menggunakan binti bukannya bin. Haaa.. Tau tak apa maknanya??

Maknanya, anak FL ialah gegirl :)

Lagilah aku rasa tambah tambah tambah happy + excited. Nanti bolehlah tengok Ajda dan Nadrah main masak-masak sama-sama ^_^

Tadi buka blog FL and tengok FL ada publish new entri about Ajda kat blognya. So, kepada korang yang takde IG dan sangat tertunggu-tunggu tentang berita pasal Ajda ni, bolehlah visit blog FL dengan klik di sini, ya?

To FL and AF, big congratulation to both of you. Semoga korang berdua boleh menjadi ibu bapa yang baik kepada Ajda :) Dapat memberi didikan yang sempurna kepada Ajda ;) Ingat, kerjaya sebagai seorang doktor bukanlah penghalang dalam mendidik anak.

Aku sendiri pun ada seorang kawan yang emaknya bekerja sebagai DOKTOR PAKAR PEDIATRIK. Dia ada 5 orang adik-beradik, 4 perempuan dan 1 lelaki dan dia adalah anak ke-4. Maknanya dia ada 3 orang kakak dan seorang adik lelaki. Kakaknya yang sulung sekarang ni umur 25 tahun dan sedang berada di tahun akhir dalam course Sains Sosial di UniSZA. Kakak dia yang kedua pulak umur 21, seorang medical student di UCSI, KL. Kakaknya yang ketiga umur 19 tahun dan berada di tahun kedua di UIA dalam course Bahasa Arab. Yang keempat of course lah dia dan yang kelima adiknya yang berumur 11 tahun. Walaupun emaknya seorang doktor yang sibuk, emaknya still boleh didik dia adik-beradik. Paling menarik ialah, diorang 5 beradik sangat rapat dengan mak diorang :)

So, telah terbukti di situ, bukan? Kalau mak kawan aku boleh didik anaknya 5 orang, why not Dr. AFL ? Kan kan?

To Ajda, semoga menjadi anak yang baik. Jadi seorang wanita yang betul-betul solehah. Jadi seorang muslimah sejati. Jadi seorang insan yang bermanfaat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Membesar di alaf 21 ini bukannya sesuatu yang mudah. Apatah lagi kalau tinggal di KL. Apa yang penting ialah iman kena kuat. Kalau iman kuat, datanglah apa-apa jenis dugaan pun, Insya-Allah kita akan dapat tempuh. Tetapi kalau iman tak kuat, wallahualam. Yang tu tak boleh nak kata apa.

.

Ok,lah. Sampai sini je. Bye, assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

Kalau tak percaya dengan cerita ni, korang boleh rujuk gambar di bawah :

Saturday, 21 May 2016

Dia Dirogol Dan Dibunuh Secara Kejam | Pengajaran

Assalamualaikum :)

Tadi aku dapat aatu nesej dari whatsapp pasal gadis Indonesia yang dirogol oleh 3 orang lelaki dan dibunuh secara kejam. Dan mesej ni adalah pengajaran daripada peristiea tu. Bacalah untuk tambah ilmu dan kesedaran :)

***

Tolong panjangkan

Bagaimana adik-adik gadis kita boleh mengambil iktibar...Lihat bagaimana Islam mengajar kita..

Sehari dua ini hangat netizen menangisi kezaliman yang dilakukan terhadap adik Enno Farihah dari Indonesia. Allahuakbar, kejamnya mereka jauh melangkaui batas akal normal seorang manusia..

Bayangkan, sudahlah dirogol, dibunuh dan jauh lebih jijik hampir sebahagian besar batang cangkul dirodok masuk melalui kemaluannya Allahurabbi..

Takutnya memikirkan suasana akan datang.. Entah bagaimana ujian untuk generasi anak2 dan cucu cicit kita.. Semoga Allah menjaga kita dan seluruh zuriat keturunan kita amin..

Justeru, ada baiknya kita melihat dan berpesan kepada diri, dan anak2 gadis yang kita kenali...

1) Berpada-padalah dalam berteman. Apatahlagi yang lain jantinanya.. Islam tidak menegah, namun batasnya harus dipelihara. Jaga pandangan, dizaman serba canggih ini, tutup segala jalan membawa kepada keghairahan. Posing2 maut dilaman sosial, kongsi2 gambar di whatsapp, video call atau apa sahaja yang tidak punya keperluan... Baik laki-laki mahu perempuan, dua-dua Allah sebut dengan jelas di dalam Al Quran,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Katakanlah kepada wanita yang beriman, ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya …”(Surah An-Nur: 30-31)

2) Jaga aurat dan pelihara dengan sebaiknya.. Kata Allah, “… Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan kerana itu mereka tidak akan diganggu …” (al-Ahzab: 59)

Tanyalah kepada mana-mana laki2, saya percaya, mereka lebih menghormati wanita yang tertutup auratnya dengan sempurna. Bahkan jauh lebih manis dimata mereka.

3) Jaga tutur kata. Buang bicara2 manja menggoda. Berbahasa dengan baik tetapi tegas caranya. Kerana apa? Kerana lenggokan bicara diadun dengan gerakan lentokan badan mampu menaikkan nafsu durjana. Perempuan mungkin rasa ia biasa, tetapi pada laki2 ia bisa mengocak iman mereka.

4) Jauhi berdua-duaan sekalipun ditempat yang terang. Nafsu tidak mengenal malam atau siang. Hari ini bertemu ditempat yang ramai orang, esok2 merindu mahu berdua tanpa ada yang pandang. Ringkasnya, tutup rapat jalan yang boleh mengundang kedurhakaan pada Tuhan..

Bukan sahaja sesama pasangan, bahkan juga ipar duai disisi. Kata Nabi, “Jangan kamu masuk ke tempat wanita.” Mereka (sahabat) bertanya, “Bagaimana dengan ipar wanita.” Beliau menjawab, “Ipar wanita itu membahayakan.” (HR Bukhari).

Jaga anak perempuan jangan sampai jadi penggoda, jaga anak laki2 kita jangan sampai jadi perogol durjana!

Semoga Allah mengampuni dosa kita yang lalu dan kini  baik yang dilakukan secara sedar atau tidak.. Semoga Allah tidak mengkifarahkan dosa kita kepada zuriat dan keturunan kita dan semoga Allah menuntun hati kita dijalan-Nya..

Ya Allah, ampuni adik kami ini dan tempatkanlah dia bersama orang yang beriman!

- (Ulasan panjang boleh dirujuk kitab Fatawa Al Mu'asirah oleh Al Fadhil Syeikh Yusuf Qaradhawi bahagian Hukum pergaulan laki-laki dan perempuan)

Ayuh mencari keampunan Allah,
Kita juga pendosa!

CnP anonymous

***

Zaman sekarang ni macam-macam perkara yang tak diduga boleh berlaku. So, to girls please be aware. Lelaki tak semua baik. Tetapi tak semua lelaki jahat :) To boys pulak, please kuatkan iman korang. Jangan buat wanita macam ni please T_T

Aku harap perkara ni takkan terjadi kat aku dan semua perempuan lain. Serious aku takut dengan kes ni. Kejamnya 3 orang lelaki yang rogol dan bunuh perempuan tu u__u

K, lah. Bai, assamualaikum T_T

Thanks for reading this entry ╯︿╰

Yang Mana Lagi Teruk? Ular Makan Tuan Atau Kawan Makan Kawan?

Assalamualaikum semua :)

Semalam tengah aku duk stalk satu page kat FB ni, aku adalah terbaca satu status yang boleh dikira mengejutkan jugaklah. Then I thaught, why not aku share kat sini kan? So, this is the story. Enjoy reading ^_^

***

She Slept With Her Snake And Then The Vet Told Her Something Shocking.

.

This is a true story about a woman from India who lived in the Middle Ages and had a pet snake, python, which she loved so much. The snake was 4 meters long and looked healthy. However, one day her unusual pet just stopped eating. This lack of appetite in the snake continued over a few weeks. The desperate woman tried everything
she could and offered anything that a snake would like to strangle and eat. Nothing worked, and finally
the woman took her loving pet to the veterinarian as a last resort. The vet listened to the woman carefully and asked, “Does your snake sleep with you at night, wrap around you closely and spread out throughout its length?”

The woman was surprised and with a lot of hope she said, “Yes! Yes! It does it every day and it makes me so sad because I see something asking of me, and I cannot help it feel better.” Then, the vet said something shocking and most unexpected. “Madam, your pet is not sick; it is just preparing to eat you.” Yes, the python wasn’t sick
but it has been preparing to eat her instead!

“Every time, it is creeping and “hugging” you, wrapping around your body, it is checking size to weight how a great meal you are and how it must be prepared before the attack. And yes, it does not eat, in order to have enough space to digest you
more easily,” the vet said.

.

This story comes with a #moral – Even people close to you, whom you are very affectionate with, can, have mean intentions. You need to identify the snake around you and their true intent. Hugs and kisses are not always honest. Don’t fear the enemy that attacks you, but the fake
friend that hugs you.

***

Terkujat tak? Terkujat tak? Mesti terkujat kan? Kan, kan? Aku pun terkejut + takut bile baca cerita ni. Serius tak sangka yang ular yang nampak baik tu ada niat nak makan tuannya sendiri. Tapi, tak boleh nak kata apa jugak sebab manusia ni memang makanan ular pun u__u
.
Tapi apa yang aku nak cakapkan/tuliskan/taipkan di sini bukanlah pasal ular tu. Tapi pasal moral of this story.
.
"Even people close to you, whom you are very affectionate with, can, have mean intentions. You need to identify the snake around you and their true intent. Hugs and kisses are not always honest. Don’t fear the enemy that attacks you, but the fake friend that hugs you."

Kalau haiwan yang tak ada akal pun sanggup nak makan tuannya yang jaga dia, belai dia, beri dia makan, apatah lagi kawan sendiri, kan? Memang perkara ni dah jadi lumrah dalam kehidupan. That's why some people say, "Aku lebih takut manusia dari hantu."

Hantu kalau dia nak buat jahat kat manusia, dia munculkan diri dia je, mesti manusia kecut. Tapi manusia kalau nak buat jahat kat manusia, mesti dia buat senyap-senyap. Manusia takkan tunjukkan 'muka' dia yang sebenar yang crazy crazy buruk tu kepada manusia yang dia nak buat jahat. Sebab tu lah, wujudnya pepatah, "talam dua muka". Bagus betul orang dulu-dulu sebab pandai reka pepatah. Orang zaman sekarang ni tau melalak nyanyi lagi Katy Perry je. (Aku la tu XD )

So, pengajarannya di sini. Kita mestilah bijak dalam memilih kawan supaya tidak berlaku adengan kawan makan kawan :) Faham ya, anak-anak? Dan sejak bila pulak aku ada anak -_-"

Wah, happy kejap cikgu BM aku sebab aku pandai tulis pengajaran sendiri ^_^ Weeee...

Ok, lah. Bye, assalamualaikum :)

.

Thanks for reading this entry ^_^

Friday, 13 May 2016

Keyword Bernafsu!

Assalamualaikum <3


Tadi aku tetiba jadi rajin pulak nak cek traffic belog aku. So, aku bukalah and aku tengoklah keyword apa yang boleh membawa mereka menerjah belog aku yang begitu picisan ini. Dan perkara yang begitu mengejutkan telah berlaku padaku. Sila lihat gambar di bawah.


Sila klik pada gambar ini untuk tumbesaran yang maha hebat.
Jangan lupa untuk endahkan bilangan pageviews aku. Almaklumlah, aku ni bukannya manusia terkenal.


Cerpen kahwin kerana nafsu?
Cerpen suamiku pentingkan nafsu?
Cerpen cinta kerana nafsu?
Cerpen kahwin paksa kerana nafsu?

Wow! Wow!! Apa ni!? Kenapa ada nafsu? Kenapa mesti nafsu? Kau ingat aku tulis belog ni menggunakan perkataan nafsu ke? Kau ingat aku tulis cerpen yang berkaitan dengan nafsu ke? Oh, god! Serius terkujat aku dibuatnya. Tak sangka betul orang masuk belog aku kerana nafsu -,-

Eeee. Menakutkan betul!

Kalau korang tak caye yang aku tulis cerpen yang tak berkaitan dengan nafsu serakah manusia, silalah rajinkan diri untuk klik di sini dan juga di sini.

Mungkin ada bab nafsu-nafsu tu. Tapi, bukanlah seperti yang korang fikirkan --"


Aku mintak tolong sangat kat korang yang nak menerjah belog aku secara haram itu supaya menggunakan kata kunci yang sopan lagilah santun. Janganlah yang berkaitan nafsu. Sedih sangat aku ni ha U_U Wuuuu T_T 


Oklah. Nak beremo kejap. bai.


Thanks for reading this entry ^_^

Tutorial Menggayakan Bawal Crepe Seperti Shawl by Siti Halimah

Assalamualaikum semua <3


Hari ni, aku nak kongsi sikit kat korang cara aku pakai tudung bawal crepe tetapi aku jadikan seperti shawl. Enjoy ^_^



Dari pandangan depan.

 Dari pandangan depan juga. Abaikan muka aku yang seperti mintak panampar itu.

Dari pandangan tepi sebelah kanan.

Dari pandangan belakang.


Ok je kan?
Labuh je kan?
Ikut syariat je kan?
Kan?
Kan? Kan?





Siapa berkenan nak pakai tudung macam model dalam gambar kat atas ni angkat kaki!! Wow, ramai rupanya yang nak. Ok, kerana ramai yang nak, so aku berbesar hati untuk buat satu video tutorial cara aku pakai tudung bawal crepe ni jadi macam shawl. Sila klik sini dan sini untuk video, ya. terima kasih kerana menonton :) 


Thanks for reading this entry ^_^

Quote Of The Day #3

Assalamualaikum and hye semua <3


Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang ni sedang berada di dalam minggu exam. Aku start exam hari Rabu lepas and alhamdulillah, aku dah exam 6 paper dah :) Yieha! And alhamdulillah jugak sebab keenam-enam exam tu, semuanya aku boleh jawab. Hehe :D Cuma tak tahu betul ke tak je. Korang yang baca belog aku ni, rajin-rajinkanlah tadah tangan doa kat Allah supaya permudahkan segalanya dah luaskan minda aku serta terangkan hati aku semasa menjawab soalan tu. Eyh? Sayang korang! hehe. Padahal tak kenal pun siapa korang tu. Huhu T_T

Memandangkan aku sekarang ni berada di dalam musim exam, so aku nak kongsi sikit quote berkaitan dengan exam dan kejayaan jugak.



"I failed my exam in some subjects but my friend passed. Now he's an engineer in Microsoft and I am the owner.' -Bill Gates

Aku nak kongsi sikit cerita pasal bill Gates berdasarkan pengetahuan aku. Kalau salah, tolong betulka, ya :)

Bill Gates dulu bukanlah seorang yang bijak. Beliau tu setiap kali exam mesti fail dan perkara itu sentiasa berterusan. Tetapi, kerana semangat yang ada dalam diri beliau dan sifat ingin berjaya, beliau cuba juga dan terus mencuba sehinggalah beliau berjaya mencipta microsoft yang sekarang menjadi 'benda' paling penting bagi setiap orang yang nak buat kerja dalam komputer or laptop.

So, nampak tak pengajaran di situ? Kita tak semestinya perlu pass dan dapat straight A setiap kali exam. Exam itu hanya ujian biasa je. Tak semestinya kalau pass exam, kau akan berjaya dalam hidup. Bukan exam yang menentukan kejayaan seseorang itu, tetapi semangat dan usaha yang ada dalam dirinya.

Jangan sedih kalau tak pass exam and tak dapat straight A walaupun dah beribu kali kita usaha. Tapi sedihlah kalau kita tak usaha langsung pun. Result tu nombor 2, yang pertama ialah usaha. Ok?
Aku harap aku boleh berjaya sebagaimana impian aku. Kalau tak berjaya sangat-sangat-sangat pun, at least dapatlah balas jasa kedua ibu bapa aku. Mereka berdua dah berkorban banyak sangat dah untuk aku. Jadi, apa salahnya aku berkorban sedikit untuk mereka dengan belajar walaupun tak bersungguh-sungguh sangat pun. Hehe XD


ok,lah. Jangan lupa tau doakan aku. Semoga doa korang semua diperkenankan. Amin...


Thanks for reading this entry ^_^

Saturday, 7 May 2016

Reason Kenapa Aku Tak Update Blog Minggu Lepas

Assalamualaikum brothers and sisters <3
.
Sudah begitu lama nampaknya blog ciksakuramerah tidak berupdate dengan entri terbaru dan terkini. Aku selaku owner blog ini nak mintak maaf sangat-sangat dan banyak-banyak kepada korang yang menunggu entri terhangat di abad ini daripada aku walaupun hakikatnya aku tau tiada sesiapapun yang menunggu new entri dari aku. Tulis ayat bajet Fatin Liyana je, an? Tiba-tiba nyampah dengan diri sendiri --" Tapi.. Takpe-takpe. Bukan selalu pun boleh bajet retis ala ala Fatin Liyana, an? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ye dak? Heee -..-
.
Pendahuluan aje dah panjang kemain. Sebab itulah aku tak nak buat pendahuluan. Lebih tepat lagi malas. Sebab aku tau aku akan melalut ke topik lain. Terus hilang tajuk topik yang hendak dibincangkan pada entri ini. Mujur gak tadi awal-awal dah tulis tajuk entri. Makanya, tak perlulah aku susah-susah kerahkan minda untuk ingat kembali topik apa yang hendak dihurai pada petang yang begitu hening ini . Hebat bukan? Inilah namanya sediakan payung sebelum hujan. Hehe XD Tengok tu aku melalut lagi! Eh, dengar bunyi anak ayam berkicaulah ∩__∩
.
So, tajuk entri untuk entri kali ini ialah :
Reason Kenapa Aku Tak Update Blog Minggu Lepas
Seperti yang korang tahu itupun kalau tahulah aku ni bukanlah seorang blogger tegar seperti kalian-kalian yang kerjanya hanya mengupdate entri sahaja 24/7. K, auta -,- Aku seorang blogger. Tetapi aku cuma blogger picisan yang tidak dikenali ramai ataupun mungkin tidak dikenali langsung di dalam group blogger. Oleh sebab itulah viewers aku dalam sehari cuma 40+. Itupun mungkin ada orang yang tersesat masuk ke blog aku dan TERbaca entri entahapaapa yang ditaip oleh aku. Dan kerana itu jugalah, walaupun aku dah setahun 2 bulan berbelog, satu habuk BE pun aku tak dapat. Dan secara jujurnya, mendape BE tu pun aku tak tau. Kata orang, BE tu Buffered Earning, tapi... entahlah. Malas aku nak ambik kisah. Yang penting aku happy. Haaa. Gitew!
.
Selalunya, aku cuma akan update satu atau dua entry sahaja dalam seminggu. Kalau rajin tu, adalah kot tambahan satu dua entri. Itupun kalau rajin. Tambah dua lagi, kalau ada masa dan idea. Kalau rajin saje, tapi masa kuat cemburu dan idea main sembunyi-sembunyi, camne nak update entri, an? Tapi, minggu lepas aku tak update blog.
.
So, reason kenapa aku tak update blog minggu lepas ialah :
.
Bukan kerana aku tidak rajin. Untuk pengetahuan uolls, aku adalah seorang manusia yang sentiasa rajin, ok. Cuma itulah, di dalam setiap kerajinan itu pasti terselit secebis kemalasan. Aku juga tidak terlepas dari DIhimpit dengan masalah malas tahap impak maksima. Rindu pulak nak tengok Syamsul Yusof berlakon dalam cerita Impak Maksima n___n
.
Bukan juga kerana aku tiada masa. Minggu lepas aku pulang ke rumah tok aku setelah beberapa kurun aku tidak menjenguk tok dan tokkiku. Makanya aku mempunyai sangat banyak masa untuk mengupdate belog. Harap maklum, statement beberapa kurun itu cuma suatu auta semata-mata dan sudah jelas tak perlu suluh-suluh lagi bahawasanya ianya tersangatlah hiperbola. Mohon tukar kurun kepada minggu. K, kamsahamnida :D *senyum nampak gigi
.
Tiada idea? Itu bukan penyebabnya. Kalau aku tak ada idea sekalipun, aku boleh je update entry Quote Of The Day. Tetapi hakikatnya, satu habuk entri pun tak berupdate.
.
Jadi apakah penyebabnya????
.
Haaa. Mahu tahu? Mahu tahu?
.
Penyebabnya ialah handphone aku makan data banyak sangat. Aku tak sempat nak tulis entry pun lagi, Celcom dah hantar sms, "Anda telah menggunakan RM3 daripada kredit anda. Sila reload untuk terus menggunakan perkhidmatan internet dari pihak Celcom". Demmm! Jantung berdegup toksah katalah bila baca sms tu. Terus aku tutup data dan cek baki kredit. And..... kredit aku yang asalnya RM8 cuma tinggal RM0.14 je!!! Kata RM3 je aku guna, tapi kenapa tinggal 14 sen je? Ah! Benci celcom. Benci. Tapi benci-benci pun still setia guna tu. Tak teringin nak tukar lain ke, ketot?
.
Kalau korang tanya aku guna data plan apa? Jawabku, aku guna yang RM1 dapat 50MB internet dan free 100 sms selama 12 jam.
.
Disebabkan aku ni jarang online. Online seminggu sekali je, ye. Contohilah saya. Bila online pulak tu, just baca blog je. Memang tak banyaklah guna data. Tambahan pula, aku ni seorang yang kedekut, makanya, aku cuma langgan data plan tu je. Kalau langgan data plan yang sebulan tu, alamat oi, memang tak tengok buku lah aku agaknya. Asyik baca belog je.
.
So... sekarang sudah jelas lagilah nyata kan sebab kenapa aku tak update belog minggu lepas. Aku bukannya malas tau, tapi internet wat hal. Ish, geram lah! Habis lesap kredit aku centu je. Bukan sikit. RM8 kot. Duit tu aku boleh guna untuk beli kuewtiaw tom yam kat sekolah time rehat untuk 8 hari. Demm ko celcom. Mujur gak aku ni setia pada yang satu. Kaulah orangnya Q_Q Sayangilah aku T_T
.
Makanya, selepas ini kalau aku tak update belog, antara sebabnya ialah celcom jahat dengan aku. Aku tak tahulah nak buat camne lagi. Buat baik dibalas jahat. Senang citer ikut Boboiboy lah. Team BuBaDiBaKo. Buat Baik Dibalas Koko.
.
Oklah. Simptom simotom untuk melalut sudah mula menunjukkan diri. Oleh itu, lebih baiklah aku mengundurkan diri terlebih dahulu. Sebelum itu,kepada korang yang sudah lama baca belog aku ni, terima kasih daun keladi lain kali baca lagi. Kepada sesapa yang baru je tahu pasal belog ni, itupun kalau adalah. Rajin-rajinkanlah diri korang untuk terus baca belog ni, ya? Syuqran jazilan :) Dan jangan lupa untuk promote blog aku ni. Hehe. Batak jap. K, bai. Assalamualaikum <3
.

.
Thanks for reading this entry ^_^

Quote Of The Day #2

Assalamualaikum <3

.

"Everyday may not be good. But there is something good in everyday."

.

Cubalah cari apa yang 'good' untuk hari ni dan hari seterusnya. Confirm korang akan rasa happy :)
.
Kadang tu tak perlu cari pun sebab 'something good' tu akan datang sendiri tak kiralah apa jua cara sekalipun. Yang penting kita aje. Sama ada kita sabar ataupun tak untuk menunggu.
.
Kadang tu jugak, 'something good' tu kita akan jumpa dan dapat bila kita berada dengan orang yang baik, tempat yang betul dan masa yang tepat.
.
Dan SOMETHING GOOD aku untuk hari ini ialah aku dan kenkawan makan buah pauh (mempelam tak masak lagi) cicah colek (kicap+gula+cili api) ramai-ramai dalam kelas semasa rehat. Best sangat ^_^ Bayangkanlah setelah beberapa bulan aku tak makan buah pauh, sekali dapat makan terus jadi lupa diri. Nampak makanan je. Gile tak gile aku ni.
.
Pape pun. Thanks so much to my friends, Ilham (perempuan ye) , Siti and Piqa sebab sediakan makanan ni. Aku tau makan je. Tapi tak bawak apa-apa pun. Nampak sangat aku ni kuat makan tapi kedekut -,-
.
Takpe-takpe. Kenkawan I baik ;'') Ni sayang lebih ni <3 Heeee XD
.
Credit to perut kerana memberi kerjasama yang sangat baik kepada aku. Mujur gak perut tak meragam lepas makan buah pauh. Kalau tak, mesti dah nangis sedu sedan atas katil. Padan muka! Sape suruh makan tak ingat dunia, an?

.

Ok, lah. Bai.

.

Thanks for reading this entry ^_^

Aku Pembawa Talasemia

Assalamualaikum and hye semua :') . :') . Hanya mampu senyum. . Soooo, I gonna go to Klinik 1Malaysia at UTC, PB Square, K. Te...