Friday 8 April 2016

Cerita Sedih Aku

Assalamualaikum..
.

Pernah tak rasa down sangat-sangat? Pernah tak rasa tak nak teruskan hidup? Pernah tak rasa malas sangat-sangat? Tak nak buat apa-apa kerja. Tak nak bertemu dan bersembang dengan sesiapa. Kalau boleh nak duk diam-diam sorang-sorang. Pernah tak rasa macam tu?
.
Pernah tak rasa sakit hati tapi tak boleh nak luahkan rasa sakit tu? Pernah tak rasa sakit hati tapi terpaksa pendam je rasa tu sebab tak ada tempat nak share story. Kalau ada pun, orang tu takkan faham apa yang kau rasa. Pernah tak?
.
Pernah tak rasa fed up dengan semua orang? Kalau tak semua pun, mungkin seseorang. Pernah tak?
.
Pernah tak rasa bagaimana perasaan dimarahi kerana kebenaran? Kau cuba sedaya upaya untuk cerita hal sebenar but that one tak nak dengar. Dia just nak kau dengar dia. Pernah tak?
.
.
Kalau kau tanya aku, jawapan aku, ya, aku pernah rasa. Aku pernah rasa dan sedang rasa SEMUA perkara tu. Dan... rasa tu hanya Allah SBT sahaja yang tahu betapa sakitnya. Sakit sangat! Sakit sampai air mata pun tak boleh nak keluar sebab dah kering.
.
.
Kisahnya begini.....
.
Aku kan ada penyakit skoliosis which is tulang belakang bengkok. And kes aku ni boleh diklasifikasikan sebagai suatu kes yang besar. Cara perubatannya cuma dengan melakukan pembedahan.
.
Disebabkan spine aku bengkok, so aku berjalan pun memang sengetlah. Senget ke kanan. Dan.. ada tiga manusia ni tegur aku yang aku berjalan senget. Dah banyak kali diorang tegur dan kali ini which is kat sekolah kelmarin dah keberapa kali pun aku tak tahu.
.
Aku pun cakaplah, aku berjalan macam tu sebab spine aku bengkok. So, kalau spine aku bengkok, badan aku pun senget jugak. Senget ke kanan. That's why aku berjalan senget. Then, diorang suruh aku betulkan cara aku berjalan. Aku pun cakaplah lagi, yang aku tak boleh nak betulkan sebab perkara ni berlaku secara semula jadi. Tak boleh nak ubah! Dan ini adalah kesan daripada spine aku yang bengkok tu.
.
Kalau aku nak ubah pun, aku tak tahu nak ubah macam mana :(
.
Tapi... diorang seems like cannot accept my explanation. Diorang suruh jugak aku ubah cara aku berjalan. Si A kata mungkin kalau aku ubah, lama-lama aku dah tak akan berjalan senget lagi and spine aku pun dah takkan bengkok. So that, tak perlu lah nak operate.
.
Bila aku dengar Si A cakap macam tu, ada jugaklah rasa bengang kat hati. Ye lah. Spine aku dah bengkok 55° kot. Dah tak ada cara lain yang boleh digunakan untuk straightkan spine aku  hatta mengurut sekalipun. The only way is surgery.
.
Aku cakaplah kat Si A yang perkara tu tak logik. Aku siap tunjuk lagi kat dia pinggan aku yang belok ni. Tapi dia balas pulak secara ramai-ramai (3 org) yang tak ada perkara yang tak logik. Perkara tu tak mungkin mustahil.
.
Aku tak puas hati, so aku cakaplah yang semua ni doktor yang cakap. Bukan rekaan aku semata-mata. Tapi... Si B kata, "Doktor bukan betul ngat pun." Sentap kejap! Memanglah apa yang doktor cakap tak semuanya betul. Tapi, doktor bercakap melalui pengetahuan dan pengalaman.
.
Si B kata lagi, "Doktor nok bedoh (bedah) bukan ye (dia) check dulu pun." Bila dengar ayat ni, aku rasa nak marah sangat-sangat kat Si B. Kau tau tak sebab apa doktor tangguhkan operation aku? Sebab doktor suruh aku buat MRI dulu. Doktor perlukan result MRI tu untuk check betul-betul dan buat persediaan untuk hadapi risiko. Doktor nak operate orang bukan mudah. Bukannya main tolak je pesakit dalam dewan bedah
Bukan macam tu!
.
Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku masa tu. Sedih sangat! Susah sangat ke diorang nak faham situasi aku? Kalo tak faham, janganlah bercakap! Dah tahu aku berjalan senget, diamkan aje. Tak perlu cakap banyak-banyak macam korang tahu semuanya. Korang tau tak korang hanya menyakitkan hati aku?
.
Aku tak ingat apa yang Si C cakap kat aku. Tapi apa yang aku tahu, dia macam marah kat aku. Aku tengok riak wajah Si ABC tu macam marah and sakit hati giler-giler dengan aku. Sakit hati yang amat sangat!
.
Masa diorang marah-marah aku tu, hati aku dah sebak sebenarnya. Tapi aku tahan. Aku tak nak nangis. Aku nak jadi kuat.
.
Aku dah tak tahu nak cakap apa masa tu. Aku takde pem-back-up. Aku takde sape-sape yang nak tolong aku untuk tegakkan kebenaran. So, aku just diam and angkat bahu. Then aku beritahu kat Si A yang aku nak gi ke tandas sebab sakit perut walhal aku tipu je.
.
Kat tandas, aku mengadu kat kawan aku. Aku baru cakap beberapa patah perkataan, kemudian air mata aku 'jatuh'. Aku memang dah tak tahan sangat-sangat dah masa tu. Aku sedih sangat! For the first time aku nangis sebab kawan-kawan sakitkan hati aku. Sebelum ni tak pernah pun. Sebelum ni aku happy je dengan hidup aku. Aku happy berkawan dengan kawan-kawan aku. Tapi masa tu, TAK.
.
Kalau dulu aku rasa happy nak pergi sekolah. But now, aku terpaksa berlakon yang aku happy.
.
Kalau dulu kat sekolah aku selalu je gelak-gelak dengan kenkawan. Tapi sekarang, asyik kena marah je walaupun aku tak silap pun! Bila diorang tahu yang aku tak salah, diorang buat derk je. Ada tu dia salahkan aku balik. Tetap jugak nak protect diri sendiri yang salah tu.
.
Ya Allah. Aku tak boleh ingat perkara tu. Aku rasa nak nangis. Aku sedih sangat! Diorang kawan aku kot...
.
Hem... Biarlah.. Aku redha. Biar Allah sahaja yang balas..
.
Just nak gitau, "you'll get what you give."
.
Akan tiba suatu hari nanti korang akan rasa apa yang aku rasa sekarang ni. Akan tiba...
..
Aku bukan nak berdendam, cuma aku nak cakap yang aku sakit hati dengan korang. Sakit hati sangat-sangat!
.
Korang tak rasa apa yang aku rasa.
Korang tak hadapi apa yang aku hadapi.
Dan korang tak lalui apa yang aku lalui.
.
Ayah aku kerja buruh je. Mak aku pulak suri rumah sepenuh masa. Nak kena tanggung 5 orang anak lagi yang semuanya belajar. Lepas tu, ditambah pulak dengan penyakit aku ni. Beban sangat! Tapi aku ok. Family aku ok. Walaupun kitorang bukan orang berada, kitorang sedar sape kitorang yang sebenar. Aku tak pernah diajar untuk kecil-kecilkan orang. Dan aku jugak tak permah diajar untuk sakitkah hati orang. Mak aku selalu pesan untuk jaga percakapan. Jangan sakitkan hati orang. Jangan marah orang tanpa sebab. And most of all, jangan beri tekanan kepada orang.
.
And alhamdulillah aku cuba sedaya upaya untuk tak buat semua tu walaupun kadang-kadang tu ada jugak TER. Tapi... semua tu terjadi pada aku. Orang yang buat aku macam tu. Aduh! Sakitnya!
.
Tak ramai orang yang nak dengar cerita aku. Ataupun mungkin tak ada? Tapi ramai orang nak suruh aku dengar diorang. Ramai orang nak suruh aku ikut kata diorang. Diorang treat aku macam aku ni lembu je ;(
.
Takpelah. Aku redha. Takpe. Allah sayang aku. Allah sentiasa dengar cerita aku. Allah sentiasa dengar permintaan aku. Kalau aku sedih, Dia akan buat aku gembira. Aku yakin nanti mesti ada suatu perkara yang akan buat aku senyum. Aku yakin! Takpe aku tunggu. Aku tunggu :)
.
Sorry entry kali ni entry sedih :(
Nanti aku update entry happy-happy Aku just nak kongsi story je.
Sebab.... Tak tau nak ngadu demgan sape :(
.
.
.
Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...