Friday, 25 March 2016

Bacalah Ceritaku Yang Awesome Ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua manusia yang sudi menjengah ke sini. Apa khabar semua? Moga sihatlah hendaknya. Ketika saya menulis intro entri ini, saya sedang kelaparan sebenarnya. Perut saya meronta-ronta untuk diisi. Tapi tunggu dululah. Saya nak post entri ni dahulu. Kejap je. Kejappppp je! Sekejap itu sama maksud dengan satu jam ya, tuan puan encik cik yang saya hormati sekalian.
.
Okay. Tajuk entri dan intro aje sudah bimbo. Ayat pulak dah macam ayat dalam novel sastera tingkatan 3 yang bertajuk 6:20 karya Siti Jasmina. Hal ini demikian membuatkan aku berfikir, aku sebenarnya nak tulis entri kat belog ke, or nak tulis karangan Bahasa Melayu yang bermarkah 30%?
.
Oklah. Usah korang melayan aku kat perenggan pertama dan kedua. Layanlah aku di perenggan ini dan seterusnya.
.
Sebenarnya aku nak cakap yang aku rinnnnndu sangat nak berbelog. Rindu sangat nak update entri kat belog aku ni. Rindu sangat! Rindu sangat!!
.
Ok. Cukuplah tu rindu. Harap korang fahamlah betapa rindunya aku kat beloh ciksakuramerah ni. Terlalu rinduu... Terlalu rindu... Jujur aku terlalu rindu. Tiada apa selain rindu.. Haaa. Kan dah termenyanyi tu :p
.
Aku sebenarnya sedang dalam dilema sekarang ni. Lagi 1 bulan aku nak ambik exam persijilan KKQ. Lagi 2 bulan aku akan menghadapi exam persijilan Idadi. Lagi 4 bulan aku akan ada exam tryer PT3. AND LAGI 6 BULAN AKU DAH NAK EXAM PT3!! Huwaaa. How time flies? Aku rasa masa sekarang ini terlalu cepat berlalu. Dan daku pula masih di dalam dilema.
.
Buku latihan Math ada terbuka atas meja. Buku nota KHB juga ada di atas meja untuk disiapkan. Tafsir al-Quran sedang setia menunggu aku untuk dihafal dan ia juga terletak di atas meja. Dan... Buku Idadi yang berada di dalam beg sekolah dan buku KKQ yang aku letak kat bawah meja kat sekolah juga sedang minta untuk dihafal. TETAPI. Aku dari tadi lagi ralit stalk IG para bloggers. Then, baca belog orang. Kemudian buka FB tengok noty and message. Tak ketinggalan juga Fanpage Cik Sakura Merah. Silalah like fanpage tu secara berjemaah ya rakan-rakan sekalian alam. DAN,  SEKARANG aku sedang ralit nenulis entri ni.
.
Alasan aku kenapa aku tak buat homeworks and latihan itu semua. Juga tidak menghafal sebarang perkara dan terus menulis entri ini ialah kerana cuaca yang sangat panas! Siryes weh panas! Sekarang ni kan musim el-nino. Panas... Bila aku mula je nak buat homework, mulalah badan rasa cair luluh nak jatuh je. TAPI kalau dah menghadap media sosial, tak pulak an? PELIKS.
.
Aku tak taulah bila aku nak insaf. Aku tak taulah bila aku nak mula series nak buat revision and cover balik apa yang aku dah belajar time form1 and form2. AKU TAK TAULAH BILA.
.
Aku dalam dilema. Bila tengok buku-buku atas meja, ada jugak rasa nak buat. Tapi bila mengingatkan cuaca yang panas.
Hem... Takpelah, better aku on data and stalk IG orang walhal IG aku tak be-update pun. Apa keteruk peranga mung nih?
.
Final year exam tahun lepas aku dapat no.2 dalam kelas. Dalam tingkatan pulak aku tak pasti tapi still top5 la. TAPI exam TOV baru-baru ni, result aku merudum giler giler giler ah! Bayangkal dari no.2 jadi no.7 . Lepas tu nombor dalam tingkatan pulak aku dapat no.11 !??? Crazy! Giler crazy ah! Aku sendiri tak caya aku dapat nombor tu. Seumur hidup aku belajar kat sekolah menengah, nombor paling teruk dalam tingkatan yang aku pernah dapat pun kalo tak silap no.4 . Tetiba jadi 11? WTH?
.
Tapi ok gak ar. Walaupun dapat no.11 dalam tingkatan, aku still dalam TOP20. So kira terselamat lagi. And result aku pun alhamdulillah semuanya LULUS. Tak ada satu subjek pun yang gagal. And... guess what? Aku dapat the highest mark dalam subjek BI. Aku dapat A.  Weyh! Aku tak caya. Haha :D
.
Kalo korang nak kata aku ni bangga diri. Yes. Aku memang bangga pun. Bangga dengan diri aku. Sekarang ni bukan senang nak dapat A tau. 85% dan ke atas baru A ok. Susah tau tak nak score. So, bila dapat A ni, aku kagum dengan diri aku. Tapi kejap je lah sebab markah GEO aku, aku dapat 40%. E . Atas tong. Tapi mujur gak lulus. Sebenarnya kalo diikutkan memang tak lulus sebab nak dapat markah 40% kena score 24 per berapa entah. And, aku pulak dapat 23. Ahh. Sedih ~T_T~ Tapi kejap je lah sebab aku dapat 23.5 . Kalo dibundar jadi 24 jugak and markahnya 40%. Fuh! Mujur...
.
Betullah cikgu aku cakap. Jangan perlekehkan markah yang bernilai 1 ataupun lebih sedikit dari tu sebab markah yang bernilai secubit itulah yang akan menentukan sama ada kita lulus ataupun gagal and sama ada kita dapat A ataupun B. Haaa.. Gitu!
.
Sebagai meraikan kejayaan aku yang tak gagal and tak pernah gagal tapi hampir-hampir gagal ni, balik rumah tu aku makan banyak-banyak sampai perut aku dah macam orang mengandung. Giler tak? Gile crazy kan?
.
Walaupun postur tubuh aku ni kecik (140cm), tapi aku bersyukur kerana perut aku besar so aku boleh sumbat makanan banyak-banyak ke dalam'nya'. Tetapi sedih jugak bila perut dah 70% lagi nak sama saiz dengan orang mengandung. Mujur tak betul-betul mengandung je.
.
Nanti bulan Mei aku ada mid year exam. Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk exam tu. Aku target untuk dapat at least gred paling teruk pun C yang bermarkah 60% hingga 69%. Dan satu-satunya subjek yang aku skor C tak lain tak bukan sudah tentulah SAINS. Walaupun aku meminati Sains, aku cuma minat part biologi sahaja. Bab fizik and kimia mintak ampun bebanyak sebab aku BENCI! Usah ditanya mengapa kerana pabila kukatakan ku benci maka jawapannya ialah benci dan akan kekal begitu. OK?
.
Lagi lagi lagi. Apa lagi nak tulis eyh?? Ahhh. Ha! Nak citer. Lepas ni setiap hari Sabtu aku dah tak boleh gi Perpustakaan Awam Negeri Terengganu lagi sebab every Saturday aku akan ada extra class or kem. Ni part paling tak best :( Macam esok, aku akan ke sekolah untuk menghadiri kem Idadi yang mana aku sangatlah tidak menyukai'nya'. Huh! Redha je lah. Takpe, tahun ni je. Tahun ni jeee. So, the conclusion is aku just cuti pada hari Jumaat. Hari Sabtu aku akan spend 5 hours at school untuk menuntut ilmu.
.
Satu lagi. Antara banyak-banyak subjek yang aku belajar and akan menduduki exam PT3 Oktober ini iaitu 9 subjek, subjek yang paling aku tak suka ialah KHB. Ya, para hadirin, aku tak suka subjek KHB. Bukan Bahasa Arab ye. Aku sayang subjek Bahasa Arab. Bahasa Quran tu ok. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui apakah itu KHB. Mehlah aku gitau. KHB ialah shortform bagi Kemahiran Hidup Bersepadu. Ok, sekarang dah tau kan? Ok, bagus. (Kenapa aku rasa aku mereng ni? Ah, tak suka ah perasaan ni. BENCI!)
.
Aku tak suka subjek ni start form1 lagi. Memang tak suka. Jangan tanya kenapa sebab aku malas nak taip.I is so sori naik lori bawak kari jumpa Mary sambut Merry Christmass. Ok. Aku tau sori tak ada kena mengena dengan lori. Lori juga tidak membawa kari. Lori bawa kayu balak. And.. Mary yang menyambut perayaan hari Krismas tidaklah menggemari kari dan aku pasti dia juga tidak tahu apatah lagi mengenali apakah itu kari. Tak gitu? Ok. Di perenggan ini aku telah membuat kacau bilau dengan menulis ayat yang ntahapaapantah dan menulis ok sebanyak dua kali. Minta maaf banyak-babyak kerana aku sudah mereng.
.
Aku just nak gitau yang aku tak suka subjek KHB je tapi habis melalut sampai kari dan Mary. Apa kaitan dan hubungan mereka aku sendiri tak dapat kenal pasti.
.
And... Seperti yang engkorang tau kalo taulah. Aku adalah salah seorang scolioser iaitu mempunyai tulang belakang yang bengkok atau bengkang? Ke bengkok? Apa apa je lah. Seperti yang korang sudah maklum kalo diikutkan aku akan menjalani pembedahan pada bulan Februari lepas tapi lepas tu ditangguh ke bulan Mac iaitu bulan ini. And now, aku dah fed up sebab tak boleh operate. Aku kena buat MRI dulu yang dijadualkan pada 17.7 ini.. So, sebagai tanda protes, aku mintak tangguh sampai aku habis PT3 iaitu pada bulan Oktober.
.
Berat hati sebenarnya nak buat keputusan ni tapi takpelah. Biarlah aku tanggung rasa sakit belakang ni untuk beberapa bulan. Biar sakit asal aku dapat protes. (Apakah?) And... Biar sakit asal aku dapat jawab exam. Rugi tau belajar 3 tahun tapi tak ambik exam yang tak sampai seminggu pun. RUGI.
.
Alahh.. Aku ni bukannya tak biasa tanggung rasa sakit. Selalu je. Selalu sangat! Orang mungkin kata aku sihat and tak sakit langsung pun. Tapi hakikatnya hanya aku dan Allah S.B.T sahaja yang tahu apa yang aku tanggung.
.
Aku tak nak citer pasal hal ni kat sini. Aku plan nak buat entri lain yang special pasal citer scoliosis aku. Tapi... tak tahulah bila. Tunggu aku free dulu.
.
.
.
Em.. sebelum aku akhirkan entri yang aku rasa panjang ni,marilah kita sama-sama mem-promote belog aku, ciksakuramerah.blogspot.com di media massa dan seangkatan dengannya.
.
Aku bukan apa tau. Hari tu aku ada baca surat khabar BH bahagian Skor. And blogger yang terpilih untuk mengisi ruangan tu untuk tarikh tu yang aku tak ingat bila ialah new blogger yang tak sampai setahun pun lagi berblog.
.
Jeles tau! Aku dah 1 tahun 1 bulan berblog tapi tak dapat pun masuk surat khabar. Followers pun just 5. And readers dalam sehari pun dalam 60 gituu je. Sedih tau! Aku tulis entri penat-penat tapi sikit je orang baca. Huwaaa ~T_T~
.
Biarlah korang nak cakap aku batak hot pun. Ok, sekarang ni aku memang batak hot. Sekarang je lah. Bukan di masa akan datang.
.
Kalo tak hot pun takpe asalkan dapat merasa pegang duit dari hasil nuffnang. Ah, takde! Nak jugak! -_-!
Kenapa aku rasa macam aku ni kanak-kanak yang baru ada FB and selalu update status and upload gambar cecantik kat FB sebab nak hot? Speechless +_+
.
Untuk pengetahuan korang, blig ini telah wujud sejak bulam Februari tahun lepas lagi. Tapi entry yang pertama telah ditulis pada bulan Mac. And belog ini mula aktif sekitar bulan Mei atau Jun kalau aku tak silap.
.
.
.
Oklah. Bai. Assalamualaikum..
.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Nah aku belanja gambar aku yang tahun lepas masa form2.  *^▁^*  Juga sekeping quote.
Enjoy da picca.
.
.

Monday, 14 March 2016

Entry Ini Special Untuk Orang Terengganu

Assalamualaikum!!!   ^_^

.

K, bye. Assalamualaikum... -_-!

.

.

Bak kata orang, "Biar Gambar Berbicara"

Assalamualaikum blogger-blogger semua!!!
.
Hari ni tak nak tulis banyak-banyak. Nak letak gambar je. Bak kata orang, "biar gambar berbicara". Kan? Kan? Kan? Tapi gambar boleh berbicara ke??? Ah, lantak! -_-#
.
Ok-lah. Bubye budyz-budy semua. Lebiu tu de mun XD Uhuks :p

.

Thanks for reading this entry ^_^

.

.

Saturday, 5 March 2016

I Miss You - I Miss Her

Assalamualaikum...
.
Wordless π_π

.

Tajuk entry I Miss You tu macam orang tengah angau je.. Tapi bila ada tambahan I Miss Her tu pulak macam lesbian je. Kekeke.

.

Sebenarnya aku ni bukanlah tengah angau dengan sesiapa. Takde sape pun yang aku nak angau termasuklah artis Korea yang pakai lipstik tu. Heh ~T_T~
.
Dan aku bukannya seorang lesbian, ya. Walaupun aku ni sekolah kat sekolah pompuan, tapi aku BUKAN lesbian. Heee.. Takut aku kalau cakap pasal lesbian ni. Geli pun ada. Heee...
.
Actually, aku tengah rindukan sesorang yang sangat aku sayang. Seseorang yang dah buka mata aku luas-luas pasal realiti kehidupan. Hurm.
.
Kalau korang pernah baca entri ni, mesti korang boleh agak kenapa aku sayang dia.
.
Aku sayang dia.
Aku rindu dia.
Tapi aku tak tahu macam mana nak cakap kat dia.

.

Aku dan dia dah lama tak contact.
Aku dan dia dah lama lost contact.
Lama jugaklah.
Masuk bulan ni dah 7 bulan.
Lama sangat!
.
Kami tak contact bersebab.
Sebab akaun FB dia tak bileh on so, dia delete dia punya mesengger.
No. hp dia pun dia dah tak guna.
So?

.

Aku dah tak boleh tahan dah.
Aku rindu dia sangat.
~T_T~

.

Alahai, sedihnya hati. Kak!!!! I miss you!!!

.

Ya Allah, aku rindu dia ~T_T~

...

Foot note untuk kak kalo kak baca.

-

Kak, saya rindu kak. Kalo kak baca, tolonglah contact saya. Saya still guna no. hp lama.

Hem Hem Hem

K, lah. Bai.. Assalamualaikum...

-
-
-

Thursday, 3 March 2016

The Story-History About Me And ...

Assalamualaikum and salam Jumaat semua penghuni bumi ^_^
.
.
Hari ni hari Jumaat. Hari ni Teganu cuti!!
.
.
Tak nak tulis panjang-panjang sebab tak ada nak tulis apa sangat pun. Just nak story sikit.
.
.
"There're times when strangers are like family and family are like strangers."
- Hlovate, Rooftop Rant
.
.
Fyi, aku sekarang ni dalam usaha untuk khatamkan sebuah novel entitled Rooftop Rant by Hlovate.
.
But, that's not the point here. The point is... cuba fahami betul-betul quote kat atas tu.
.
.
"There're times when strangers are like family and family are like strangers."
.
"There're times when strangers are like family..."
.
Aku ada seorang kenalan. Nak kata kenal lama tu. Em... bolelah kot. Aku kenal dia since aku darjah 6 (2013) lagi. And now aku dah form 3 (2016). Kiranya tahun ni dah masuk tahun ketiga kitorang kenal.
.
Dia bukan sesiapa pun sebenarnya. Dia tak ada pertalian darah langsung pun dengan aku. Dia cuma kenalan aku. And, actually perkenalan kitorang tak dirancang pun. Berlaku dengan tidak disengajakan. Offhanded.
.
I don't know bagaimana ia boleh berlaku but it's just happen too fast. Macam storm. Ha... Lebih kurang gitulah.
.
I just don't know how to put 'them' in words.
.
I just don't know how to tell it in words.
.
Susah sebenarnya nak cerita kisah aku dan dia ni.
.
.
Nak dijadikan cerita, aku ni jenis yang suka bercerita tapi aku tak tahu nak bercerita kat siapa. Aku ramai kawan. But... Tak semua kawan boleh dipercayai kan? So, memang kebanyakan perkara aku simpan sendiri.
.
Aku ni pulak jenis yang kecoh juga  kalau kena dengan orangnya lah. Kalau tak kena tu, aku ni memang macam gadis Melayu terakhir lah. Ayu lah sangat~ Haks!
.
So disebabkan aku ni jenis yang suka bercerita and kecoh, aku memang ada banyak cerita yg nak di-share dengan people.
.
But, the problem is... aku tak ada orang nak share story. Or, lebih tepat kalau dikata →_→ aku tak tau nak share story dengan siapa.
.
So, aku pun share-lah dengan dia.
....
Satu yg aku suka tentang dia is.. Walaupun bahasa dia kasar tapi di sebalik bahasa yang kasar tu tersimpan seribu satu nasihat.
.
Aku suka share story dengan dia and aku suka bila dia nasihat aku. Aku akan rasa macam dapat semangat baru.
.
See?
.
Sampai satu ketika, timbul rasa suka kat dia and seriously aku dah anggap dia macam abang sendiri.
.
Kenapa aku boleh suka dia?
.
Dia tak caring.
Dia tak sweet.
Dia tak ada apa yang kebanyakan guys ada.
Senang cerita, dia tak hebat langsung pun.
Tiada keistimewaan langsung.
.
But...
I just like him just the way he is.
.
Dia jujur dengan aku.
Tak pernahnya dia keluarkan ayat-ayat manis menggoda macam lelaki lain. Seriously!
Bahasa dia kasar. Tak adanya nak.
lembut-lembut.
Dia bercakap straight to the point. Tak berlapik langsung. Tak kisah pun kalau aku terasa hati or what.
.
Kalau korang yang baca ni mungkin rasa dia ni sangat anoyying kan?
.
Actually, yes. Dia memang anoyying. Tapi sikap anoyying yang ada pada diri dialah yang buat aku suka dia.
Kan dah kata, I just like him just the way he is.
.
Tapi... aku tau batas-batas pergaulan antara kitorang berdua. Sangat tak proper kalau aku dan dia terus berhubung walaupun bukan selalu.
.
Walaupun aku anggap dia tu macam abang aku, tapi dia still bukan sesiapa dengan aku. Dia bukan mahram aku.
.
.
Kalau korang tanya, aku ni just anggap dia sebagai abang aje ke? Lebih dari tu tak ada ke?
....
Hem... To be honest memang ada la. Memang adalah perasaan suka yg 'more than abang' tu. Tapi bila fikir balik. Aku baru je 15 tahun kot. Tak sesuai lagi nak bercintan-cintun bagai. Definisi cinta yang sebenar pun aku tak tau. Heh.
.
One more, azam aku adalah nak buka buku baru. Nak tinggalkan zaman jahiliah yang kalau diikutkan taklah jahiliah sangat tapi jahiliah la jugak. Aku nak jadi seorang Siti Halimah yang baru. Bukan macam yang dulu.
.
.
"There're times when strangers are like family and family are like strangers."
.
"There're times when strangers are like family..."
.
.
Macam dialah. Dia strangers. Tapi sometimes, aku rasa dia tu dah macam family aku. Cuma sekarang ni, hem... Time passes. Things changed. And... people changed.
.
Maybe aku patut beri peluang kepada diri aku untuk mengenali Dia Yang Maha Esa dengan lebih dekat.
.
Mungkin aku patut beri diri aku peluang untuk capai azam aku.
.
Dan, mungkin aku patut beri diri aku dan diri dia peluang untuk tunaikan janji kitorang.
.
Janji untuk :
TAK CONTACT.
CONTACT APABILA PERLU SAHAJA.
.
"Things are easier said than done."
.
Susah sebenarnya.
.
Tapi takde sape yang tahu. Cuma aku.
.
.
.
Hem... Takpelah. Sampai di sini sahaja coretan aku. Malas nak fikir banyak.

And the rest is history....
HI - STORY
***
Alhamdulillah, sekarang aku dah boleh terima hakikat. No more escapism. Haha.
Actually, the home truth is aku ni type yg lebih kurang macam stand-offish la. Recluse pun iya jugak. Anti-soc pun padan. It sounds soooo pathetic kan? OK. Adontker :p
Tapi kan... Kenkawan aku cakap aku ni sangat peramah kot. Happy-go-lucky je.
Hem... Aidono la wat tu sei.
***
Fyi, aku dengan dia tak pernah pun face to face. Berbual through handphine pun tak pernah. Just melalui pesanan ringkas FB.
Hem.. Berjasa jugak Mike Zuckerberg kat diri aku. Ke aku yang berjasa dengan dia?
Haks XD
Tapi... disebabkan Mike Zuckerberg jugaklah aku jadi panasaran. Hilang identiti and batak HOT. Tapi itu dulukah. DULU ok. Sekarang tak dah :p
***
Kelmarin, Khamis, 3 Mac 2016, dia dapat result SPM. Aku rasa dia dapat result yang best and after this maybe dia dapat masuk Uni yang hebat. Maybe. And maybe aku bukan sesiapa lagi bagi dia.
.
OK. It's ok. I don't care. Let time decides.
***
Note untuk dia kalau dia baca.
.
"Seriously aku takde chating dengan lelaki lain." Dan takkan ada.
Kecuali untuk perkara mustahak. Tapi kalau chatting just untuk main-main and suka-suka. NO WAY, MAN. TAK ADA.
***
OK, BAI.
ASSALAMUALAIKUM :)
.
.
Thanks for reading this entry ^_^

***

(ADDITION)



Inilah novelnya. Rooftop Rant by Hlovate.
Melekat di hati, mengisi nurani :)

After Two Months | My Updated

Assalamualaikum and hye everyone ;') . It's been like 2 months already since my last write up which was on 09/10/2017. I wrote abo...