Friday 26 February 2016

Pengumuman lagi...

Assalamualaikum ladies and gentlemen..

Just quick update from me so memang tak nak tulis panjang-panjang,

Hari tu aku ada beritahu kat sini yang tarikh pembedahan aku ialah pada 28 Februari 2016 iaitu pada hari esok. Kan?

Ha... Nak dijadikan cerita,tarikh pembedahan aku diawalkan ke 24 februari 2016 sebabnya doktor pakar orthopedik yang akan operate aku tu akan pindah ke sebuah hospital swasta di Kemaman, Terengganu. So, aku ni kira last case dialah kat HSNZ. That's why dia perawalkan.

Aku dapat tahu pasal ni hari Ahad lepas balik sekolah. Mak aku cakap doktor call suruh check in hospital esok (Isnin) sebab hari Rabu tu nak operate dah. Aku ni macam terkejut gak ar kan. But, chill. So, hari Isnin tu aku tak pergi lah sekolah sebab nak pergi hospital. Dan malam tu aku tidur kat hospital dengan mak aku.

Nak dijadikan cerita, keesokannya, hari Selasa doktor beritahu aku and mak aku yang operation aku tak boleh nak buat . Terpaksa postpone ke tarikh lain sebab ICU penuh and patient yang menunggu untuk pembedahan pun ramai. Doktor kata, operation aku ni operation yang besar so, doktor kena book dulu bed kat ICU. Kalau ada kosong barulah boleh jalankan pembedahan.

So, hari Selasa tu, aku dan mak aku pun baliklah ke rumah dengan penuh rasa hiba. Hiba sebab tak boleh nak operate lagi. Doktor kata operation tu akan dijalankan pada Mac ini tapi tarikhnya dirahsiakan dahululah.

Ha.. Itu aje yang aku nak ceritanya. Bukan apa pun. Muahaha.

Okay-lah. Anything happens, aku akan story di sini, ya readers, Itu pun kalau aku rajin lah,. Haks XD

Dah, bai. Assalamualaikum semua :)


Thanks for reading this entry ^_^


InshaAllah operation tu akan berjalan dengan lancar. Amin :)

Thursday 18 February 2016

Pengumuman!

Assalamualaikum and hye olls :*

Hari tu, kalau korang ada baca blog aku, mesti korang ada baca entry bertajuk Kisah Di Sebalik Sebuah Penantian. Kan? Haaa.. Kat entry tu aku ada gitau pasal tarikh operation tulang belakang aku. And, tarikh tu ialah pada 7 Februari 2016, Ahad.
Tapi...
Dek kerana kes denggi di negeri Ganu ni yang boleh dikatakan TERUK! lah, so pihak hospital tangguhkan operation aku tu. Kenapa? Sebab tak nak bagi denggi  berjangkit.
Hem... Masa dapat tau pasal hal ni, sedih gak ar sebab aku baru plan nak celebrate Chinese New Year kat hospital. Siap beli 4 buah buku lagi untuk aku khatamkan selama di hospital. Tapi, alih-alih tak jadi. Huhuhu ~T_T~ sadis. Sobs! Menangis bawah katil.
Tapi, bila fikir balik, bagus jugak pihak hospital wat ceni. Sebab.... Risiko untuk aku dapat denggi tu memang kuranglah. Bukan takde, cuma kurang sebab kawasan rumah aku ni bersih. Haks! Bersihlah sangat -_-!
Pihak hospital gitau yang operation aku tu akan dibuat pada 28 Februari 2016 ni. 26 Februari tu masuk wad. Hem.. Tak lama dah lagi. Lagi beberapa hari je yang tinggal. Sigh!
Hem.. Tak sabarnya!!
Siryes aku tak sabar gila nak kena bedah. Sebabnya, aku tak sabar nak sihat balik. Tak sabar nak jadi normal balik. Erk, maksud aku, dapat postur badan yang normal macam others. Bukannya aku sebelum ni terencat or what, ya.
Hopefully, lepas operation tu, aku boleh sembuh dengan cepat sebab start bulan April nanti, aku dah start sibuk dengan study kerana bulan Mei, Jun, Julai, Ogos and Oktober aku ada exam straight. Bulan September aje takde exam. Alah... Cikgu baik hati kasi chance kat students nak prepare untuk PT3 la katakan. Blah!
Lepas operate, aku akan dapat cuti sebulan, so maknanya kalau operate bulan 2, aku akan cuti sampai Mac. So, April tu dah boleh masuk sekolah and start belajar. Tapi kalau buat bulan Mac dan ke atas.... Hem. Tak bolehlah! Saya exam! Awak faham tak! Sorry, saya ter-emo tanpa sengaja XD
Tapi kan, 28 Februari tu kira fah nak masuk bulan Mac lah, kan? 28 Februari, 29 Februari then 1 Mac.. Ialah! Kiranya bulan Mac juga. Ayyo. Macam mana ni --" ?
Hem... Pape pun. Aku harap semua yang dah, sedang dan bakal berlaku dalam hidup aku semuanya baik-baik belaka. And, yang paling penting, aku tabah dan sabar dengan setiap dugaan dan cabaran yang Allah telah, sedang dan akan beri kat aku. Takpe. Allah uji hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya itu. Allah tak kejam. Allah baik. Jadi, sebagai seorang hamba yang hina lagi dina ini, aku haruslah sentiasa bersyukur dan reda. Well, everything happen for a reason. Yes?
Korang yang baca blog aku ni, doakan yang baik-baik untuk aku, ya. Doakan semoga operation aku tu berjalan dengan lancar and doakan semoga aku boleh kembali sembuh seperti sedia kala.
Honestly talk, aku rindu gila dengan postur badan aku masa darjah 6 dulu. Staright je. Cantik je. Tak macam sekarang. Bengkang, bengkok dan seangkatan dengannya lah.
Tapi, macam yang aku cakap kat atas lah, kita kena bersyukur dan reda. And, aku sangat bersyukur sebab dapat sakit skoliosis ni. At least ada jugak pengalaman yang nak dikenang nanti.
Tak gitu? Eheh --"
Besides, banyak sebenarnya perkara baik yang dah berlaku dalam hidup aku sekarang ni kalau nak di-compare-kan dengan dulu lah. Contohnya, bonding between me and my family makin baik. Kitorang makin rapat. Aku dengan kakak aku pun dah boleh share story. Kenkadang rasa macam kitorang dua ni kembar je. Hiks XD Alah, dedua pun cenonet je. Padanlah, kan? Hehe ∩__∩
;')
Erk. Aci tak kalau aku nak stop sampai sini je dulu entry untuk kali ni? Lain kali aku tulis yang lain.

Okeh?
Ok, dah. Bai.
Assalamualaikum...
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang,
@Cik_SM ←_← MY IG
***
Psst! Saje nak share gambar aku >_< Gambar lama sebenarnya ni. Tahun lepas punya. Gambar time form2.
Masa ni tengah bosan, so aku ambik shawl then apa lagi? S.E.L.F.I.E selfie.
Fyi, dalam gambar ni, aku bebas make up ya. So, jangan kata aku make up tebal 10 inci etc. Nanti iolls backhand uolls baru tau iolls ni tinggi ke rendah. Eh, silap! Baru tau langit tu tinggi ke rendah :p
Oh, ya. Hari tu ada orang tanya pasal status aku tau. Dan... dia mintak couple. So, here is my answer.
→_→ I'm single but NOT available ←_← BLAJO DULU :p
So, kepada awak yang saya tak kenal siapa dan saya tak tahu dari planet mana awak datang. Tetiba je hantar chat through FB, hope faham lah, ya? Saya LANGSUNG tak berminat dengan apa-apa yang berkaitan dengan CINTA MONYET, ZINA HATI dan seangkatan dengannya yang tak ada faedah. Maaf jugak sebab tak pernah balas chat awak. Hope awak faham kenapa saya tak balas.
***
Dah engko tanya aku soalan pelik-pelik, memang tak ar aku nak reply :p
K, bai :)

Tuesday 9 February 2016

DIAgnosis dan DIAgnosis2



Assalamualaikum...

Apa khabar semua wahai penduduk bumi? Sihat ke sakit? Aku di sini khabar baik dan sihat sahaja. Kalau tak sihat, bagaimana aku boleh menulis entry ini? Hah! Ce pikir, ce pikir.

Okay, sebelum aku teruskan entry ni dengan lebih lanjut, aku nak beritahu korang yang aku sebenarnya tulis entry ini pada hari Jumaat, 8 Januari 2016 jam 4.37 p.m. Dan sekarang, tok imam kat surau kampung aku tengah azan Asar.

So... Selamat membaca entry basi ya, kenkawan :D


***
Kalau hari tu aku ada post entry Di Sebalik Buku 365 by Doktor Anwar Fazal, so sekarang, aku nak post pasal DIAgnosis & DIAgnosis2 pulak.

Kalau hari tu aku beli buku 365 dari @sahabatenuur , so kali ni aku beli buku DIAgnosis juga dari @sahabatenuur . Kenapa? Kerana servis dari pihak @sahabatenuur sangat terbaik dan aku rasa sangat beruntung sebab dapat bekerjasama dengan diorang.

Okay, ayuh aku mulakan entry tentang buku DIAgnosis ni.

Aku mula tahu pasal buku ni bila aku stalk blog Fatin Liyana. Kalau tak silap aku masa bulan Jun. And, bila aku terbaca entry dia pasal buku DIAgnosis ni, terus aku meronta-ronta nak beli. Yes, sebenarnya, memang dah lama sangat aku nak beli buku DIAgnosis ni. Tapi, aku tak tahu nak beli kat mana. Cari kat Kedai Buku Banggol tak ada. Kat Pustaka Seri Intan (PSI) and SMO Bookstore pun tak ada. Alahai.. Kenapa susah sangat nak jumpa kamu, wahai buku?

Then, dalam bulan Oktober or November lepas, classmate aku ada whatsapp pasal buku yang dijual oleh @sahabatenuur . Siapa yang nak beli boleh contact kakak dia sebab kakak dia buat dropship apa entah aku pun tak tahu. Mula-mula tu aku beli buku 365 dulu. Then, Disember lepas barulah aku beli buku DIAgnosis ni. Tapi aku tak beli buku DIAgnosis edisi pertama sahaja, ya. Aku terus rembat buku DIAgnosis2 sekali. Orang tamak, kan? Biasalah :p

Begitulah ceritanya...



Yeay! Buku saya dah sampai :D



The resit


Isinya.


DIAgnosis (kanan) & DIAgnosis2 (kiri) by para doktor yang sangat hebat pada mata aku.

Senarai penulis buku DIAgnosis :-
1) Dr. Anwar Fazal, MD
2) Dr. Aizzat, MD
3) Dr. Azah, MBBS

Senarai penulis buku DIAgnosis2 :-
1) Dr. Anwar Fazal
2) Dr. Aizzat
3) Dr. Azah
4) Dr. Fatin Liyana
5) Dr. Mahyuddin 
6) Dr. Beni Rusaini
7) Dr. Mafeitz



Disebabkan masuk kali ni aku dah repeat order sebanyak 2 kali, so I got this for free. Thank you so much @sahabatenuur.

Kakak kawan aku yang buat dropship tu cakap, kalau customer repeat order, pihak @sahabatenuur akan berikan something sebagai hadiah. Bila aku tau je pasal hal hadiah tu, terus aku berkobar-kobar nak repeat order. Hehe XD Saya giler hadiahhhh :E


Istimewa khas untuk => Siti Halimah . Thanks again @sahabatenuur . Hopefully perniagaan buku-buku agama pihak korang akan terus berkembang dan maju. Dan, saya juga harap 'dakwah kecil' engkorang dengan menjual buku-buku agama ini mendapat berkat dan barakah serta  dapat menjadi sebagai pemberat timbangan amal korang di sana nanti. Saya menyokong 500% . Yeay :D


Sahabat eNuur
Nur Hidayati Ahmad Barudin
KT0372806
2-S-13 Kota Bharu City Point
Jalan Hilir Pasar
15000 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
019-5510129

Masa aku beli buku 365 hari tu, aku tak dapat kad ni. Bila beli buku DIAgnosis ni baru dapat. Sekarang ni, kad ni aku jadikan sebagai harta karun dalam purse aku. Kenapa? Kerana aku tak rasa aku akan gunakan khidmat pemilik asal kad ni sebab secara jujurnya aku lebih selesa bekerjasama dengan kakak kepada kawan aku tu.


Kulit belakang buku DIAgnosis.

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) 'Glamour'
4) Rasa 'superior'

Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.

Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya ilmu DIA. Ini kerjaya yang boleh buat kamu hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (terutamanya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.

Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi imaginasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

Moga usaha kecil ini DIA terima sebagai saham akhirat, InshaaAllah.
"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
Selamat membaca.


Seriously, aku sentap gila bila baca perenggan paling atas part "Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 2)Bergaya , 4) Rasa 'superior'" . Kenapa? Kerana aku pernah bercita-cita nak jadi doktor sebab aku rasa macam hebat je bila dapat pakai whitecoat. Hah? Apakah -_-" ?

Tapi, memang aku setuju 100% dengan apa yang penulis katakan kat atas ni. Aku tak nafikan. Kerjaya doktor memang sangat banyak memberi pengajaran. INI FAKTA.

Ramai dan selalu sangat-sangat-sangat orang kata, "Doktor tak ada life." Dulu, aku pun cakap macam ni.
Tapi, sekarang aku sangat tak setuju dengan statement di atas. Sekarang, aku rasa doktor lah manusia yang paling ada life. Kenapa? Kerana doktor berdepan dengan banyak situasi dan ragam manusia yang kita, manusia biasa tak hadapai dan lalui.

Ramai orang yang men-definasikan life sebagai hidup dalam keadaan gembira dan bebas. Tidak terikat dengan apa-apa dan siapa-siapa. Boleh hang out dengan family, kenkawan or kekasih anytime-anywhere. Boleh minta cuti bila-bila masa and boleh cuti dalam tempoh masa yang panjang.

Tapi, bagi aku, definasi life ialah kebahagiaan dan kesedihan dalam kehidupan. Kenapa? Kerana kebahagiaan dan kesedihan adalah rencah kehidupan kita sebagai seorang manusia biasa. Semua manusia rasa bahagia dan sedih. Semua manusia pernah lalui saat ni. Dan, manusia yang paling banyak hadapi situasi ni ialah doktor.

Kenapa doktor?

Okay, cuba fikir...

Contoh 1 :
Farhana baru aje selamat deliver baby boy dan semestinya Farhana dan husband dia, Farhan rasa gembira dengan kehadiran baby tu dalam hidup diorang. Dan, siapa yang boleh lihat dan turut rasa kebahagiaan diorang masa tu kalau bukan doktor, kan?

*Sedikit info.
  ~ SELALUnya midwife dan staffnurse SAHAJA yang bantu ibu-ibu mengandung deliver baby. Doktor hanya akan tolong deliver baby tu bila ada kes aje contonya baby tu tertelan najis sendiri.

*Kenapa aku pilih nama Farhana? Sebab Farhana tu nama favourite aku.
 ~Saje je kabo XD

Contoh 2 :
Suami Alia, Ali accident semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Apabila dihantar ke hospital, doktor beritahu Alia bahawa terdapat darah beku di dalam kepala suaminya, Ali dan darah beku tu perlu dikeluarkan dengan segera. Semestinya Alia menangis kan sebab sedih dengan apa yang dah menimpa suami dia. Dan, siapa yang tengok Alia nangis dan turut nangis dalam hati kalau bukan doktor, kan?

Then, selepas pembedahan, doktor beritahu Alia yang pihak mereka tak dapat selamatkan suami dia sebab berlaku pendarahan yang teruk semasa proses pembedahan berjalan. Means, suami Alia meninggal dunia lah. And, once again, mestilah Alia nangis, kan? Dan sekali lagi siapa tengok Alia nangis dan siapa yang turut menangis dalam hati kalau bukan doktor? Kan? Kan? Kan?

So, you see what I see? I don't see what you see. Haks XD

Antara kita, manusia yang selalu duk kata yang doktor ni tak ada life dengan doktor, manusia yang dikatakan tiada life, siapa sebenarnya yang ada dan tak ada life?
Kita or doktor?
Cuba fikir.


Kulit belakang buku DIAgnosis2.

Kerjaya ini memaksa kamu untuk melihat nilai nyawa dari pelbagai dimensi. Ia menjadikan kamu penonton setia drama tragis dan gembira yang berselang seli saban hari. Kamu menjadi watak pada transisi hidup mati. Protagonis atau antagonis, bergantung pada mata penilai manusia tetapi hakikatnya hanya Penilai Mutlak lebih tahu semua yang bersarang di hati dan buat rasa rendah diri.
Ada tikanya bila kamu berjaya menyelamatkan nyawa dengan izinNya, bila pesakit mula membuka mata dan melakarkan senyuman manisnya, bila ahli keluarganya merangkul atau menjabat erat tangan kamu dengan mata berkaca, saat itu kamu tahu inilah kerjaya yang paling 'kaya' dan kamu rela bersengkang mata, mengerah tenaga hingga ke sisa-sisa akhir yang ada kerana kamu tahu 'rasa itu' rasa yang tak mampu dibeli dengan segunung harta materi di dunia. Ya, ini kerjaya kami selamanya.
Moga sekual DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba.
Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.
Ini buku untuk semua.
Bacalah dengan namaNya.
Baca.

Okay-lah. Sampai di sini sahaja entry untuk kali ni. Nantikan entry yang akan datang, ya?
Bye, peeps ;D

***

*Aku ingat  nak repeat order dengan pihak @sahabatenuur lagi. Niat di hati nak beli buku Henshin Muslimah and Infiru. Tapi, tunggu purse tebal dulu lah. Nak beli sekarang memang tak lah sebab sekarang ekonomi memang tengah jatuh merudung. Kenapa? Kerana banyak duit sudah dan perlu dihabiskan untuk beli buku-buku latihan dan rujukan. Aku kan PT3's victim  tahun ni. Biasalahhh...

***

Promote:
*Do follow @sahabatenuur at Instagram and Twitter.
*Do like @sahabatenuur's Facebook page ( m.facebook.com/sahabatenuur  ).
*Do hashtag #SahabateNuurAgent.
*Do contact @sahabatenuur at sahabatenuur@gmail.com and 0195510129 (Agent) for any order.

Thanks for your cooperation, friends. Love, ya ;)

***

Thanks for reading this entry ^_^

Salam sayang,

I LOVE KUALA TERENGGANU, MY HOMETOWN. At, Kampung China, Tanjung, Kuala Terengganu. Sesiapa yang pernah datang sini taulah.
 

MENGHADAP LAUT CINA SELATAN. Budak berdua yang tengah main pasir pantai tu cute sesangat, engkorang tau tak? I iz geram so sangat XD



AT PANTAI BATU BURUK. Masa ni angin sangat sangat sangat double triple quadrant sangat kuat sampai hampir nak tercabut tudung aku. That's why aku galas beg aku centu. Tak nak beri tudung berkibar seperti jalur gemilang.

"Eh, wakpe ambik gambo dok napok muke, SHa?"
"Saje. Hobi."

K, dah. Tata <3

Fakta Orang Malaysia part2




Assalamualaikum.

Okeh, hari tu aku dah post tentang Fakta Orang Malaysia PART1 kan? Now, aku nak sambung fakta tu untuk PART2 pulak. Enjoy reading ^_^


Fakta Orang Malaysia




Kalau kita ke mana-mana contohnya kenduri berdua atau lebih, tak kisah la dengan kawan ke, or siblings, bila dah jumpa tempat duduk, mesti sorang akan disuruh untuk duduk kat situ untuk jaga tempat untuk yang lain. Then, bila ada orang tanya, "Kat sini ada orang duduk tak?", mesti dia akan jawab, "Ada!", padahal kat situ takde orang pun.

Kan? Ye ke idok?? HEHE. Aku dan kawan-kawan selalu cenggini.. Keh Keh..

Jom baca:
·         Fakta Orang Malaysia Part1

Thanks for reading this entry ^_^

InshaAllah, Anak Aku Bakal Lahir

Assalamualaikum semua para pembaca blog Cik Sakura Merah.


Sila jangan keliru dengan tajuk di atas, ya? Hehe >_< Aku belum lagi berkahwin dan mempunyai suami, so bagaimana aku nak ada anak? Kan?

Sebenarnya, ketika aku menulis entry ni, aku baru sahaja lepas hantar manuskrip buku aku ke pihak Ilham Karangkraf. Yes. Aku nak terbit buku. Pihak Ilham Karangkraf dah terima emel aku dan pihak diorang kata, diorang akan contact aku balik kalau manuskrip aku tu terpilih. Gituu..

So, tujuan aku menulis entry ini tak lain tak bukan adalah untuk mem-promote buku aku tu. Hehe. Manalah tahu kan kalau-kalau manuskrip aku tu terpilih, then boleh diterbitkan. Kan?

So, sesiapa yang berminat bolehlah beli buku aku tu. Belum ada lagi di pasaran tetapi InshaAllah BAKAL ada di pasaran suatu hari nanti. Itu pun kalau manuskrip aku diterimalah. InshaAllah.. Banyak-banyak doa kat Allah.

By the way, aku nak ucap berbanyak terima kasih dengan korang yang sudi baca blog aku. Sebenarnya, aku sangat-sangat tak sangka yang ada juga rupanya orang berminat nak baca blog picisan aku ni. Followers pun 3 je. Huk Huk. Tapi, at least ada jugak kan? Thanks to 3 orang blogger yang follow aku tu. Aku janji kat engkorang bertiga yang aku akan update entry yang best-best je. hehe.

Azam aku dalam ber-blog untuk tahun ni ialah untuk lebih kerap update entry yang best-best untuk korang baca. And,. sudah tentu lah entry tu tentang lifestyle aku, ya. Nama pun lifestyle blogger ;) Tapi... Aku tak tau lah azam tu boleh capai ke tidak sebab aku tahun ni nak ambil exam PT3 so faham-faham je lah. Buzy. Susah nak online. Hem.. Sedihnya.

Tapi, by hook or by crook, aku akan cuba yang terbaik juga. InshaAllah. Aku janji aku takkan hampakan pembaca blog aku yang ceciput ni. Walaupun ceciput dan korang semua UNKNOWN but still and still, I love you. Berbanyak-banyak terima kasih sebab sudi baca blog aku. Hehe >_<

Ok, lah. Aku stop entry  ni sampai sini dulu. Kepada sesiapa yang baru tahu tentang blog ni, bolehlah baca entry yang lepas-lepas untuk lebih dan lebih mengenali blog Cik Sakura Merah and owner-nya. Kepada yang dah lama tahu pasal blog ni, thank you.

To my friends iaitu Anis Huda,Aishah Nadhirah and Nurin Zahirah, thanks sebab sudi baca blog saya yang sangat merapu ni. Sebagai balasan, saya doa awak bertiga dapat result yang sangat gempak untuk exam TOV ni. Amiin :)


Ok, bai. Assalamualaikum.

Thanks for reading this entry ^_^

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...