Saturday 30 January 2016

Resepi : Peach Cobler

Assalamualaikum and Hi.


Hari tu aku baru sudah baca novel 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate. And kat dalam novel tu ada Hlovate sertakan resepi peach cobler. So, aku decide nak share resepi tu kat sini. Why not kan? Nanti kalau ada orang yang nak try buat bolehlah rujuk blog aku ni. Kan? Hehe.

Oh, ya. Sebelum aku share resepi ni, aku dah try dah buat based on resepi yang ada dalam novel tu and memang menjadi. Sedap pun sedap. Hehe. Well~ Masakan sendiri memanglah kena puji. Tak gitu? Muahahah XD

So, here is the recepi. Enjoy reading ^_^

RESEPI : PEACH COBLER




Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
275g mentega
3/4 - 1 cawan susu segar
1 tin buah pic
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula


1. Cairkan mentega di dalam ketuhar dengan suhu 190oc (375oF).  Gunakan bekas kaserol 13x9x2 cm.
2. Adun tepung, gula, soda bikarbonat di dalam bekas berasingan.
3. Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul sebati hingga tidak berketul-ketul.


Cara 1 :
i) Tuangkan adunan ke dalam bekas kaserol berisi mentega air.
ii) Siramkan jus pick e atas adunan.
iii) Susun pic di atas adunan.
iv) Taburkan serbuk kayu manis dan gula.

Cara 2:
i) Susun pic di atas mentega air di dalam bekas kaserol.
ii) Tuangkan adunan ke atas pic.


4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 175-190oc (350-375oF) selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga menjadi perang keemasan.

5. Sedia untuk dihidang.


Okay, dah siap! Hope resepi ni membantu korang yang nak cuba tu, ya? Dah cuba tu jangan lupa beritahu aku. Eyh? Hehe XD


K,dah bai.. Assalamualaikum...

Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...