Wednesday 30 December 2015

Status Facebook Tahun Baru Yang Lapuk

Assalamualaikum..
Ketika aku menulis entry ini, jam menunjukkan pukul 7.50 a.m . Ada lagi beberapa minit untuk aku bersiap sebelum jam 8.30 a.m . Hari ini, aku akan ke sekolah rendah aku sebab hari ni adik-adik aku daftar sekolah. Tapi, tujuan aku ke sana bukanlah untuk daftarkan adik-adik aku. Tapi, aku ke sana sebab nak jenguk sekolah lama. Rindu *^▁^*
Okeh, aku tulis entry ni bukan sebab nak beritahu apa aktiviti aku pagi ini. So, kita tutup cerita kat atas.
Hari ni Khamis, 31 Disember 2015 iaitu hari terakhir di tahun ini, 2015. Esok, kita akan melangkah ke tahun baru dan hari yang baru. Ya, esok 01 Januari 2016. 15 hari akan datang, tarikh akan menjadi 15 Januari 2016. Cepat-cepat mark kelendar anda kerana hari itu ialah HARI JADI AKU. Heh XD
Status Facebook Tahun Baru Yang Lapuk
Kalau engkorang ada akaun FB and biasa online FB pada 31 Disember, mesti korang akan terbaca status yang berbunyi begini.
Kalau sesiapa yang masuk tandas pada malam ini jam 11.59 p.m , anda akan keluar pada tahun hadapan.
Haaa. Lebih kurang begitulah bunyinya status tu.
Untuk pengetahuan korang (kalau korang tak tahu lagi la.) status ni sebenarnya dah lapuk. Aku start ada akaun FB masa tahun 2013. Masa tu aku darjah 6. Time malam 31 Disember 2013, memang banyak giler Facebookers yang update status seperti di atas.
Kalau masa tu, aku ingat 'benda' tu baru lagi. So, aku pun copy la jugak. Tapi, bila tengok 31 Disember 2014, status yang sama berulang. Dan.... Aku baru tau yang sebenarnya status tu dah lama. Sebenarnya... Haks XD Kesian deh gue T_T
Apa motif aku buat entry ni?
Hehe. Aku sebenarnya nak berpesan kepada engkorang yang baca belog aku ni and ada akaun FB supaya on9 FB malam ni dan tengok ada tak manusia-manusia yang hapdet entry sebegitu.
Kalau ada, jelas lagilah nyata bahawa mereka meng-kopi status orang lain kemudian mem-pasta-kan status itu di FB sendiri.
Jujur.
Sebenarnya aku bosan tau main FB ni. Kenapa? Kerana kebanyakan Facebookers giler glamour and batak hot. Apa itu batak? Sila tanya orang lain sebab aku tak reti nak explain.
Kenapa aku kata kebanyakan Facebookers giler glamour and batak hot? Kerana setiap kali aku buka newsfeed FB aku, aku akan nampak dan TERbaca status dari orang yang sama. Kadang-kadang bila buka newsfeed, ada 7-8 status dari akaun FB yang sama DAN kesemua status dia adalah status yang di-kopi-pasta dari GOOGLE.
Boring, okay.
Okeh-lah. Sampai di sini sahaja dulu entry aku untuk kali ini. Malam ni aku hapdet entry lain pulak kalau aku rajin. Sebab aku ni malas sikit nak hapdet meng-hapdet ni.
Okei, dah. Babai!
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
Salam sayang.
Me and my sister. Dalam family, kitorang berdua je pompuan. Lagi 3 lelaki. So, kitorang boleh dikatakan rapat lah ∩__∩

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...