Friday 27 November 2015

JOM BELAJAR BAHASA TERENGGANU! PART1



JOM BELAJAR BAHASA TERENGGANU! PART1






Assalamualaikum..

Aku tahu kat luar sana mesti ramai kan yang nak pandai berbahasa Ganu ni, kan? Well, bahasa Ganu kan unik. Susah nak ikut tapi senang nak faham.. Orang 'bandar' memang susah nak berbahasa Ganu sebab lidah korang lembut. Tapi, aku dan orang Ganu lain senang aje sebab lidah kitorang ni tak kasar tapi sado.. Orang Ganu kata, katang!

Mak aku sendiri yang cakap bahasa Ganu ni rare dan bahasa paling bagus+baik walaupun sedikit kasar.. Sebabnya? Aku pun tak tahu tapi mak aku cakap macam tu..

So, atas idea aku sendiri, aku cadang nak buat kelas bahasa Terengganu kat blog aku. Since aku ni anak jati Ganu and boleh berbahasa Ganu dengan baik, so aku rasa tak salah kot kalau aku ajar orang-orang yang nak belajar bahasa Ganu ni.. Walaupun bahasa Ganu aku tak sebaik emak aku.. Well, yeah! Aku dah sedikit kebandaran..

So, our class begins here!


1) Korang yang nak berbahasa Ganu kena tahu yang orang Ganu memang suka sangat dengan huruf 'ng'. Kalau boleh semua perkataan nak letak huruf 'ng' kat belakang.

Contoh ayat: "Arif makan ikan."
Orang Ganu will say: "Arif makang ikang."

Huruf 'ng' kat perkataan makan dan ikan kena sebut terang sangat.. Hope korang faham la..

2) Orang Ganu tak boleh nak sebut huruf 'S' kat akhir perkataan. Orang Ganu akan tukar huruf 'S' kepada 'H'.

Contoh ayat: "Arris, buka kipas jap. Panas gila hari ni. "
Orang Ganu will say: "Arih (Areh), buke kipah jak. Panah gile ari ning."

Kalau ada orang Ganu yang boleh sebut 'pedas' dengan membunyikan S dengan jelas, itu bermakna dia orang Ganu yang stay kat area bandar.
P/S : Tak semua perkataan yang akhir dengan huruf 'S', orang Ganu tukar ke huruf 'H'. Bergantung kepada perkataan, contohnya perkataan bahasa Inggeris.

3) Orang Ganu suka mencarut. Lebih-lebih lagi orang lelaki dan orang tua. Remaja perempuan jarang mencarut. Tapi, orang Ganu mencarut bukannya betul-betul maksudkan carutan tu.

Contoh ayat: "Eh, Samad. Kau tengah buat apa tu?"
Orang Ganu will say: "Eh, Bodo (Bodoh). Mung tengoh wak natang ape hor?"

Orang lelaki Ganu selalunya menggantikan nama kawan atau sesiapa aje yang dia nak dengan 'Bodo'. 'Bodo' kat sini bukan bermaksud 'bodoh'. Tapi boleh dikatakan bermaksud 'awak'. 'Natang' pulak bukan bermaksud 'binatang', tapi ia bermaksud 'perkara'. Cara sebut perkataan 'natang' ialah dengan menggandakan huruf 'n' di hadapan perkataan seperti ini, 'nnatang'.
P/S: Semua carutan bergantung kepada ayat. Kadang-kadang, bila orang Ganu marah marah, dia akan panggil orang, "Eh, beruk!" Jadi, hati-hati..

4) Orang Ganu suka menggunakan 'sabdu' pada awal perkataan. 'Sabdu' bermaksud menggandakan huruf yang di awal perkataan.

Contoh ayat: "Siapa yang main telefon aku?"
Orang Ganu will say: "Ppiye hok mmaing tepung/tepong aku?"

P/S: 'Sabdu' di awal perkataan bergantung kepada perkataan juga. Ada perkataan, orang Ganu tak guna 'sabdu'. Contohnya, 'buku'.

5) Perkataan 'yang' ditukarkan kepada 'hok'.

Contoh ayat: "Eh, baju yang warna ungu tu aku punya lah."
Orang Ganu will say" "Eh, baju hok kaler ungu tu hok aku la."

P/S: Perkataan 'hok' yang berwarna biru ialah dari perkataan 'hak' yang di-Terengganukan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

New Vocab - Terengganu
1.     Hok => Hak/Yang
2.     Nebbeng => Sombong (Huruf 'e' berwarna merah disebut seperti huruf 'e' dalam perkataan enak)
3.     Gong => Sombong/Bangga diri
4.     Dduli => Ambil kisah (Dalam english disebut 'care')
5.     Taik => Tahi
6.     Ppiye/Sape => Siapa
7.     Jubor => Punggung
8.     Nnape/Mende => Apa
9.     Wakpe => Kenapa
10.Dok => Tak



-OK, sampai kat sini dahulu untuk PART1. PART2 akan disambung. Tunggu!



Thanks for reading this entry ^_^

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...