Friday 4 September 2015

Cerpen : Cinta Kita


Cinta Kita


            "Abang, berhentikan Intan kat  depan lorong tu aje lah. Intan boleh jalan sendiri ke rumah."
            Intan bersuara apabila kereta Perdana hitam yang dipandu sepupunya, Hafiz sudah agak hampir dengan tempat yang dimaksudkan.
            "Tak apalah Intan. Tak payah susah-susah nak jalan kaki. Abang boleh hantar Intan kat depan rumah," kata Hafiz. Dia ukir sekuntum senyum buat Intan yang duduk di sebelahnya. Sekilas dia menjeling gadis berdagu lekuk itu. Rasa sayu pula mahu melepaskan gadis itu pulang.
            "Apa pulak susah. Tak susah pun. Intan dah biasalah abang jalan ke rumah. Selama ni kalau kawan Intan hantar Intan pun, diorang hantar kat depan lorong tu aje. Abang tu sebenarnya tak payah nak susah-susah."
            Intan tetap dengan keputusannya tidak mahu sepupunya, Hafiz menghantarnya sampai ke depan rumah. Dia memang begitu, tidak suka menyusahkan orang. Lagi pula orang itu Hafiz. Bukan tidak sudi menerima bantuan tetapi dia tidak selesa jika kerap kali dibantu lebih-lebih lagi oleh gerangan yang sama. Terasa seperti terlalu berhutang budi sahaja.
            "Tak menyusahkan abang pun Intan. Lagipun dah nak masuk waktu Maghrib ni. Intan tak takut ke?"
            Hafiz berpaling memandang gadis di sebelahnya. Tenang sahaja lagaknya. Seperti tiada perasaan gerun langsung yang menyelubungi dirinya.
            "Takut apa pulak, bang? Lagi pun, bukannya Intan tak biasa. Dah biasa sangat dah," bicara Intan cuba membuang perasaan takut. Dia senyum simpul.
            "Abang tau lah Intan dah biasa. Tapi sekarang ni bahayalah Intan. Ramai gadis yang kena rogol sejak akhir-akhir ni. Lebih-lebih lagi gadis yang seusia Intan ni. Memang lelaki hidung belang suka sangat."
            Intan terteguk air liur mendengar apa yang diungkapkan Hafiz. Memang betul kenyataan sepupunya itu. Sejak akhir-akhir ini memang ramai gadis yang dirogol lebih-lebih lagi yang seusianya. Namun, dia tidak begitu ambil pusing kerana kebanyakan kes rogol berlaku di 'negeri-negeri bandar' seperti Kuala Lumpur dan Johor. Jarang sekali dia mendengar ada kes rogol berlaku di Terenganu.
            "Ish Abang Hafiz ni, ke situ pulak. In Sha Allah, tak ada apa perkara buruk yang akan berlaku."
            Intan menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia cuba menghilangkan perasaan gerun yang sedikit demi sedikit datang bersarang di hatinya.
            "Abang bukan sengaja bangkitkan isu tu. Abang cuma nak ingatkan Intan aje."
            "Iya lah abang. Terima kasih sebab ingatkan Intan."
            Intan senyum lagi. Dia mengerling Hafiz yang sedang fokus pada pemanduan di sebelah.
            "Habis tu sekarang, Intan nak suruh abang tinggalkan Intan kat depan lorong lah ni?" soal Hafiz meminta kepastian Intan.
            "Iya abang."
            Apabila mendengar sahaja jawapan yang dituturkan Intan, Hafiz memperlahankan keretanya dan berhenti betul-betul di hadapan lorong yang dimaksudkan Intan.
            "Intan, kirim salam dekat mak ngah dan pak ngah, ya? Kalau diorang tanya kenapa abang tak singgah, cakap kat diorang anak gadis diorang tak bagi. Eyh?"
            Hafiz mengenyit mata kirinya. Di bibirnya pula tersungging senyum.
            Intan ketawa perlahan mendengar ujaran gerangan si sepupu. Abang Hafiz ni sindir aku ke apa? Siap kenyit mata lagi..
            "Ye lah abang. Terima kasih sebab tolong hantarkan. Assalamualaikum."
            Usai berkata demikian, Intan membuka pintu kereta dan menapak keluar dari Perdana hitam itu.
            "Hahaha.. Waalaikumussalam."
            Kedengaran ketawa halus terbit dari bibir Hafiz tatkala Intan menutup pintu kereta.
            Intan berdiri tegak di tepi jalan menghantar gerangan si sepupu. Apabila pasti kereta yang dipandu Hafiz sudah jauh dari tempatnya berdiri, dia mula mengatur langkah menyusuri lorong yang bertanah merah untuk pulang ke rumahnya.
            Tanpa disedari Intan, ada seseorang sedang memerhati figura-nya dari kejauhan. Apabila sudah pasti tubuh kecil molek itu sudah tiada di hadapan lorong tadi, dia dengan pantas memandu keretanya ke arah lorong masuk ke rumah gadis itu.
***
            Intan berasa seperti ada seseorang sedang mengekori dirinya dari belakang. Tetapi apabila dia menoleh ke belakang, didapatinya tiada sesiapa pun yang berada di lorong itu melainkan dirinya sahaja.
            Intan berasa tidak sedap hati. Peluh yang mula merenik di dahi dia sapu dengan belakang tangan. Fail yang diisi dengan nota-nota pelajaran didakap rapat ke dada. Mulutnya terkumat-kamit membaca surah Kursi dan doa-doa pelindung yang dipelajarinya.
            'Siapa pulak yang ikut aku ni. Takkan hantu pulak kot. Aduhai.. Black paper spray lupa pulak nak bawak. Menyesal pulak berlagak berani dengan Abang Hafiz tadi. Harap-haraplah apa yang Abang Hafiz cakap tadi tak kena dekat aku,' monolog Intan di dalam hati. Langkahnya yang lenggang kangkung tadi dilajukan. Terasa seperti jauh pula perjalanan ke rumahnya kali ini.
            Sedang Intan mengatur langkah sambil mulutnya tidak henti-henti bertasbih kepada Yang Maha Esa, tiba-tiba mulutnya ditekup dari belakang oleh seseorang. Dia agak gerangan yang berbuat demikian lelaki kerana tangan yang menekup mulutnya itu kasar.
            "Hmm. Hmm. Hmm!"
            Intan cuba meronta minta dilepaskan apabila terasa tubuhnya diseret ke dalam semak. Tetapi lelaki yang menekup mulutnya itu langsung tidak mengendahkan rontaannya.
            Apabila lelaki yang menekup mulut Intan itu yakinn bahawa dia telah membawa Intan jauh ke dalam semak, tubuh kecil molek Intan itu ditolak kasar` ke atas tanah. Handag dan fail gadis itu dicampakkan ke tepi.
            "Aduh. Sakitnya.."
            Intan memejam mata menahan sakit apabila tubuhnya ditolak kasar ke atas tanah. Dia mengadu perlahan.
            Melihat Intan yang mengadu sakit, timbul rasa kesian di hati'nya'. Namun, apabila nafsu sudah menguasai diri, tiada apa lagi yang bisa menghalang. Hajat'nya' perlu ditunaikan segera.
            'Dia' tunduk mendekati Intan. Tangannya ringan sahaja memegang hujung tudung gadis itu dan menariknya kuat. Apabila bercerai sahaja tudung dari kepalanya, maka terserlah-lah mahkota yang selama ini menjadi kebanggaan Intan. 'Dia' memandang tajam rambut Intan. Terpesona seketika dia dengan keindahan ciptaan Yang Maha Esa di hadapannya tika itu. Nafsu yang sedang bersemarak kini semakin membara.
            Intan terpana dengan gerakan drastik yang dilakukan oleh jejaka di hadapannya. Matanya berkelip-kelip memandang lelaki yang bersarung muka itu. Sungguh tidak terduga dengan apa yang baru sahaja berlaku. Mahkota yang selama ini dijaga penuh rapi daripada pandangan para ajnabi kini sudah ternoda.
            Setitik manik jernih jatuh membasahi pipi mulusnya. Sedih rasa hatinya mengingatkan apa yang telah dan bakal berlaku kepada dirinya. Adakah dia juga akan menghadapi situasi yang sama dengan wanita-wanita yang telah kehilangan dara secara terpaksa?
            Tidak! Dia tidak mahu! Dia tidak sanggup! Dia tidak rela jika dirinya menjadi tempat memuas nafsu serakah si jantan gersang. Dia tidak mahu segala aset pada dirinya diteroka secara percuma oleh insan yang tidak mempunyai hati perut. Dia tidak mahu!! Batin Intan menjerit kuat.
            'Dia' mengesat titik-titik air mata yang jatuh berjejeran di pipi Intan. Dia cuba mengcekalkan hatinya supaya tidak tewas pada titisan air mata gadis itu. Walau bagaimana cara sekali pun, agendanya harus diteruskan.
            Dengan kekuatan seorang lelaki yang ada pada dirinya, dia membuka butang baju kurung moden Intan dengan rakus. Segala sifat lemah lembut yang ada pada dirinya selama ini sudah hilang entah ke mana. Yang ada cuma nafsu serakah yang sedang marak membara di dalam dirinya.
            "Tolong.. Tolong jangan buat aku macam ni.. Tolong!!"
            Intan menjerit cuba meminta tolong daripada gerangan yang mungkin melintasi kawasan itu. Namun, baru sahaja dirinya menjerit, satu tamparan hinggap di pipi kanan dan kirinya. Kemudian, cecair berwarna merah mula mengalir dari bibirnya.
            Intan sudah tidak larat lagi mahu melawan. Dia sudah tiada daya lagi mahu menghalang tindakan lelaki yang seperti kucing kelaparan. Dia hanya membiarkan sahaja setiap perilaku manusia tidak berhati perut itu. Dia tahu dan pasti, jika dia terus melawan, pasti pipinya akan dihinggapi penampar berbisa dari sang lelaki sekali lagi.
            Dalam sendu, Intan seakan reda dengan apa yang sedang dilakukan oleh lelaki hidung belang di depannya. Dia tidak kenal siapakah gerangan lelaki itu dek kerana sarung muka hitam yang tersarung di wajahnya. Tetapi dia pasti lelaki itu seorang yang tidak berhati perut dan dia harap lelaki itu akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang telah dia lakukan kepada dirinya.
***
            "Macam mana ujian tadi? Positif atau negatif?"
            Baru sahaja Intan menjejakkan kakinya ke dalam kereta Perdana hitam milik Hafiz, terus dia diajukan dengan soalan yang dirasakan sangat menyakitkan. Menyakitkan hati, jiwa dan raganya. Abang Hafiz, kenapa tanya Intan soalan macam tu? Intan bersuara namun cuma di dalam hati. Kerongkongnya terasa perit untuk mengeluarkan kata-kata.
            Hafiz memerhati gerak-geri Intan yang sedang mengambil tempat di sebelah tempat duduk pemandu di dalam keretanya. Setiap inci wajah gadis itu dipandang galak. Dia tidak kisah jika menghadiahi gadis itu dengan pandangan sebegitu kerana dia yakin Intan sudah tentu tidak perasan akan pandangannya itu kerana dia memakai kaca mata hitam.
            Walaupun Intan sudah tidak sesuai dipanggil anak dara, namun Intan masih kelihatan seperti seorang gadis sunti yang masih belum disentuh oleh mana-mana jejaka. Sejarah hitam yang telah berlaku kepada gadis berdahi luas itu telah merubah hampir keseluruhan cara hidupnya. Jika dahulu, dia seorang gadis yang happy-go-lucky dan mulut becok. Tetapi kini, Intan sudah bertukar kepada seorang gadis yang pendiam dan masa lapangnya banyak diisi dengan berendam air mata.
            Hafiz yang melihat keadaan Intan turut terkesan dengan perubahan mendadak sepupunya itu. Dahulu mereka sering bergurau senda. Tetapi kini, sepatah yang disoal, sepatah juga yang dijawab. Kadang-kadang sepupunya itu lebih suka berdiam diri dan membiarkan sahaja soalan yang diajukan tanpa jawapan.
            "Intan, abang tanya ni. Positif ke negatif?"
            Intan memandang Hafiz sekilas. Dia mengeluh perlahan. Patutkah dia jujur menjawab soalan yang diajukan oleh si sepupu. Ataupun perlukah dia berbohong? Tetapi jika dia berbohong, sampai bila pembohongan dia itu akan kekal? Lambat laun, Abang Hafiz akan mengetahui juga tentang hal yang sebenar.
            "Positif..."
            Perlahan sahaja kedengaran suara Intan menjawab pertanyaan Hafiz. Tanpa sedar, mata yang tadinya kering kontang kini sudah digenangi air mata. Tunggu untuk melimpah ke pipi sahaja.
            "Intan... Tahniah."
            Hafiz senyum tepi.
            Intan memandang Hafiz pelik. Seakan tidak percaya sahaja dengan apa yang baru diungkapkan lelaki itu. Tahniah? Apa yang dimaksudkan dengan tahniah itu? Adakah sepupunya itu menyindir? Ataupun gembira dengan kehadiran satu roh yang bakal menjejak dunia lagi sembilan bulan?
            "Tahniah? Apa maksud Abang Hafiz?"
            Dengan mata yang bergenang, Intan menyoal Hafiz. Air mata yang mengalir di pipi dia sapu dengan belakang tangan.
            "Maksud abang, tahniah lah sebab Intan bakal jadi ibu lagi sembilan bulan," bicara Hafiz sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada gadis yang duduk di sebelahnya.
            "So, means abang suka lah Intan pregnant anak luar nikah? Abang, abang sedar tak? Ni anak luar nikah abang. Anak luar nikah! Intan tak nak anak ni abang. Intan tak nak!"
            Intan sudah berjuraian air mata. Sedih hatinya, pilu jiwanya mendengar apa yang dituturkan oleh Abang Hafiz. Abang.. Kenapa abang gembira dengan berita ni? Kenapa abang masih boleh tersenyum apabila mengetahui yang Intan sedang mengandung anak luar nikah? Kenapa abang mampu ucapkan tahniah kepada Intan selepas apa yang telah terjadi kepada Intan? Abang, kenapa? Monolgnya tetapi cuma di dalam hati.
            "Intan, jangan jadi macam ni. Anak yang Intan kandung tu tak berdosa. Yang berdosa ialah ayah dia, Intan. Tolong jangan hukum anak tu. Kesian dia, Intan. Berilah dia peluang untuk melihat dunia. Berilah dia peluang untuk balas budi Intan yang kandungkan dia. Intan, dengar cakap abang ni. Abang langsung tak bermaksud nak ucapkan tahniah semata-mata untuk sindir Intan. Apatah lagi gembira sebab Intan dah kandungkan anak luar nikah. Tak Intan."
            Hafiz menanggalkan cermin mata hitam yang terletak elok di atas hidungnya kemudian diletakkan di atas dashboard. Dia merenung tepat ke arah anak mata hazel milik Intan. Terasa ingin sahaja dia memeluk tubuh genik gadis itu, tetapi dia yakin jika dia melakukan sebegitu pasti dirinya akan tersenarai dalam lelaki yang dibenci Intan.
            "Abang senanglah cakap tapi yang menanggungnya Intan, bang. Intan! Mana Intan nak letak muka ni? Dengan saudara-mara sendiri pun Intan rasa dah tak sanggup nak berdepan. Lagilah dengan orang lain. Nanti macam mana kalau jiran-jiran Intan tahu pasal hal ni? Mesti diorang mengata Intan macam-macam bang. Kalau yang kena caci maki tu Intan sorang sahaja tak apa. Ini sekali dengan mak ayah Intan. Intan tak nak semua ni berlaku. Intan tak nak!"
            Pipi tembam Intan yang tadinya cuma dicemari beberapa titik air mata kini sudah banjir. Banjir dek manik-manik jernih yang jatuh berjuraian di pipinya. Bersama esakan kecil, Intan menangis. Hati lelaki Hafiz tersentuh melihat keadaan gadis di hadapannya. Tidak sanggup rasanya ingin melihat si gadis menangis lagi. Tidak tahan jiwanya menahan sebak yang mula menyelubungi jiwanya.
            Hafiz menarik beberapa helai tisu yang terletak di atap kereta Perdana hitamnya. Kemudian dia menyapu permata-permata yang mengalir di pipi mulus Intan.
            "Intan, kita kahwin.."
            Hafiz berkata penuh berharap.
            Dari sinar mata si arjuna, Intan pasti malah yakin bahawa Hafiz menuturkan setiap patah kata itu dengan ikhlas. Namun, ikhlaskah hatinya untuk menerima diri yang sudah tidak suci lagi untuk dijadikan teman sehidup semati? Sanggupkah dia menjadi suami kepada seorang wanita yang sudah dikotori maruahnya? Dan relakah dia mem-bin dan binti-kan bayi yang bakal melihat dunia nanti dengan namanya? Intan kini diasak dengan pelbagai persoalan yang dia sendiri tidak pasti adakah jawapannya YA ataupun TIDAK.
            "A..bang..."
            Dengar tidak dengar sahaja suara yang keluar dari celahan bibir munggil gadis itu.
            "Intan.. Kalau Intan tanya abang sama ada abang ikhlas atau tak, itu tak menjadi persoalan Intan. Kerana keikhlasan itu ibarat semut hitam yang berada di atas batu yang hitam di malam yang kelam. Tiada siapa pun yang tahu kecuali Allah Yang Maha Mengetahui."
            Hafiz berkata tenang. Matanya masih tetap merenung Intan. Langsung tidak dikalihkan ke arah lain.
            "Tapi.."
            "Intan. Intan cuma jawab setuju ataupun tak sahaja. Kalau Intan setuju, kita boleh terus kahwin. Persiapan perkahwinan tu kita boleh buat ala kadar sahaja. Tapi kalau tak. Abang tak boleh nak kata apa lagi. Itu keputusan Intan."
            Baru sahaja sepatah perkataan yang keluar dari mulut Intan, Hafiz terus menyambung ayatnya kembali. Dia langsung tidak memberi peluang kepada si sepupu untuk mengeluarkan kata. Dan seterusnya menyebabkan si sepupu terus kelu. Kelu tanpa sebarang idea untuk berbahas.
            "Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main abang. Ia mengenai masa depan. Intan tak nak abang terseksa dengan perkahwinan ni. Rela ke abang terima Intan yang dah tak suci lagi ni sebagai isteri? Lagi pula, Intan sedang mengandung bang. Sanggup ke abang bin dan binti kan anak ni dengan nama abang? Kalau abang rela dan sanggup sekalipun, Intan tak nak bermadu bang. Abang faham kan apa maksud Intan?"
            Selepas diam seketika merangka-rangka ayat, Intan kembali berbicara. Dia turut membalas renungan Hafiz. Renungan meminta untuk difahami.
            Hafiz senyum mendengar ujaran Intan. Rupa-rupanya perkara itu yang membelengu diri Intan.
            "Intan.. Dalam hidup ni, kita sentiasa dididik untuk berfikir dahulu sebelum bertindak. Kerana apa yang kita lakukan sekarang pasti ada akibatnya di masa hadapan. Sama ada baik ataupun buruk. Tapi, kadang kala, kita tidak perlu terlalu banyak berfikir dan berfikir terlalu jauh. Nabi marah, Intan. But, in our case.. Just so you know that I love you. That's enough for you to answer my question. Either yes or no."
            Hafiz senyum tepi.
            Intan terkedu mendengar apa yang baru sahaja diluahkan Hafiz. 'Just so you know that I love you.' Apa yang Abang Hafiz maksudkan dengan ayat tu? Dia cintakan aku kah? Tetapi...
            "Maksud abang?"
            Intan kerut dahi menyoal Hafiz.
            "Next month kita kahwin, okay? Full stop!"
            Hafiz berkata dengan senyuman yang semakin lebar di bibir. Intan kaku sebentar. Seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Kahwin? Next month kahwin? Biar betik!?
***
            "Umi, mana Intan? Dari tadi lagi Hafiz cari dia tak jumpa-jumpa."
            Hafiz menyoal Puan Rasidah iaitu uminya akan keberadaan isterinya. Dia mengambil tempat di meja makan. Sebiji gelas yang tersusun elok di atas meja diambil kemudian dituangkan sejag air sirap ke dalam gelas. Gelas yang penuh dengan air sirap diteguknya rakus untuk menghilangkan dahaga.
            Kini, sudah hampir enam bulan Hafiz dan Intan disatukan sebagai suami isteri. Dan ini bermakna kandungan Intan sudah mencecah tujuh bulan jika dikira dari tempoh dia mula positif mengandung.
            Kehidupan mereka begitu bahagia. Apatah lagi tidak lama lagi akan lahir seorang insan yang akan membahagiakan kehidupan mereka berdua. Sudah tentu hubungan di antara mereka akan bertambah rapat dan mesra.
            "Intan dekat belakang dengan Amira. Tengah kait buah pauh. Katanya mengidam. Biasalah tu perempuan mengandung. Suka sangat makan masam-masam."
            Di akhir kata, Puan Rasidah tersenyum. Walaupun perkahwinan di antara anak terunanya dan Intan bukanlah atas dasar cinta dari kedua-dua belah pihak, tetapi mereka hidup bahagia sahaja.
            Tindakan Hafiz yang mahu mengahwini Intan apabila mengetahui gadis itu mengandung pada mulanya agak mengejutkan Puan Rasidah sekeluarga. Apatah lagi saudara-mara mereka yang lain. Semuanya seperti tidak yakin dengan kemahuan Hafiz. Bukannya mereka tidak tahu Intan itu adalah perempuan yang sudah ditebuk tupai. Kewanitaannya sudah dirampas oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Insan yang cuma bertuhankan nafsu semata-mata.
            Tetapi kini apabila melihat kehidupan mereka berdua yang sentiasa ketawa gembira, bergurau senda dan saling menyakat antara satu sama lain amat melegakan hati semua saudara mara. Keraguan yang menguasai diri sanak saudara juga sudah hilang dibawa bayu.
            Hafiz dan Intan juga sudah serupa belangkas semenjak mereka disatukan. Sentiasa bersama tidak kira masa mahupun tempat. Jika salah seorang tiada, pasti insan yang satu lagi akan mencari akan keberadaan insan yang 'hilang' itu. Seperti sekarang, Hafiz sedang mencari akan 'tempat persembunyian' isterinya. Walhal isterinya itu cuma berada di belakang rumah.
            Senyum di bibir Puan Rasidah semakin lebar apabila mengingati akan anak dan menantunya itu. Gembiranya hati tak terkata apabila melihat Intan yang dahulunya asyik senyap dan sentiasa berendam air mata kini sudah pandai bergelak tawa. Anak jantannya yang seorang itu juga turut berubah. Jika dahulu jarang sekali dapat melihat dia tersenyum. Tetapi kini tidak kira masa dan ketika, kerjanya cuma tersenyum dan sesekali terdengarlah tawanya. Apatah lagi jika bersama dengan si isteri.
            "Oh.. Patutlah Hafiz cari tak jumpa. Belakang rumah rupanya. Tapi kenapa Intan ajak Amira? Kenapa tak ajak Hafiz aje? Bukannya Hafiz tak pandai nak kait buah pauh tu."
            Soal Hafiz lagi. Baki sirap di dalam gelasnya diteguk sehingga habis.
            "Nak ajak kamu macam mana kalau kamu tak ada depan mata dia? Intan tu dah lama cari kamu tapi tak jumpa. Alih-alih dia ajak Amira. Kamu faham-faham ajelah adik dengan isteri kamu tu. Memang sekepala! Hahaha."
            Puan Rasidah ketawa halus. Dia menggeleng perlahan. Ini satu lagi. Intan menantunya dan Amira anak daranya itu memang sekepala. Dari A sampai Z kalau boleh semuanya mereka nak sama dan serupa. Tetapi tidak hairanlah kerana mereka sama umur. Kedua-dua mereka berumur 21 tahun. Oleh sebab itulah mereka boleh rapat sejak kecil lagi.
            Kalau dahulu semasa Intan dan Amira masih lagi digelar kanak-kanak ribena, mereka selalu juga membuli Hafiz yang cuma tua lima tahun daripada mereka. Ada sekali tu, mereka mengajak Hafiz bermain masak-masak. Hafiz yang memang ketika itu kebosanan ikutkan aje lah. Ketika Hafiz sedang asyik menggaul pasir di dalam periuk, Intan dan Amira mencampakkan cacing ke dalam periuk berisi pasir itu. Hafiz apa lagi, terus menjerit dan bertempiaran lari. Mereka berdua pula ketawa terkekek-kekek.
            "Ye lah.. Mereka berdua lah yang campak cacing kat dalam periuk Hafiz. Eii!"
            Hafiz menggeliang-liutkan badannya tanda geli. Puan Rasidah pula yang mendengar ujaran anaknya itu tambah kuat ketawa. Lucu pula mengingatkan kisah itu.
            "Umi ni.. Janganlah ketawa!"
            Hafiz tayang muka masam. Geram juga dia apabila ditertawakan dek ibu sendiri.
            "Macam mana umi tak ketawa kalau peristiwa tu memang kelakar. Lawak gila kalau tengok muka kamu masa tu. Hahaha!"
            Puan Rasidah makin galak ketawa. Memang dia tidak nafikan kisah itu lucu. Apatah lagi dengan riak wajah Hafiz yang memang ketakutan plus kegelian masa tu.
            "Ish umi ni.. Baik pergi dekat belakang tengok Intan daripada dengar umi ketawa. Panas hati ni."
            Hafiz bangun dari tempat duduknya. Dia menyorong kerusi yang dia duduki tadi ke bawah meja. Gelas yang digunakan tadi dibawa ke singki dan dibasuh. Kemudian dia membawa diri keluar dari ruang dapur. Sekarang misi dia ialah menjejaki isteri tercintanya!    
***
            "Oit mak cik-mak cik sekalian! Tengah buat apa tu?"
            Hafiz menyapa Intan dan Amira yang sedang bergelak tawa sambil mengupas buah pauh di atas pankin. Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.
            "Tengah basuh baju. Kenapa? Tak nampak ke? Kesian.."
            Amira menjuihkan bibirnya. Dia sudah mula mahu meloyar buruk.
            "Oh.. Mak cik basuh baju? Dah berapa helai basuh?"
            Hafiz yang mendengar Amira berloyar buruk tidak mahu mengalah. Dia turut mahu meloyar buruk.
            "Ada lah dalam tiga ribu helai. Kenapa?"
            Amira membalas loyar abangnya. Sekilas dia menjeling Intan yang menyuap buah pauh ke mulut Hafiz. Kemudian kelihatan Hafiz memejam mata menahan masam. Dia senyum tepi. Padan muka kau abang!
            "Masam!"
            Hafiz menyeringai. Intan yang melihat turut ukir senyum tepi. Lucu pula melihat wajah Hafiz yang menahan masam.
            "Berapa tadi dik? Tiga ribu pasang? Apa macam? Abang ni tujuh ribu, kay!"
            Hafiz buat muka angkuh. Dia menjeling Intan di sebelah. Kelihatan gadis itu sedang mengunyah buah pauh yang telah dipotong nipis. Melihatkan 'senario' itu, terlintas di fikirannya, tidak masamkah buah pauh itu? Namun apabila mengingatkan isterinya itu sedang mengandung, dia mengangguk perlahan tanda faham. Bak kata umi, biasalah tu orang mengandung.
            "Eleh abang ni. Dalam mimpi boleh lah. Tapi dalam dunia realit, nak basuh sehelai baju pun malas. Alasannya sibuklah, tak ada masa lah, itulah, inilah. Tapi duk bermanja dengan Intan ada pula masa. Tak sibuk pulak. Tipu je."
            Amira menjelirkan lidahnya kepada Hafiz. Hafiz yang melihat menjegilkan mata.
            "Alah Mira. Cakap aje lah Mira dengki dengan abang sebab abang dah kahwin. Kan sayang? Hehe.."
            Hafiz sengih menunjukkan sebaris gigi putihnya. Dia memeluk bahu Intan.
            Amira buat muka menyampah. Buah pauh yang sudah dipotong nipis dia celupkan sedikit ke dalam 'colek' kemudian dimakan. Hafiz yang melihat memejamkan matanya. Mungkin menahan rasa masam buah pauh walhal bukan dia pun yang makan buah pauh itu.
            "Dengki? Sorry to say lah abang. Memang tak. No time lah to dengki with you."
            "Ye lah tu. Tak dengki konon. Takpe dik. Kalau kau tak sabar nak kahwin, nanti abang pergi pinangkan Amirul tu eyh? Kau kan suka dia."
            Hafiz mengenyit mata kirinya usai menuturkan ayat. Intan pula ketawa perlahan. Bukan dia tidak kenal Amirul, jiran sebelah rumah mak long a.k.a emak mentuanya. Dan bukan dia tidak tahu, Amirul itu merupakan crush sepanjang hayat Amira. Melalui cerita yang disampaikan Amira kepadanya, adik iparnya itu sudah meminati Amirul sejak mereka kecil lagi. Pada mulanya minat sahaja. Lepas tu suka. Then, cinta.. Kalau masa kecil-kecil dahulu bolehlah dikatakan cinta monyet. Tetapi apabila usia mereka meningkat dan kini sudah berusia 21 tahun, cinta monyet apanya itu. Cinta menunggu naik pelamin ada lah.
            "Abang! Kau ni kan.. Dia ada kat rumah la. Nanti dia dengar kan.."
            Amira mencubit perlahan lengan sasa abangnya. Matanya dibulatkan tanda marah. Muka yang tadinya kuning langsat kini sudah bertukar kepada kemerah-merahan. Nampak sangat tengah tahan malu.
            "Alah, biar aje lah dia dengar. Mana tahu kan, kot kot nanti kalau dia dengar, dia terus datang meminang Mira. Huhuhu.. Dapat jugak abang adik ipar sorang. Kan?"
            Hafiz makin galak mengusik adiknya. Keningnya diangkat-angkat.
            "Entah kau ni Mira. Nanti dapat jugak aku adik ipar."
            Intan yang cuma berdiam diri tadi mula bersuara. Dia turut mengangkat-angkat kening. Bibir munggilnya mengoles senyum. Manis sahaja jika dilihat.
            "Kau ni nak masuk geng abang aku jugak ke? Sama-sama nak usik aku. Hee.. Bencilah! "
            Amira menjeling dua 'burung merpati' di hadapannya manja. Tangannya yang memegang pisau dan buah pauh sengaja dihentak-hentakkan tanda protes.
            "Eh, sukalah!"
            Tanpa dirancang, Hafiz dan Intan sama-sama bersuara dan menuturkan ayat yang sama. Kemudian mereka berpaling memandang satu sama lain. Dan, akhirnya terhambur juga ketawa dari mulut mereka.
            Amira yang melihat abang dan kakak iparnya ketawa buat muka masam. Tetapi akhirnya dia senyum juga. Gembira hatinya melihat kemesraan dan kegembiraan di antara abang dan sepupunya yang kini sudah menjadi suami isteri. Dan lagi beberapa bulan mereka berdua bakal menjadi ibu dan abah. Tidak sabarnya dia mahu menyambut kelahiran anak saudara pertama dalam keluarganya.
            Walaupun bayi yang bakal lahir itu bukanlah dari darah daging Hafiz, abangnya. Namun Amira sekeluarga cuma buat donno. Bagi mereka, anak yang sedang dikandungkan Intan ini adalah berketurunan mereka juga kerana abangnya berkahwin dengan Intan ketika usia kandungan gadis itu baru sahaja mencecah satu bulan. Masih boleh di-bin dan binti-kan dengan nama abangnya.
            "Eleh, kau Intan. Kau nak ke adik ipar yang tua dua tahun dengan kau? Nanti kau nak panggil dia adik pun kau berfikir dua tiga kali.. Wei, wake up babe," suara Amira. Sepotong buah pauh yang sudah dicelupkan dengan 'colek' disuapkan ke mulutnya.
            "Eh.. Kan Mira? Tak terfikir pulak dek akal aku ni. Em.. Mira, kau cari yang lain lah. Cari yang lagi muda dari aku. Eyh?"
            Intan buat muka manja. Suaranya sengaja dilunakkan. Biarpun kedengaran sedikit gedik, tetapi dia tidak kisah. Bukan ada sesiapa pun kat situ. Cuma dia, Hafiz dan Amira sahaja.
            "Eh, kenapa pulak macam tu? No, no, no! Suka hati kau aje suruh aku cari yang lain. Kan aku dah cakap yang dia tu crush sepanjang zaman aku. Tiada yang lain dah! Ada faham!?"
            Jikalau tadi Hafiz dan Intan yang mengankat kening kepada Amira. Tetapi kini Amira pula yang mengankat keningnya kepada Intan.
            "Abang, dengar tak tu? Crush sepanjang zaman lah.. Setia gila adik abang ni kan?"
            Intan buat-buat berbisik di telinga Hafiz. Namun, suaranya tetap seperti biasa malah lebih kuat. Sengaja dia berbuat begitu supaya gerangan di sebelah rumah dapat mendengar.
            Amira yang mendengar apa yang dituturkan Intan menjegilkan mata hingga bulat menunjukkan bebola matanya. Bibirnya diketap. Geram pula dia dengan Intan yang seakan-akan berbisik di telinga Hafiz itu. Sudahlah suara seperti separa menjerit sahaja. Luar dari biasa!
            "Eh, kau ni Intan! Kan aku dah cakap tadi dia ada kat rumah. Nanti dia de.."
            Belum sempat Amira ingin menghabiskan patah katanya, tiba-tiba ada seseorang datang menegur dia, Hafiz dan Intan yang sedang berada di pangkin. Dia menoleh ke kiri ingin melihat siapakah gerangan yang menyapa. Dan, seketika dia terkaku, terpana, terkedu, terkejut dan bermacam ter-lah melihatkan insan yang sudah mengambil tempat tidak jauh darinya.
            Amirul? OMG! Kenapa dia boleh ada kat sini? Agaknya dia dengar tak apa yang aku cakap tadi? Suara hati Amira berbicara sendirian. Wajah tampan Amirul dipandang tidak lepas.
            "Mira, nak satu."
            Amirul yang tidak perasan akan pandangan Amira kepadanya meminta sepotong buah pauh daripada si gadis.
            Amira yang bagaikan baru tersedar dari lamunan berdeham perlahan. Dia mengalihkan pandangannya menoleh ke hadapan. Kelihatan Hafiz dan Intan sedang tersenyum-senyum. Mesti mereka fikir bukan-bukan ni. Hati kecilnya mula berprasangka.
            "Mira, nak satu?"
            Amirul mengulang ayatnya tadi apabila melihat Amira yang cuma buat donno sahaja kepada dirinya.
            "Erk, kau nak apa?"
            Amira yang tidak faham dengan permintaan Amirul bertanya pelik. Dahinya dikerut.
            "Aku nak tu satu."
            Amirul menjuihkan bibirnya ke arah buah pauh yang dipegang Amira. Amira yang seakan faham akan apa yang dimaksudkan Amirul memotong sedikit buah pauh kemudian dihulurkan kepada Amirul.
            "Kau tolong suapkan boleh tak? Tangan aku kotor lah nak pegang. Malas pulak aku nak cuci tangan. Hehe."
            Amirul sengih menampakkan giginya. Amira yang melihat menjeling sekilas. Dia buat muka angkuh. Padahal dalam hati bukan main lagi bersorak.
            "Ish, mengada gila! Nah, buka mulut kau."
            Amira menyuapkan potongan buah pauh ke mulut Amirul apabila lelaki itu membuka mulutnya.
            "Thanks."
            Ucap Amirul bersama senyuman di bibir. Dia mengunyah perlahan buah pauh yang disuap Amira tadi. Sesekali matanya dipejam menahan masam. Sama seperti Hafiz tadi.
            "Ehem. Ehem! Korang kalau nak bermanja pun agak-agak lah. Kitorang ada kat sini lah."
            Hafiz bersuara ingin menyedarkan si romeo dan juliet itu akan keberadaanya dan isteri di situ. Sakit pula matanya melihat adengan bersuap di antara adik dan jirannya tadi.
            "Ops! Sorry, tak perasan. Hahaha."
            Amirul menekup mulutnya buat-buat terkejut. Kemudian dia ketawa perlahan.
            "Mana nak perasannya kalau adik aku dah ada depan mata kau. Kan?"
            Hafiz senyum sinis. Dia mengerling sekilas wajah adiknya, Amira yang semakin memerah.
            Hish Amira ni. Dah suka tak nak mengaku. Cakap aje lah dekat Amirul ni yang kau suka dia. Apa susah? Ni, takut Mirul tak suka kau lah. Amirul tak sepadan dengan kau lah. Hey, Mira. Kau tahu tak yang Amirul ni pun ada hati jugak dengan kau? Haiya! Korang berdua ni sama aje. Malu tapi mahu.. Desis Hafiz perlahan. Tetapi cuma di dalam hati. Tidak berani pula dia mahu berkata begitu di hadapan Amira. Takut rahsia Amirul yang selama ini dia pegang bocor pula.
            "Ahah! Ye lah tu. Hehe.. Eh, Mira. Kau ke mana hah lama aku tak tengok? Rindu pulak."
            Amirul menyoal Amira dengan wajah yang serius. Bukan setakat wajah, malah suaranya turut diseriuskan.
            "Eleh, rindu la sangat. Nak muntah aku. Kau cakap lama tak tengok aku? Sepatutnya aku yang cakap macam tu kat kau. Kau tu, keluar dah lah awal pagi balik pulak lewat malam. Kalau cuti tahu berkurung aje dalam rumah. Bukannya nak keluar jenguk aku ni ha! Well, orang dah berkerjaya."
            Amirul ketawa berdekah mendengar ujaran Amira. Betul-betul tepat ke batang hidungnya. Memang dia begitu. Selalu keluar awal pagi dan pulang pula lewat malam. Jikalau hari cuti pula dia banyak meluangkan masa di rumah, ingin melepaskan lelah selepas lima hari melalui hari yang memenatkan. Nak buat macam mana. Kerja sebagai seorang arkitek muda sepertinya memang begitu. Teramat padat mengalahkan arkitek yang sudah kerja bertahun-tahun.
            Tetapi bukan hal itu yang membuatkan dia ketawa berdekah. Sebaliknya ayat Amira yang mengatakan dia tidak menjenguk diri si gadis. Haii, tahukah kamu wahai Amira bahawa aku sentiasa menjenguk dirimu walaupun di balik jendela? Cuma kau aje yang tak perasan.
            "Eleh, cakap aku tak jenguk kau pulak. Kau tu ada reti nak jeguk aku? Kerja kau kalau tak ada kelas menghadap laptop tu aje lah. Entah apa yang seronoknya pun aku tak tahu."
            Amirul menjelirkan lidahnya kepada Amira. Buah pauh yang baru sahaja dipotong Amira diambil pantas kemudian disuapkan ke dalam mulutnya. Amira yang tidak sempat mahu berbuat apa cuma mampu membulatkan matanya yang sedia bulat. Dia menampar perlahan bahu Amirul yang berlapikkan t-shirt hitam bertulis Hard Rock Cafe.
            "Eii, kau ni! Mana kau tahu aku selalu menghadap laptop hah? Kau skodeng aku eyh?"
            Kali ini Amira mengecilkan pula matanya. Jari tulunjuknya ditunjukkan tepat ke batang hidung Amirul.
            Amirul menjeling Hafiz meminta pertolongan. Takkan dia mahu mengaku yang dia meng-skodeng Amira pula. Buat naya sahaja nanti.
            Hafiz yang seakan faham dengan jelingan Amirul bersuara, "Korang berdua kalau tak sibuk hal antara satu sama lain memang tak sah kan? Apa kata korang kahwin je. Nanti senang, tak ada dah istilah busy body tu."
            Bicara Hafiz menyelamatkan Amirul sekali gus mengeluarkan buah fikirannya. Apa salahnya jikalau Amirul dan Amira bersatu dalam erti kata lain bernikah dan berkahwin. Bukannya diorang baru aje kenal. Pula tu masing-masing sudah menyimpan suatu perasaan yang sama di dalam hati.
            "Ahah, kan? Bijak kau Fiz. Hah, Mira. Amacam? Jom kahwin. Nanti tak ada la pulak kau tengok aku dengan mata kecil kau tu bila aku skodeng kau. Kan?"
            Mendengar sahaja apa yang diluahkan Amirul, terus sahaja Amira yang sedang mengunyah pauh terbelahak. Intan pula sudah ketawa besar. Tangannya menekup mulut menahan tawa yang terhambur secara tidak sengaja.
            Hafiz segera menghulurkan segelas air masak kepada Amira yang sedang terbatuk-batuk. Kesian juga dia melihat keadaan Amira yang terbelahak sampai meleleh air mata. Haish Amirul ni. Nak propose adik aku pun aku time lah. Ni 'pakat' cakap aje. Kau gila ke apa? Dalam hati, Hafiz berbicara tidak bersetuju dengan tindakan Amirul. Tetapi di alam realiti, dia cuma senyap sahaja. Tidak sampai hati pula dia mahu mengeluarkan ayat sebegitu.
            "Ehem! So, betul la ni kau skodeng aku? Kau ni memang nak kena, kan!?"
            Amira berdeham. Dia memandang Amirul dengan mata kecil seperti tadi. Tangannya sudah mula berasa gatal-gatal seperti mahu mencubit orang sahaja.
            "Erk.."
            Amirul kelu tidak tahu mahu berkata apa. Dia memandang jemari runcing Amira yang sudah bertukar menjadi ketam. Ah, sudah! Nanti sudah tentu merah lengan aku dicubitnya. Baik aku lari dahulu. Bisiknya di dalam hati. Dia mula mengatur langkah ingin menyelamatkan diri.
            "Lari!!"
            Amirul menjerit kuat sambil membuka langkah seribu. Amira yang melihat turut menjerit, "Amirul!!" Dan dia turut mengatur langkah seribu mengejar Amirul yang sudah bertempiaran lari. Hafiz dan Intan pula sudah ketawa terkekek-kekek melihat 'wayang' secara live di hadapan mereka.
***
            "Abang.."
            Intan memanggil Hafiz sambil menepuk lengan sasa lelaki itu yang melingkari pinggannya perlahan. Perutnya yang terasa sakit digosok-gosok. Harapnya bolehlah hilang rasa sakit itu.
            "Abang.."
            Sekali lagi Intan menyeru nama Hafiz apabila melihat jejaka itu langsung tidak berkutik dari lena. Tepukan di lengannya juga dikuatkan sedikit.
            "Em?"
            Hafiz mengangkat tangannya yang melingkari pinggan Intan. Dia menenyeh-nenyeh matanya untuk menghilangkan kantuk.
            "Abang, sakit perutlah."
            "Hem? Sakit perut? Sakit sangat ke?"
            Hafiz yang masih dalam keadaan mamai menyoal Intan. Lampu meja yang terletak di sebelah kiri katil dia buka.
            "Ya. Sakit sangat ni."
            Intan sudah mula mahu menangis. Tak tertanggung rasanya akan kesakitan itu.
            "Sini, abang urut."
            Hafiz mendekati isterinya. Kain selimut yang menutupi separuh tubuh Intan dikalihkan.
            "Masya-Allah!"
            Mata Hafiz terbuntang apabila melihat tompok-tompok merah pada pakaian Intan dan cadar katil. Adakah Intan...?
            "Intan, Intan dah nak beranak ke?" Hafiz bertanya cemas. Dahi luasnya mula dicemari renik-renik peluh.
            "Abang, sakit!! Sakit sangat, bang. Intan tak tahan."
            Intan mula menangis. Tangannya mengurut-urut perut yang memboyot.
            Hafiz cemas,  tidak tahu apa yang patut dilakukan tika ini. Seketika dia berfikir dan.. Mak!
            Dia segera keluar dari bilik tidurnya untuk memanggil gerangan si ibu. Mungkin jika dikhabarkan akan hal ini kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman seperti Puan Rasidah, dia dapat menolong.

            "Tahniah, encik dapat anak perempuan. Nanti puan akan dipindahkan ke wad dan encik bolehlah mengazankan bayi encik."
            Perkhabaran yang disampaikan oleh seorang jururawat yang menyambut kelahiran anak sulongnya cukup untuk membuatkan Hafiz terkaku. Hampir sahaja air mata kegembiraan jatuh meleleh ke pipinya. Dia sujud syukur. Syukur dengan anugerah Ilahi yang satu itu. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan si isteri, apatah lagi bayi yang baru sahaja melihat dunia.
            "Terima kasih, nurse."
            Itu sahaja yang mampu dia ucapkan di kala dia disampaikan berita itu. Terima kasih. Ya! Terima kasih. Terima kasih kerana telah membantu isterinya dalam melahirkan zuriatnya yang pertama.

            "Allahuakhbar Allahuakhbar! Allahuakhbar Allahuakhbar! Asyhadualla ilaha ilallah....!"
            Dari penjuru bilik, kedengaran suara seorang hamba Allah sedang melaungkan azan. Bersamanya dikelek seorang bayi perempuan yang baru sahaja beberapa jam menjejak ke alam dunia. Setitis air mata Intan gugur membasahi pipinya. Sayu hatinya melihat akan bayi itu. Lahir tanpa kasih sayang seorang bapa kandung. Langsung tidak mengenali siapakah ayahnya yang sebenar. Namun, tidak apa. Kerana Intan yakin bayi itu bakal mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari seorang insan bergelar bapa. Walaupun cuma bapa tiri.
            "Intan, kenapa nangis ni?"
            Hajah Fatimah iaitu emak kepada Intan menyoal anak gadisnya tatkala wajah pucat itu dicemari dek air mata.
            Intan mengelap air matanya dengan belakang tangan. Dia tersenyum memandang insan yang menyoalnya.
            "Cuba mak tengok Abang Hafiz tu. Gembiranya dia dapat anak sulong," kata Intan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Mulutnya dijuihkan ke arah Hafiz yang baru sahaja selesai mengalunkan azan di penjuru bilik.
            "Biasalah tu. Lelaki mana yang tak gembira bila dah jadi ayah? Untung anak Intan dapat ayah macam Hafiz tu."
            Hajah Fatimah turut tersenyum melihat Hafiz. Kelakuan menantunya yang mencium bayi yang baru lahir itu amat menyayukan hatinya. Hafiz melayan bayi itu seperti anak sendiri. Walhal hakikatnya tidak.
            "Intan, kita nak bagi nama apa dekat si comel ni?"
            Hafiz mengambil tempat di atas kerusi di sisi Intan. Keningnya diangkat meminta cadangan dari si isteri mengenai soalan yang diajukan.
            "Abang rasa?"
            Soalan berbalas soalan. Intan sebenarnya tidak tahu mahu manamakan bayinya dengan nama apa. Sebelum ini sudah banyak kali dia membelek buku nama-nama bayi untuk mencari nama buat bayi yang bakal dilahirkan. Tetapi apabila melihatkan senarai nama yang beraneka buat Intan rambang mata. Kalau boleh semua nama mahu diletakkan buat si puteri.
            "Abang rasa? Abang rasa... Hem..."
            Hafiz mengurut-urut dagunya yang licin tanpa janggut.
            "Ibunya nama Nur Intan Humaira. Kalau anaknya pulak.. Em, Nur Intan Maisara okay tak?" suara Hafiz memberi idea. Dia senyum sungging.
            "Nur Intan Maisara. Cantik. Macam mana mak?"
            Intan menyoal emaknya meminta pendapat. Melihatkan reaksi Hajah Fatimah yang mengangguk dengan pertanyaan anak gadisnya, Intan dan Hafiz saling menguntum senyum.
            "So, our princess' name is Nur Intan Maisara. Em, nak panggil apa ni?"
            "Intan rasa kan bang, kalau panggil Sara pun cantik. Secantik tuannya. Hehe."
            Usai berkara demikian, Intan mencubit perlahan pipi tembam bayi yang diberi nama Nur Intan Maisara itu.
            "Sara? Okay. Sara anak ayah ya? Sayang dia." Hafiz menarik sedikit hidung mancung Sara. Kemudian dia mencium pula pipi tembam bayi itu.
            Mendengarkan patah kata yang dituturkan Hafiz sudah cukup untuk membuatkan Intan rasa terharu. Terharu dengan penerimaan Hafiz terhadap Sara, anaknya. 'Sara anak ayah ya?' Cuma sebaris ayat sudah mampu membuat hati Intan terasa lega. Moga kasih Hafiz terhadap Sara akan kekal selamanya.
***
            "Abang, tolong tengokkan Sara kejap. Intan nak kemas bilik tidur." Intan menepuk perlahan bahu Hafiz yang sedang ralit menonton siaran televisyen.
            Mendengarkan permintaan Intan, Hafiz mengangguk perlahan. Seoles senyuman dihadiahkan buat si isteri.
            Melihatkan anggukan dan senyuman Hafiz, serta-merta hati Intan terasa damai. Selama dalam tempoh dia berpantang, belum pernah sekali pun Hafiz menolak untuk menengok-nengokkan Sara. Apatah lagi menjaganya. Kalau boleh, setiap apa yang berkaitan dengan Sara, semuanya Hafiz hendak lakukan. Daripada memandikan budak kecil itu sehinggalah menyusukannya. Intan pula tidak pernah melarang, malah suka. Sekurang-kurangnya, ringanlah sedikit beban yang ditanggung.
            Intan bangun berdiri perlahan-lahan. Kondisinya yang masih dalam keadaan berpantang agak menyukarkan pergerakannya. Namun itu bukanlah halangan untuk dia melakukan rutin harian yang biasa dilakukan selama ini.
            Dia mengatur langkah ke bilik tidur Hafiz, suaminya yang kini dikongsi bersamanya dan Sara. Hajat di hati mahu mengemas apa yang patut dan mengubah suai sedikit deko bilik itu. Memandangkan kini bilik itu sudah bertambah penghuninya maka ruang tidurnya juga turut bertambah.
            Perkara pertama yang dilakukan Intan apabila menjejakkan kaki ke dalam bilik tidurnya ialah mengemas meja belajar Hafiz. Dia ingin menyusun semula buku-buku yang bertimbung di atas meja itu. Membuang buku yang tidak penting dan buku yang penting diletakkan di suatu empat.
            Intan mengalih satu per satu buku dari meja belajar Hafiz. Dalam leka mengalih buku-buku itu, tiba-tiba sebuah buku nota kecil terjatuh ke atas lantai. Dia tunduk mengambil buku itu.
            Melihatkan kulit buku yang bersampul cantik membuatkan Intan tertarik untuk mengetahui apakah isi di dalamnya. Kepalanya dijenguk ke luar bilik ingin memastikan Hafiz tidak mengetahui tindakannya. Apabila sudah pasti Hafiz tidak perasan akan apa yang dilakukan, dia mula membelek buku nota itu sehelai demi sehelai dan isi yang ditulis di setiap muka ditelaah dengan khusyuk. Dan akhirnya, tibalah Intan di muka surat ketiga akhir buku nota itu. Intan membacanya khusyuk.
           
            5 Januari 2015
            Aku tak tahu kenapa dengan perasaan aku ni. Tapi yang aku tahu, setiap kali aku bersama dengan dia aku akan rasa lain. Atau lebih tepat lagi aku cakap aku rasa bahagia. Bahagia bila dapat berdampingan dengan dia. Memang aku tak sangkal, aku memang dah lama jatuh cinta dengan dia. Tapi dulu aku ingatkan tu cinta monyet aje. Tapi sekarang aku dah 26 tahun dan dia pulak dah 21 tahun. Adakah ini masih boleh digelar cinta monyet? Aku nak jugak melamar si dia, tapi... Sudi ke dia terima aku? Dia tu seorang gadis yang lawa. Mesti ramai lelaki yang sukakan dia walaupun aku tahu dia tak ada sukakan sesape. Hem... Hanya mampu menunggu :(
            DIA => NUR INTAN HUMAIRA
           
            Intan terkedu seketika membaca tulisan pada halaman itu. Dia berfikir sebentar. Adakah benar Abang Hafiz dah lama cintakan aku? Takkan lah!
            Malas mahu terus memikirkan akan hal itu, dia membelek ke halaman sebelah pula. Halaman kali ini bertarikh 20 Januari. Seketika, Intan bagai teringat sesuatu. Bukankah tarikh itu adalah tarikh di mana dia telah kehilangan kesuciannya buat selama-lamanya?  Agaknya apakah yang ditulis oleh Abang Hafiz pada tarikh ini. Perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri Intan. Malas mahu diserbu dengan perasaan itu, dia membaca setiap bait tulisan di atas kertas putih yang bergaris biru itu.

            20 Januari 2015
            Hari ni aku dah buat suatu kesalahan besar. Kesalahan yang tidak mungkin dapat diubah. Aku telah merogol Intan, cinta hati aku sendiri. Kenapa begitu tega aku melakukan perkara itu kepada orang yang sayangi. Walaupun dia dah banyak kali merayu, tapi aku tetap kejam. Aku tampar kedua-dua belah pipi dia sehingga mengalir darah merah keluar dari mulut dia. Ya Allah, jahatnya aku.
            Intan menangis. Tapi kenapa aku langsung tak tersentuh dengan tangisan dia? Kenapa aku rogol jugak dia? Kenapa aku lebih pentingkan nafsu aku daripada perasaan dan maruah Intan? Kenapa aku lebih pentingkan keinginan aku untuk memilikinya tanpa persetujuan dia sendiri? Kenapa? Aku sepatutnya mati! MATI!

            Jika tadi Intan terkedu, sekarang Intan terpana pula. Terpana dengan apa yang baru dibacanya. Jadi, Abang Hafiz adalah insan yang tidak bertanggungjawab meragut kesuciannya? Tapi kenapa? Kenapa dia? Apa salah dia? Intan terduduk di atas lantai. Setitik air mata jatuh membasahi pipinya.
            Ya Allah, terima kasih kerana engkau telah berikan aku petunjukmu. Terima kasih, Allah. Rupa-rupanya lelaki yang berlagak baik di depannya selama ini adalah insan yang telah merogolnya. Insan yang telah melakukan suatu dosa besar. Insan yang tidak pantas digelar manusia. Intan menangis lagi.
            Tinggal dua sahaja lagi halaman yang tidak dibaca Intan. Bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak larat. Dia takut jika dia membaca isi pada halaman itu, pipinya akan lencun dek air mata yang tumpah. Dia tak nak! Dia tak nak mengenang kisah lama. Dia tak nak mengingat kembali sejarah hitam yang telah terjadi ke atas dirinya. Dia tak rela!
            Intan bangun berdiri perlahan-lahan. Dia mengatur langkah menapak keluar dari bilik. Buku nota kecil masih kemas dalam pegangannya. Sekarang dia mahu melunaskan hutang sang suami. Dan buku ini akan menjadi saksi kepada perbuatan kejamnya.
            Intan melemparkan buku nota kecil yang berada di dalam pegangannya ke arah Hafiz apabila melangkah sahaja dia ke ruang tamu. Hafiz yang terkejut kerana dilontar dengan buku nota yang tepat mengenai bahunya berpaling ke belakang. Tangan kanannya menggosok-gosok bahu kiri yang terkena buku nota itu.
            "Kenapa Intan nangis?"
            Itulah soalan yang mula-mula sekali meluncur keluar dari mulut Hafiz sebaik sahaja melihat wajah Intan yang basah disirami air mata.
            "Sampai hati abang kan? Sampai hati abang buat Intan macam tu.."
            Intan berkata dalam esakan. Air mata yang bergenang di kelopak mata semakin galak ingin membanjiri pipi mulus Intan.
            "Buat apa, Intan? Abang tak faham."
            Hafiz kerut dahi. Pelik juga dia apabila terus diserbu dengan ayat sebegitu. Sampai hati buat macam tu dekat Intan? Buat apa?
            "Abang kan yang rogol Intan dulu. Kan!? Abang tak payah nak tipu lah. Intan dah tahu semuanya. Tu, buku tu. Apa yang abang tulis kat dalam buku tu dah jelas semuanya. Dah jelas!" Teriak Intan kuat sekuat amarah yang mula ingin bersarang di hatinya. Air mata turun berjejeran di pipinya seiring dengan bunyi esakan.
            "Intan..."
            Hafiz kelu. Tidak tahu mahu berkata apa. Apa yang ingin diucapkan lagi jika semuanya sudah terbongkar? Kini, Intan sudah tahu semuanya. Dan, dia sekarang mungkin bakal dibenci Intan
            "Aku benci kau lah bodoh!"
            Buat pertama kali dalam hidup Intan, dia menyebut perkataan 'bodoh' yang selama ini memang haram di bibirnya. Tetapi, dek amarah yang menggunung, apa yang halal dan haram semuanya sudah dilupakan.
            Puan Rasidah yang sedang menyiang ikan di dapur terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu apabila mendengar jeritan bak halilintar Intan.
            "Kenapa ni? Intan, kenapa Intan menjerit ni? Hafiz, kenapa ni?"
            Puan Rasidah memandang anak menantunya silih berganti. Soalan yang diajukannya tadi cuma dibiar sepi oleh dua makhluk di ruang tamu itu.
            Puan Rasidah dapat melihat dari sinar mata Intan akan api kebencian yang sedang marak. Pada riak wajah Hafiz pula seperti orang yang bersalah. Tetapi Puan Rasidah tidak tahu siapakah insan yang dibenci Intan dan kenapa Hafiz kelihatan seperti gerun sahaja.
            Puan Rasidah memandang Hafiz meminta penjelasan. Dan tatkala itu pandangannya jatuh pada sebuah buku nota yang terletak di atas lantai. Seperti dirasuk, di terus berjalan ke arah buku nota tersebut dan mengambilnya. Kemudian, isinya dibaca satu persatu.
            Air mata Puan Rasidah bergenang di kelopak matanya apabila dia membaca coretan Hafiz yang dikarang pada 20 Januari 2015. Kini, baru dia faham akan situasi saat itu.
***
            "Mak tak sangka Hafiz sanggup buat macam tu dekat anak mak. Apa salah Intan, Hafiz? Apa salah dia? Mak rasa Intan tak pernah pun buat apa-apa masalah dekat kamu. Tapi sanggup kamu buat dia sampai seteruk tu. Kalau kamu benci sangat pun dengan anak mak ni, janganlah sampai merogol dia Hafiz. Ya Allah."
            Hajah Fatimah mengelap air mata yang mengalir di pipinya. Wajah menantu di hadapannya dipandang.
            "Intan tak ada apa-apa salah pun dekat Hafiz, mak. Yang salahnya Hafiz. Hafiz yang salah sebab tak pandai kawal nafsu. Hafiz yang salah sebab selalu jadikan nafsu sebagai tuhan dalam diri Hafiz. Hafiz yang salam, mak. Mak, maafkanlah Hafiz. Bagilah Hafiz peluang nak tebus balik kesilapan Hafiz. Hafiz tak tenang hidup macam ni mak."
            Hafiz bersuara perlahan, menagih simpati. Air mata yang menuruni pipi cuma dibiarkan. Langsung tidak di lap mahupun di sapu. Biarlah! Biar air mata ini menjadi saksi akan kesesalan dirinya yang telah melakukan sutu dosa besar.
            "Jangan mintak maaf dengan mak, Hafiz. Tapi minta maaflah dengan Intan. Mak yakin Intan akan maafkan kamu. Kamu tu suami dia. Pujuklah dia, Hafiz. Mak kenal sangat dengan anak mak tu. Tak akan lamanya sedih dia tu."
            Usai berkata demikian, Hajah Fatimah bangun dari duduknya. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan menantu yang suatu ketika dahulu pernah menghancuri hidup anaknya. Bukan dia tidak suka. Malah benci jauh sekali. Tetapi dia tidak mahu mengenang perkara yang sudah lepas. Dia tidak mahu membiarkan sejarah hitam itu menghantui dirinya.
            Hafiz mengangguk perlahan. Pemergian ibu mentuanya ke luar rumah hanya dihantar dengan pandangan mata. Sekarang misinya ialah meminta maaf dan memujuk sang isteri.
***
3 bulan kemudian

            "Intan, kenapa dalam sangat rasa benci Intan tu kat abang? Tak cukup lagi ke apa yang abang buat selama ni untuk tebus balik kesalahan abang? Tak cukup lagi ke ha, Intan? Abang dah banyak bersabar dengan Intan. Tapi kali ni memang abang dah tak boleh nak sabar. Intan dah melampau sangat!"
            Akhirnya, setelah tiga bulan Hafiz makan hati, akhirnya apa yang dirasanya selama ini diluahkan jua kepada sang isteri. Biar dia tahu betapa sakitnya apabila dilayan seperti orang asing. Sudahlah makan pakainya langsung tidak dijaga. Kejut tidurnya pula dibuat tidak tahu sahaja. Satiap katanya seperti angin sepoi-sepoi yang lalu seketika. Langsung tidak diendahkan. Semuanya tidak diambil peduli.
            Intan senyum sinis mendengar bicara Hafiz. Sekarang baru kau tahu macam mana sakitnya hati aku. Dulu masa kau hancurkan hidup aku kau tak fikir dulu. Kalau ikutkan hati aku, nak je aku mintak cerai dengan kau lah jantan. Tapi bila teringatkan anak ni anak kau, terus aku berubah hati. Sekejam-kejam aku, tak pula aku rela nak celarukan hidup budak tu.
            Intan diam sahaja. Langsung tidak mengendahkan sang suami yang sudah diamuk amarah. Biarlah Hafiz mahu memarahi dirinya sekalipun. Selagi mana dia mampu bertahan, dia akan bertahan. Dia mahu melihat juga akan tahap kesabaran lelaki itu. Adakah sama level dengan tahap kesabarannya.
            "Intan, I'm talking to you. So, please..."
            Melihatkan Intan yang cuma mengendahkan apa yang dituturnya, dia menyambung bicaranya lagi. Lebih tepat lagi meminta perhatian daripada si gadis.
            "Intan!"
            Hafiz memusingkan tubuh Intan yang sedang duduk mengiring melipat baju. Intan yang terkejut dengan tindakan drastik Hafiz menghadiahkan jejaka itu dengan pandangan tajam yang sukar untuk ditafsirkan.
            "Intan, please-lah. Abang dah tak sanggup nak hidup macam ni lagi. Tinggal satu rumah tapi langsung tiada perbualan. Abang tak suka Intan yang sekarang. Abang nak Intan yang dulu. Intan yang sentiasa happ-go-lucky. Please Intan, jangan buat abang macam ni. Abang tak sanggup."
            Setitik manik jernih jatuh ke pipi Hafiz tatkala dia melafazkan ayat itu. Sungguh! Dia tidak rela berhadapan dengan situasi itu. Dirinya dianggap seperti patung cendana yang tidak punya perasaan sahaja.
            Intan agak terpana dengan apa yang dilihatnya. Abang Hafiz menangis. Tapi, takkan sebegitu rapuh hati lelakinya untuk mengalirkan air mata.
            "Intan. Tolonglah. Kesianlah kat abang. Jangan buat abang macam tunggul kayu lagi. Abang sayang Intan. Abang cinta Intan. Sangat-sangat! Intan pun tahu akan hal tu, kan?"
            Intan kelu mendengar bicara suaminya. Tiada sepatah kata pun yang mampu dia ungkapkan. Yang dia tahu sekarang ini, dia tersentuh melihat air mata yang membasahi pipi suaminya. Kata orang, lelaki jarang mengalirkan air mata. Jika dia mengalirkan air mata pun, mungkin kerana orang yang dicintainya telah menyakiti hatinya. Betulkah? Jika betul, bermakna dia telah menyakiti hati suaminya sendiri. Allahuakhbar! Berdosanya hambamu ini Ya Allah keran telah melukakan hati suami sendiri.
            Tanpa sedar, Intan turut mengalirkan air mata. Sedih dia melihat keadaan suaminya yang merayu-rayu kepadanya. Terasa dirinya begitu kejam kepada suami sendiri. Pantaskah syurga buatku? Persoalan itu bermain-main di fikirannya.
            "Abang, tolong lepaskan Intan," pinta Intan perlahan.
            Mendengarkan permintaan si isteri, perlahan-lahan Hafiz melepaskan cengkamannya di bahu Intan. Intan pula apabila sudah dibebaskan, terus sahaja dia keluar dari bilik tidur itu. Tidak sanggup rasanya ingin berlama-lama di dalam bilik yang rasanya nanti bakal banjir dengan air mata.
            Hafiz menghantar permergian Intan ke luar bilik dengan pandangan sayu. Seperti tidak percaya sahaja Intan tidak dapat memaafkan dirinya. Intan... Kenapa begitu keras hatimu?
***
Keesokan harinya.
Tok! Tok! Tok!
            Kedengaran pintu pejabat Hafiz  diketuk. Dia memandang sekilas ke arah pintu pejabat. Kelihatan PA-nya, Nurul berdiri di hadapan pintu pejabatnya sambil memegang sekotak hadiah di tangan.
            "Coming!"
            Mendengar sahaja perkataan 'coming' yang disebut oleh Hafiz, terus Nurul membuka pintu pejabat bosnya dan melangkah masuk mendekati meja kerja Hafiz.
            "What's up?"
            Soalan biasa yang disoal Hafiz kepada Nurul tiap kali Nurul memasuki biliknya.
            "Nah, special untuk bos. Ada despact yang hantarkan ke sini tadi."
            Nurul menghulurkan sebuah kotak yang cantik berbalut dengan sampul hadiah. Di atasnya terdapat sekeping kad berbentuk hati yang dilekat di atas kotak itu.
            "Oh, thanks."
            Hafiz menghadiahkan sebuah senyuman kepada Nurul tanda terima kasih.
            "Welcome."
            Nurul membalas senyuman bosnya kemudian dia mengatur langkah keluar dari bilik itu.
            Hafiz mencapai kotak hadiah yang berbalut cantik. Kad yang terlekat di atasnya dibuka dan setiap bait tulisan yang tercoret di atas kad itu dibaca.
           
            Dearest my beloved husband,
            Kalau abang nak Intan maafkan abang, jumpa Intan dekat tempat biasa. Right now! See ya 8-)
            Your wife,
            Nur Intan Humaira <3

            Hafiz tersenyum sumbing membaca isi dalam kad itu. Kemudian dia berfikir. Tempat biasa? Hem, kat mana ya? Adakah...?
            Apabila sudah dapat mengagak di manakah tempat yang dimaksudkan Intan, Hafiz cepat-cepat mengemas meja kerjanya yang bersepah. Telefon yang terletak di atas meja dicapai dan dia bergegas keluar dari biliknya.
            "Nurul, cancel all my appoinment and meeting."
            Itu sahaja yang sempat dipesan oleh Hafiz kepada Nurul sebelum dia meninggalkan pejabat. Sekarang, semua hal kerja dia mahu tolak ke tepi. Apa yang penting ialah isterinya.
***
            Intan duduk mengambil angin di bawah sebuah pondok usang. Suasana pantai yang nyaman sangat mendamaikan hatinya. Dia sekarang sedang menunggu satu gerangan. Tetapi dia tidak pasti sama ada gerangan itu akan datang menemuinya di situ ataupun tidak.
            Bosan duduk di bawah pondok, Intan mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di gigi air. Sandalnya dibuang dari kaki dan diletakkan di atas lantai pondok. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan menuju ke gigi air.
            Sedang Intan bermain dengan ombak pantai, dia berasa seperti ada seseorang datang memeluknya dari belakang secara tiba-tiba. Dan pelukan itu dikemaskan apabila dia cuba untuk meleraikan pelukan tersebut.
            "Nur Intan Humaira, I love you so much! Do you love me?"
            Kedengaran suara garau seorang lelaki bersuara dekat dengan telinganya. Dia tahu siapa lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Hafiz. Dia tersenyum gembira. Jangkaannya tepat sekali. Hafiz sudah tentu datang menemuinya di situ.
            "Hey, baby boo. I ask you, do you love me?"
            Sekali lagi Hafiz menyoalnya dengan soalan yang sama. Do you love me?
            "No!" Intan menjawab dengan senyuman. Bukan dia tidak cinta, tetapi sengaja dia ingin melihat reaksi suaminya.
            Mendengar sahaja jawapan yang diberikan Intan, terus Hafiz meleraikan pelukan. Tubuh Intan yang membelakanginya dipusing seratus lapan puluh darjah menghadapnya.
            "But, why?" Hafiz menyoal dengan riak muka yang muram. Sudah tentu dia sedih dengan jawapan yang aku berikan. Fikir Intan.
            "Because.. I love my husband!"
            Intan senyum tepi dengan jawapannya.
            "So, who am I?"
            Hafiz menyoal lagi.
            "My husband..."
            Selepas berkata demikian, terus tubuh sasa Hafiz dipeluk Intan. Hafiz pula membalas pelukan isterinya dengan memeluk tubuh genik itu kembali. Kasihnya seakan tumpah kepada si gadis saat itu juga tatkala mendengar jawapan yang dilafazkan Intan.
            "I love you too, my wife."
            Hafiz mencium ubun-ubun isterinya yang berlapik tudung Aidijuma. Kasihnya kepada Intan tidak terperi. Sayangnya kepada wanita itu tidak ternilai. Dan cintanya dia kepada si isteri lebih tinggi daripada Gunung Everest dan In Sha Allah sampai ke syurga. Amin..
***
            "Abang, boleh Intan tanya sikit?"
            Intan mengambil tempat berhadapan dengan Hafiz yang sedang asyik membaca buku.
            Mendengar sahaja Intan bersuara, terus Hafiz menanda muka surat yang dibaca dan kemudian buku itu ditutup dan diletakkan di atas meja di sebelah katil. Sekarang, dia mahu menumpukan perhatian kepada soalan yang bakal diajukan oleh isterinya kepada dirinya.
            Melihatkan tindak balas Hafiz yang menutup buku yang sedang dibaca, Intan tahu Hafiz sekarang mahu menumpukan perhatian kepada dirinya. Tanpa menunggu dahulu keizinan dari sang suami, terus dia membuka mulut bertanya.
            "Kenapa abang rogol Intan. Sorry kalau soalan Intan ni agak keterlaluan. Tapi, Intan nak sangat tahu kenapa."
            Intan memandang Hafiz dengan muka penuh pengharapan. Berharap agar suaminya itu menjawab soalan yang diajukan.
            "Sebelum abang jawab, abang nak tanya Intan dulu. Intan baca sampai habis tak buku nota tu?"
            Intan menggeleng sebagai jawapan kepada soalan Hafiz. Hafiz pula ukir senyum. Hidung mancung Intan ditarik perlahan.
            "Okay-lah. Tak apa. Let me tell you the truth, ya? Actually, abang bukan sengaja buat macam tu kat Intan. Semuanya bersebab, sayang."
            Hafiz berhenti dari berkata-kata. Dia merenung mata hazel milik Intan seperti mencari kekuatan sahaja. Nafas ditarik dan dihembus perlahan-lahan.
            "Abang rogol Intan sebab abang nak Intan jadi isteri abang."
             Begitu ringkas dan padat jawapan yang diberikan Hafiz kepada isterinya. Dia oles senyum apabila melihat kerutan di dahi Intan. Pasti gadis itu tidak mengerti dengan apa yang dimaksudkan.
            "You know that I love you, right?"
            Hafiz angkat kening menyoal. Intan pula mengangguk menjawab soalan Hafiz.
            "So, that's why I did it to you. That's the reason. Understand?"
            Sekali lagi Hafiz mengangkat kening menyoal. Tetapi kali ini jawapan yang diberikan Intan ialah gelengan, bukan anggukan seperti tadi.
            "Tapi kenapa kalau abang cintakan Intan, abang kena buat macam tu kat Intan? Tak ada cara lain ke?"
            Intan masih dibelengu kepelikan. Dia masih tidak jelas dengan jawapan yang diberikan Hafiz.
            "Intan sayang. Abang buat macam tu kat Intan sebab abang cintakan Intan dan abang nak jadikan Intan sebagai isteri abang. Masa tu, memang abang macam terdesak aje nak memiliki Intan. Abang pun tak tahu kenapa. Then, I plan to rape you. So, after I rape you, of course you will pregnant, right? Ha, masa tu abang tahu Intan mesti tengah pening dengan kandungan tu. Jadi, abang gunakan kandungan tu untuk memperisterikan Intan. Abang bukan nak seksa Intan, tapi jalan itu je yang abang nampak masa tu. Sorry sangat-sangat sebab abang buat macam tu kat Intan."
            Air mata mula bergenang di kelopak mata Hafiz. Dia tahu walaupun banyak kali dia minta maaf kepada isterinya dan banyak kali jugak isterinya memaafkan dirinya, dia tetap tidak dapat mengembalikan keperempuanan Intan. Inilah yang dikatakan penyesalan yang tak sudah.
            "Oh.. Begitu ya? Sekarang baru Intan faham.. Lepas ni, abang janganlah nangis lagi, eyh? Intan tak suka tengok abang nangis. Nampak tak macho. Abang anggap je semua tu takdir buat diri Intan. Tapi satu je Intan pinta, tolong jangan bagitahu Sara tentang hal ni, kay? Biarlah ia kekal rahsia. Anak kita tak perlu tahu tentang hal ni. Boleh, abang?"
            Intan merenung wajah Hafiz berharap lelaki itu akan berkata 'boleh'. Kedua-dua tangannya dilekapkan ke pipi Hafiz.
            "Boleh sayang.. Anything for you."
            Hafiz menguncup dahi Intan syahdu. Kasihnya tumpah lagi tatkala itu. Sayang dan cintanya kepada Intan semakin bertambah.
            "Thanks my love. Uhibbuka fillah abadan abada. Tapi kan bang.. Satu je abang tak tahu pasal Intan. Actually, Intan pun cintakan abang dari dulu lagi. Since I'm fifth. Amira tahu tentang hal ni. Tapi, adik abang tu kan pandai simpan rahsia. So, hehe."
            Intan sengih menunjukkan sebaris giginya. Hafiz pula merenung Intan seperti tidak percaya. Huhu, nampaknya dia tidak bertepuk sebelah tangna. Arh, indahnya!
            "Nakal!"
            Hafiz menarik hidung Intan, kuat. Sampai merah hidung si isteri dibuatnya. Intan kemudiannya menarik balik hidung Hafiz dan mereka saling bergeletek dan bergelak tawa antara satu sama lain.
            Seperti cerita di dalam novel, bermulanya dengan kesedihan dan berakhirnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan juga. Tapi itulah hakikatnya. Tiada kesedihan yang tidak mempunyai kebahagian dan kegembiraan. Dan tiada kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak punya kesedihan. Kebahagiaan, kegembiraan dan kesedihan itu ibarat teman. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Dan kemudian terhasillah sebuah kesempurnaan.
            Semoga cinta di antara Intan dan Hafiz akan berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, In Sha Allah.
           
            
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...