Monday 29 June 2015

Masak Puding Caramel

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari ke-11 puasa di bulan yang mulia ni. Dan ini bermakna lagi 18 hari umat Islam nak sambut raya. Weee...! Tasyaba-nye! Ops, terpelat sudaa (tangan tutup mulut) .

Hari ini, dengan semangat kentalnya aku pulang dari sekolah dengan niat yang berkobar-kobar nak cuba masak puding caramel kesukaan aku. Amek kau! Ni kawan aku punya pasal la duk pot pet pot pet pasal puding ni depan aku. Abeh terliur ambe ni hor!

So, aku ni yg memang style tak tau malu sikit dengan kawan-kawan terus mintak resepi puding caramel dengan kawan aku ni ha. Padan muka kau! Buat lagi aku terliur. Mujur tak meleleh air liur segar aku aje. Kalau tak, naya je orang panggil aku 'anak dara pingitan tak senonoh'. Kurang haja'.
Kawan aku ni, bila aku mintak aje resepi then beritahu dia aku nak masak, terus terbelalak biji mata dia yang dah sedia terlebih belalak tu. Mujur lah dia tu comel, kan? Tapi tak heran sangat lah kalo dia sampai terbelalak dengan permintaan aku. Sebab, memang dia tahu aku ni bukan suka nak pegang alatan-alatan dapur ni. Apatah lagi memasak? Huih! Memang tunggu kahwin dulu lah agaknya. Well, aku memang tak biasa memasak pun. Nak buat macam mana, jadual harian aku memang dah terlebih padat. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku sumbat sampai boleh jadi padat macam tu.

Tapi, mentang-mentang aku ni tak biasa masak, jangan ingat aku tak reti masak pulak. Memanglah aku tak biasa masak, tapi aku still boleh masak, ok. Bukannya tak tahu langsung.

Petang ni, sampai je kat rumah, aku pergi mandi siap-siap then suruh adik aku pergi beli susu pekat. Masa tu, memang excited gila-gila nak masak. Almaklumlah, dah lebih setahun dah aku tak masak. Kikiki. Teruk kan? Heee... Anak dara jenis apa la ni...

Bila adik aku balik dari kedai dengan se-tin susu pekat, maka bermulalah aktiviti aku memasak puding caramel. Memang sedikit gugup (bukan sedikit sebenarnya, tapi BANYAK!) , tapi aku kentalkan jugak hati ni. Kalo tak kental, macam mana nak masak kan? Kalo tak masak, macam mana nak makan, kan? Kalo tak makan, mengidam kalah dak buyung pulak aku nanti.
Kertas resepi yang kawan aku beri kat aku, aku buka dan aku follow one by one apa yang tertulis atas kertas tu...

(Resepi puding caramel, aku update di lain entry. Hope maklum!)

Sambil aku kacau adunan, sambil aku tadah telinga dengar mak aku membebel itu-ini. Haih! Sabar aje lah. Cuma yg aku mampu buat masa tu adalah senyum dan terus senyum. Senyum tu kan sedekah... Senyum! Tak perlu kata apa-apa ;)

Lepas siap kacau adunan tu, then mak aku tolong aku letakkan 'loyang' yang berisi adunan ke dalam bekas kukus. Maklumlah, aku ni kan jenis yg 'comel-comel' gitu. Tak sampai la nak letakkan sendiri. Nak kacaukan adunan pun tak sampai. Terpaksalah aku melutut atas kerusi.

Bila semuanya dah siap duk 'membakar diri' di atas dapur, mak aku pun dengan senang, gembira dan sukacitanya meninggalkan adunan-adunan itu kepadaku. Aku pulak hanya mampu tertunduk lemah. Masa tu, tak tau lah apa yang bakal terjadi kepada 'puding caramel to be' tu dalam masa satu jam yg akan datang..

Sambil-sambil aku tunggu puding tu masak, sambil tu jugaklah aku tonton Running Man kat TV2. Seriously, memang aku lupa dengan gerangan si puding di atas dapur dek keasyikan menonton tv. Apatah lagi, episod kali ni ada Lee Seung Gi. Lagi lah aku jadi 'gila'.

Tapi, nasib menyebelahi aku. Cerita Running Man iklan tepat pada waktunya. Bila aku pergi tengok puding aku, wah!!! Dah masak!! Terliur pulak rasanya. Mujur je iman ni kuat, masih boleh tahan lagi nafsu makan. Kalau tak, dah lama aku ngap.

Masa berbuka, aku berbuka ala kadar je sebab perut aku ni, aku nak tinggalkan sikit ruang untuk isi puding caramel tu. Tapi, nasib aku dah ditentukan. Dah nama pun aku ni jenis yg 'comel-comel', maka perut pun 'comel-comel' jugak la. Makan sikit je, tapi dah terlebih kenyang. Tapi, aku gagahkan jua perut aku ni untuk menerima puding caramel tu.

Dan rasanya... Jeng Jeng Jeng !!! Sedap :D ! Tu pada perut aku la. Memang best...
Lepas aku dah siap makan beberapa potong, aku pun mesej la kawan aku.. Nak beritahu apa result-nya... Tapi.. Korang tau apa yg dia balas?

'Sha, sorry. Sye dok ingat nk kabo kat awak kena letak gok esen vanilla'
Terkejut bukan ketalang aku. Masa tu, tak tau nak cakap la.. Memang tak puas hati gila. Tadi kat sekolah bukan main lagi explain kat aku takut aku silap... Alih-alih dia yg silap. Sabar aje la.
Tapi tak kisah sangat pun. And aku tak marah pun kat dia sebab puding tu pun sedap. Tak ada cacat celanya. Lagi pula, kawan aku tu comelnya yg ampun. Memang cair la hati aku yg dah tersedia lembik ni. Muka ala-ala Arab, mana tak comelnya. Kan? Eh, terpuji sudaa. (Pejam mata tutup mulut)
Aku ni sebagai kawan yg baik hati dan pemaaf, dengan rela hatinya memaafkan dia... Dia kan comel!
Malam tu, bila mak aku balik rumah, aku pun suruh la dia rasa. And reaksi mak aku agak boleh dibanggakanlah untuk aku yg first time try masak ni. Mak aku cakap, "bolehlah..." . Ok, fine. Thanks mum for the comment.. Love you to the moon and back <(@ ̄︶ ̄@)>

Reaksi kakak aku pulak memang buat aku kembang setaman la.. Mood yg sedikit down ni pun boleh up sampai tahap terlebih infinite. Hekhek . Over lah pulak aku ni..

Kakak aku cakap, "sedap!" sekali dengan muka budak-budaknya. Kalo tengok memang tak padan langsung macam umur 19 tahun..

Tapi, kakak aku komen sikit la. "Tolong kurangkan manis" ...

Ok, bos! Ai Ai, kapten! Nasihatmu akan ku tampal di dalam mindaku. Biu Biu My Sis Yg Bam Bam ╭(′▽‵)╭(′▽‵)╭(′▽‵)╯ GO!

After mendengar kritikan dari dua orang idola yg amat ku sanjung dalam bidang memasak ni, maka bolehlah aku tidur dengar lena malam ni. Tak sabar pulak nak letakkan kepala kat atas bantal aku yg empuk tu. Eiiii!

Ok lah, baiii! Nak tidur ::>_<::


Assalamualaikum O(∩_∩)O

Kat bawah ni aku hadiahkan gambar puding caramel yg aku masakkan untuk korang. Mohon terliur! Blek :p
⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩⇩

No comments:

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum semua :') . Memang trend eyh zaman sekarang pakai tudung (turban) tutup rambut je. Kenapa? Batang leher tu bukan aurat...