Friday, 3 March 2017

BETWEEN OUR LAUGHS, LONG TALKS, STUPID FIGHTS AND JOKES, I FELL IN LOVE

Assalamualaikum semua :')
.
Actually semasa aku sedang menaip entry ni, jam dah tunjuk pukul 1.07 am dah. But I dont feel like wanna sleep yet. I just... Cannot sleep.
Ok.
Hati aku tengah down sekarang ni. Sangat down, actually. Everything started with a comment at my IG. And, now. Aku rasa nak nangis. Nak nangis tapi takde air mata yang nak keluar. Kau rasa? Siksa sangat tau!
Actually, aku tak tahu apa yang nak dikongsikan pada pagi ni. But, I just feel like wanna write something. Because, through writing, I can calm my heart (entah betul ke tak ayat tu). Just through writing. Bukan semua benda kita boleh share dengan orang. And kalau boleh share pun, aku tak tau nak share dengan siapa. Sedih kan?
Sooooo.
BETWEEN OUR LAUGHS, LONG TALKS, STUPID FIGHTS AND JOKES, I FEEL IN LOVE.
Siapa je yang tak pernah jatuh cinta kan? Aku pun pernah. Dengan Allah dan mak aku, obviously! Haha. Ok, tak kelakar.
Hemm.. Aku pernah jatuh suka kat someone ni. Jatuh cinta tu over sangat sebab aku baru je 16 tahun. Apalah sangat yang aku tahu tentang cinta? So, it's better for me to use, SUKA.
So, aku pernah jatuh suka dengan someone ni. Aku start suka dia time aku darjah 6 and masa tu dia form 3.
Aku suka dia. Suka sangat! Walaupun dia tu menjengkelkan and selalu buat aku sakit hati but... Aku rasa happy. Aku happy dengan annoying dia tu. Sakit hati yang aku rasa tu menggembirakan. Aku tak tahulah apa yang dah jadi dengan aku. But seriously! Memang aku tak boleh tipu diri dan perasaan aku yang aku sukakan dia.
4 tahun aku simpan perasaan ni. Since aku darjah 6 sampailah sekarang, aku dah form 4. EMPAT TAHUN. But now, I think, I should buang je perasaan suka aku tu.
Sebab?
Sebab dah tak guna.
Dulu aku happy dengan perasaan tu walaupun aku tak tahu apa perasaan dia kat aku. Walaupun kitorang JARANG SANGAT-SANGAT-SANGAT CHAT, berjumpa apatah lagi? Tak pernah langsung pun sebab aku kat Timur dia kat Barat, tapi aku still rasa happy bila teringatkan dia. But now, everythings changed! Perasaan tu rasa macam membunuh. Rindu tu menyesakkan jiwa. And aku rasa aku patut buang je rasa tu supaya aku tak perlu lagi rasa nak terbunuh dan sesak jiwa dengan semua tu.
Memang susah. Tapi lebih baik susah sekarang daripada aku tersiksa dengan semua tu sekarang and di masa akan datang. Lagipun hidup aku ni panjang lagi (InshaAllah), so for what aku nak bazirkan masa aku dengan semua tu? Kan?
Aku tak nak cerita secara detail tentang apa yang aku alami sebab aku rasa ni bukan tempat yang sesuai. Memang ni blog aku and blog ni dah macam personal diary kita. But, blog ni public. Walaupun aku tak famous macam Yuyu Zulaikha, tapi aku tahu ada yang baca blog aku ni. Hehe XD (Tiba-tiba rasa retis)
So... Hem. Aku rasa tu ke jot yang aku mampu tulis untuk pagi yang hening ni. Niat di hati nak tulis panjang lagi, tapi nak buat macam mana? CANNOT BRAIN!!
But, before that. Korang jangan salah faham tau. AKU TAK COUPLE TAU. AKU JUST SUKA JE DIA TU. NO MORE. SUKA TAK SEMESTINYA COUPLE. Oh, dia tahu aku suka dia sebab aku gitau dia time aku form 1.
And satu lagi perkara yang aku kena ingatkan diri aku. SUKA TAK SEMESTINYA MEMILIKI.
Ok, Sha. Stop it stop it. You should sleep now because it's already 1.32 am.
Ya.. It's already 1.32 am. But still. I dont feel like wanna sleep yet.
.
So guys and girls, thats all for this time. Selamat pagi, selamat tidur, sleep tight, sweet dream and jangan lupa bangun qiamullai tau! Ingat tu!
So, assalamualaikum everyone :')
.
.
Thanks for reading this entry ^_^
.
.
Foot note;
To you, just if you read this.
-> Semoga mung happy dengan life mung. Jadi anak yang baik dan soleh. Umat Rasulullah yang baik dan hamba Allah yang patuh.
Terima kasih untuk 4 tahun yang mengembirakan ni walaupun mung sangat sangat sangat annoying! Tapi annoying mung tu sebenarnya drug untuk aku terus tersenyum :') Semoga bahagia dunia akhirat and May Allah bless you :)
.
.
.

Wednesday, 1 March 2017

Quote Of The Day #13

Assalamualaikum semua :')

.

Waaaa! It's a very-very-very long time am not updating any quote here. Last quote yang aku update ialah pada 8/9/2016 lepas. TAHUN LEPAS, ok! Hari ni dah 1/3/2017 dah. It's been 6 months already! Lamanya XD

Actually, bukan sengaja tau tak nak update. Tapi busy. Tapi aku sendiri pun tak tahu busy apa.

Hemmmm.

Takpe, abaikan je lah.

So, today's Quote Of The Day is;

"Wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Ok. I'll try to be one. The one yang tidak memandang dan tidak dipandang. That's why aku cuba didik diri aku. Didik diri untuk lari dari kebiasaan.

Aku manusia biasa. Suka memandang. Lagi-lagi something yang lawa-lawa. Lagilah aku suka! Aku kan manusia biasa ^_^ Dan suka perkara yang lawa tu ialah fitrah. Lagi-lagi aku ni perempuan. Ada 9 nafsu. Dan 9 nafsu itu terarah kepada kecantikan.

Kat IG sekarang ni ramai gila kot instafemes lelaki yang hensem-hensem. Paling hot sekarang ni ialah tak lain tak bukan, Isyraf Danish, owner IG @syafx . Kawan aku selalu cerita pasal dia ni kat aku. Itulah inilah. Macam-macamlah!

Isyraf tu kan hensem. Memang ramai la gegirls yang suka stalk IG dia tengok gambar-gambar dia yang handsome tu. Dan... Aku cuba didik diri aku. Aku cuba behave. Untuk tak buka IG dia. Untuk tak stalk dia. Aku cuba lari dari kebiasaan. Sebab dulu time form2 and form3, aku suka sangat stalk dia ni. So, sekarang, aku nak tinggalkan aktiviti tu. Kalau boleh tak nak buka langsung pun IG dia. Sebab;

"Wanita solehah tidak memandang."

Aku cuba.
Aku usaha.
Dan sekarang, alhamdulillah.
Might say, memang aku tak buka langsung pun IG dia. Follow pun tak. Dan sekarang aku rasa tenang. Walaupun kawan aku cerita macam-macam pasal dia kat aku, tapi aku tak terasa untuk stalk IG dia pun. Entahlah. Rasa pelik pulak bila stalk IG dia dan lelaki-lelaki lain.

"Wanita solehah tidak memandang."

.
************************************************************************
.

"Wanita solehah tidak dipandang."

Dulu time darjah 6 dan form 1, aku suka sangat upload gambar kat Facebook. Masa tu Facebook tengah in. Ramai gadis baya-baya aku yang kejar like sebab nak jadi hot stuff.

Bila upload gambar, aku akan make sure, likers aku melebih 40. Kalau lebih 40likes tu kira hot stuff la. Satu lagi, aku sangat suka bila ada lelaki yang komen dan puji aku lawa, cantik, comel etc etc.

I just dont know why I like all those thingy things.

And... Sampai la satu ketika. Mungkin Allah nak tegur aku kot. So, Dia hantar seorang lelaki untuk tegur aku. Tegur dengan ayat yang sentap sangat!

"Ko upload pic lawa-lawa lepas tu laki puji ko comel then ko melt. Ko ingat elok?"

Zappp!

Meresap terus dalam hati.

Masa tu aku form 1. Dan lepas kena tegur macam tu, aku stop upload gambar. Tapi bukan stop terus pun. After like 2 months macam tu, aku upload satu lagi gambar. And tu gambar last yang aku uplod kat FB.

Naik form 2, aku still lagi ber-FB. Tapi masa ni FB dah kurang hot. Masa ni ramai dah berpindah ke IG. Tapi aku still lagi takde IG.

Satu hari ni, tengah-tengah duk scroll FB baca status-status friends kat newsfeed, adalah aku terbaca satu status ni yang sentap jugak.

"Wanita solehah, dia akan delete komen lelaki yang puji dia comel. Tapi, wanita yang lebih solehah, tak akan ada satu pun gambar dia di media sosial."

Zapp!

Yang ni lagi sentap.

Lepas tu, aku tak tau apa yang menggerakkan diri aku. Aku buka profile FB aku dan delete SEMUA gambar aku. SEMUA!

Dan lepas tu aku tak upload dah gambar aku kat FB. Alhamdulillah. Sampai sekarang aku tak upload. Kalau ada pun, gambar yang sepupu, kawan-kawan dan kakak aku tag kat aku. Gambar yang aku upload memang takde.

Display picture pun aku tukar kepada gambar wanita berpurdah. Tu bukan gambar aku, tapi gambar yang aku ambik kat Google.

Kenapa aku buat semua ni? Sebab;

"Wanita solehah tidak dipandang."

Kalau aku upload gambar, mesti akan ada orang yang memandang. Mesti akan ada LELAKI yang memandang. So, bila aku buat macam ni, aku takkan dipandang :)

"Wanita solehah tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Tapi aku pun manusia biasa. Ada nafsu jugak. 9 lagi tuu.

Start form 2, aku memang tak aktif FB. Jarang on FB. And akhirnya aku beralih arah jugak kepada IG. Tapi alhamdulillah, aku tak ulang kesilapan aku. Aku tak upload gambar aku.

Ada lah jugak aku upload 2 gambar. Tapi aku dah delete dah gambar-gambar tu. Kalau ada gambar aku pun, gambar aku bersama kawan-kawan dan family members. Gambar macam tu takpelah sebab orang yang melihat tak boleh spot yang mana satu aku. Orang pun tak kenal aku :D

Cuma... Sekarang ni, gambar aku still ada kat blog kesayangan aku ni. Aku masih mencari masa. Mencari masa untuk revamp blog. Buang apa-apa yang tak patut dan lepas ni share something yang good-good dan bermanfaat je.

Aku cuba.
Aku usaha.
Kalau ada yang tersilap tu, maafkan aku.
Kerna aku cuma manusia biasa.
Manusia yang tidak sempurna.
Ada salah dan khilaf sendiri.

.
************************************************************************
.

"Wanita solehah tidak memandang dan tidak dipandang."

.
************************************************************************
.

Sekian sahaja dari aku untuk kali ini. Lain kali aku update quote baru pulak ya?

Assalamualaikum semua :')

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.

Credit to @suhailamustaffa for the picture below.

.
.

Tuesday, 28 February 2017

Sepuluh Wanita Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum semua :')

.

Hari ni aku nak share satu info kat korang semua tentang SEPULUH WANITA TERCANTIK DI DUNIA.

Baca tau! Mana tau korang merupakan wanita tersebut ;')

.
************************************
************************************
.

.:: SEPULUH WANITA TERCANTIK DI DUNIA ::.

1. Seorang wanita yang menghafal Al-Quran dan melaksanakan hukum-hukum yang ada di dalamnya.

2. Seorang wanita yang menjadikan wanita-wanita solehah, isteri-isteri Nabi dan sahabat Nabi sebagai suri tauladan dalam kehidupannya.

3. Seorang wanita yang tidak menoleh kepada seruan apa sahaja, dari sana sini! Yang mengajaknya untuk meninggalkan kehormatan, kesucian dan rasa malunya.

4. Seorang wanita yang menunaikan kewajipannya dalam berbagai sisi kehidupan.

5. Seorang wanita yang taat kepada suaminya dalam perkara yang ma’ruf dan menjadi teman dan penolongnya dalam kebaikan.

6. Seorang wanita yang menahan diri dari kenikmatan tidur untuk berdiri di hadapan Rabb-nya.
Menegakkan solat dan memohon pahala dan ganjaran kepada-Nya.

7. Seorang wanita yang menunaikan puasa sunat, mengharap keredaan, cinta dan keberkatan dari Rabb-nya.

8. Seorang wanita yang menjaga lisannya dan tidak merendahkan kehormatan orang lain.

9. Seorang wanita yang tidak melihat kepada apa yang ALLAH SWT haramkan.

10. Seorang wanita yang mengedepankan suami, anak-anak, harta serta jiwanya di jalan ALLAH SWT dan dalam rangka pembelaan terhadap agamanya.

.

InsyaALLAH Wanita yang dimaksudkan adalah wanita yang sedang membaca catatan ini yang cantik dan solehah. Semoga ALLAH memberikan keberkatan kepada para muslimah di mana sahaja mereka berada. Dan semoga para lelaki yang membaca catatan ini mendapat jodoh yang cantik dan solehah.

Aamiin Ya Rabbal’Aalamiin…

.
************************************
************************************
.

Agak-agak korang ada tak dalam senarai 10 wanita tercantik di dunia seperti di atas?

Kalau ada, tahniah!
Kalau tidak, tak apa. Jangan bersedih. Ayuh, kita sama-sama usaha untuk jadi wanita tercantik di dunia ^_^

.
.

Terima kasih kepada ahli group Dai Saiful Official yang memberi perkongsian ini.

.
.

Assalamualaikum dan salam bahagia semua.

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.

Credit to @suhailamustaffa for the pictures below.

.
.

Friday, 3 February 2017

Allah's Love Letter #2

Assalamualaikum semua :')

.

Entri ini sekadar perkongsian. ALLAH'S LOVE LETTER. Dalam Quran semua Allah dah sebut. Cuma kita aja alpa.

Allahu!

Sentap sangat dengan ayat ni T_T

.

Jom kita sama-sama ubah diri kita. Stop jadi jahil and berlari menuju Jannah. Dari jahiliah ke jannah bak kata Aiman Banna haa.

Huhu.

Oklah. This is all for this time.. Lain kali aku share lagi, ya? Lately sibuk sangat T_T Tak terkejar.

.

Assalamualaikum semua. Have a nice day :D

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.
.

Saturday, 28 January 2017

Lirik Lagu Photograph - Ed Sheeran Dan Terjemahan

Assalamualaikum semua :')

.

Macam biasa, kalau aku share lirik lagu, mesti ada makna di sebalik lirik lagu tu. Tak kisahlah makna apa pun, yang penting ada makna. Takdelah lagu yang maknanya tak masuk akal macam lagu tekkkkk. Huuu. Tak boleh mention tajuk lagu tu. Nanti free je kena kecam. Aku tak nak!!!

So... Lirik lagu kali ni yang aku nak share ialah lirik lagu Photograph by Ed Sheeran.

Asyik lagu english je. Mananya lagu Melayu. Kan???? Hehe. Actually, aku jarang dan kurang dengar lagu Melayu. Tapi takpe. Next entry aku share lirik lagu Melayu. Ada satu lagu Melayu ni yang aku rasa liriknya sangat menyentuh kalbu. Cewah!!!

Ok lah. Malas nak intro panjang-panjang. Ni, lirik lagu Photograph by Ed Sheeran.

Make sure korang baca lirik lagu ni sambil korang dengar lagu ni kat earphone. Barulah feel, kannn?

Ok, let's sing!

********************************************************************************

Lirik Lagu PHOTOGRAPH by ED SHEERAN

.

Loving can hurt, loving can hurt sometimes
Mencintai bisa menyakitkan, mencintai terkadang bisa menyakitkan

But it's the only thing that I know
Tapi itulah satu-satunya yang kutahu

When it gets hard, you know it can get hard sometimes
Saat keadaan terasa sulit, kau tahu kadang keadaan bisa sulit

It is the only thing that makes us feel alive
Inilah satu-satunya yang membuat kita merasa hidup

II
We keep this love in a photograph
Kita simpan cinta ini di dalam foto

We made these memories for ourselves
Kita buat kenangan ini untuk diri kita
sendiri

Where our eyes are never closing
Dimana mata kita tak pernah terpejam

Our hearts are never broken
Hati kita tak pernah patah

And time's forever frozen, still
Dan waktu selamanya beku, diam

KORUS
So you can keep me
Hingga kau bisa menyimpanku

Inside the pocket of your ripped jeans
Di dalam saku celana robekmu

Holding me close until our eyes meet
Mendekapku erat hingga mata kita
bertemu

You won't ever be alone, wait for me to come home
Kau takkan pernah sendiri, tunggulah aku pulang

Loving can heal, loving can mend your soul
Mencintai bisa menyembuhkan, mencintai bisa merajut jiwamu

And it's the only thing that I know, know
Dan itulah satu-satunya yang kutahu, kutahu

BACK TO II
We keep this love in a photograph
Kita simpan cinta ini di dalam foto

We made these memories for ourselves
Kita buat kenangan ini untuk diri kita
sendiri

Where our eyes are never closing
Dimana mata kita tak pernah terpejam

Our hearts are never broken
Hati kita tak pernah patah

And time's forever frozen, still
Dan waktu selamanya beku, diam

KORUS
So you can keep me
Hingga kau bisa menyimpanku

Inside the pocket of your ripped jeans
Di dalam saku celana bututmu

Holding me close until our eyes meet
Mendekapku erat hingga mata kita
bertemu

You won't ever be alone
Kau takkan pernah sendiri

And if you hurt me
Dan jika kau menyakitiku

That's okay baby, only words bleed
Tak mengapa kasih, hanya kata-kata berdarah

Inside these pages you just hold me
Di dalam halaman ini kau hanya
mendekapku

And I won't ever let you go
Dan aku takkan pernah melepasmu

Wait for me to come home
Tunggulah aku pulang

Wait for me to come home
Tunggulah aku pulang

Wait for me to come home
Tunggulah aku pulang

Wait for me to come home
Tunggulah aku pulang

So you can fit me
Kau bisa menaruhku

Inside the necklace you got when you were sixteen
Di dalam kalung yang kau miliki saat usiamu enam belas tahun

Next to your heartbeat where I should be
Di dekat detak jantungmu dimana
harusnya kuberada

Keep it deep within your soul
Simpanlah dalam-dalam di jiwamu

And if you hurt me
Dan jika kau melukaiku

Well that's okay baby, only words bleed
Yah tak mengapa kasih, hanya kata-kata berdarah

Inside these pages you just hold me
Di dalam halaman ini, kau hanya
mendekapku

And I won't ever let you go
Dan aku takkan pernah melepasmu

When I'm away, I will remember how
you kissed me
Saat aku jauh darimu, aku kan ingat
bagaimana kau menciumku

Under the lamppost back on Sixth street
Di bawah tiang lampu di belakang jalan Enam

Hearing you whisper through the phone
Mendengarmu berbisik di telefon

Wait for me to come home
Tunggulah aku pulang

********************************************************************************

Thanks guys for reading this entry and sing one of my favourite song. Huhu. Terharu sangat! Sobs T_T

Lain kali kalau aku rajin and ada masa, aku share lagi lirik lagu lain and update banyak-banyak entry, k?
Sekarang ni serious aku tulis kau, aku memang sangat buzy! Busy with my priorities whish are homeworks and study. And busy jugak with my business yang tengah nak naik sekarang ni. Walaupun aku ni just a dropshipper, tapi kesibukan tu terasa jugak tau.

That's why, aku hanya akan update new entry bila aku rajin dan ada masa. Kalau rajin sahaja tapi takde masa tak boleh jugak kan? And kalau ada masa tapi mood malas pun tak boleh. Kena rajin dan ada masa. Atau dalam erti kata lain, kena ada masa dan tak malas. Eh, sama je kan? Ah, lantaklah! Yang penting aku faham. Hehehe XD

Ok lah uols semua. I end up this entry here. Assalamualaikum and bye, peeps ;)

.
.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.

Cc: Terjemahan Lirik Lagu Barat - Song Lyric Translation ; Photograph | Ed Sheeran

Thursday, 19 January 2017

Nurraysa Buat Promosi Gila-Gila Untuk Tahun Baru Cina!??

Assalamualaikum semua :')

Waaaa. It's been very longgg time I'm not updating any entry here. Yaaa. Im quiet busy. Busy with my daily routine as a full time student and dropship.

Everyday adaaaa je homeworks yang my teacher beri. Like, aku ni kat rumah makan keropok, goyang kaki sambil tengok cerita Upin Ipin -_- Dah la dengan balik sekolahnya lambat. Pukuk 4 baru sampai rumah. Tu belum masuk extra class lagi tu. Huuuu. Letihnya! Walaupun baru je bulan Januari. Sesak nafas aku tiap-tiap hari nak menghadap all those stuff. Now, tidur pukul 3 pagi tu dah jadi common thing. Pukul 3am tu macam pukul 12am je. Tidur pukul 3.30 am, bangun pukul 4.30 am. Kau rasa? Haaaaa... Kalau PM tau waktu tidur aku ni.

But, walaupun begitu, I still have time for myself. I still have time to comfort myself.

Selalunya, selepas balik dari sekolah, masa tu la aku manjakan diri aku ^_^ Makan, mandi, solat and then, I free.

Masa tu lah aku on IG untuk promote things I sell, untuk reply my customer's whatsapp, untuk proceed orders customers etc etc etc. Masa tu jugaklah aku on google and find some information untuk tambahkan knowledge dalam kepala aku ni sebab by 7pm aku akan off phone untuk solat, mengaji, solat lagi then buat homework. See? How busy I am..

Actually I dont want to nag about this here. Perkara tu tak penting pun. Today is Friday and Ganu cuti hari ni. So, yeay for me! Sebab tak perlu attend school. Just need to finish my homeworks yang bertingkat-tingkat ngalahkan Gunung Kinabalu tu. But, biarlah. Malam ni aku buat XD

Sooooo... As u guys know. Im a dropship of SahabateNuur and The Junni. I sell books, planners and quran. I also sell beauty products from The Junni.

And, this January, aku tambah lagi satu bisnes which is aku jadi dropship untuk Nurraysa Beauty. Yup! Im a dropship of Nurraysa Beauty. Let follow my business IG @nurraysatrustedseller .

Alhamdulillah, walaupun tak sampai sebulan pun lagi aku jadi dropship Nurraysa, tapi rezeki tu macam mencurah-curah je. Ada je customer yang text aku tanya pasal produk Nurraysa and nak beli produk ni. And, I feel so grateful. Walaupun komisen as a dropship tak banyak, but I still can save my money through this. And, InshaAllah, Im planning to upgrade my pangkat sekarang ni to agent. But.. Tunggy dululah. Not the time.

So, people. If you always follow Nurraysa punya aktiviti, Im sure you know about this. Yaa, as we know Chinese New Year is just around the corner. Lagi dua minggu je. And, know what?

Nurraysa buat promosi gila-gila sempena Chinese New Year!

Ahah! Nurraysa buat promosi gila-gila sempena Chinese New Year ni. Promosi tu bermula 21 January 2017 which is tomorrow till 7 February 2017. 17 haru tu promosi! Dengan harga produk yang jatuh merudum!

Aku sendiri rambang mata ok tengok harga produk. SEMUANYA MURAH!! Ringannnn je tangan ni nak buat online bank in beli produk Nurraysa. Huhu XD

Kalau korang berminat nak tahu berapa harga promosi yang Nurraysa tawarkan, feel free to have a look at pictures below. Or, just visit my business IG, @nurraysatrustedseller sebab aku akan upload all these pictures there including the caption.

And, kalau korang berminat nak beli, boleh whatsapp my business number, 01129218202 . Emel pun boleh. Just emel me at nauraqaseh2001@gmail.com dengan title 'Nurraysa's Customer'.

Im sure korang akan rasa sangat berpuas hati bila dah tengok harga nanti.

And.. Dont worry. I AM TRUSTED SELLER. Im sure duit korang tak kan akan hangus macam tu je ;')

Sooo. I stop here. Dont forget to have look at the pictures below.

Till I write again, ya? SOON! Assalamualaikum :')

.

Thanks for reading this entry ^_^

.
.

Wednesday, 4 January 2017

Random Entry That I Shounldn't Post

Assalamualaikum semua :)


Wah! It's been a very long time I'm not updating any story about mysef here. Huhu >< Bukan sengaja tau tak nak tulis entri baru,tapi sebab aku sibuk sangat. Yep! Kehidupan aku sangat hectic.

Actually, entry ini adalah bukan entry yang dirancang, Aku ta plan un untuk tulis entri ni, Tapi dah alang alang laptop ada dengan aku, aku pun apa lagi? Layan blog la :D

K, la guys. Aku bukan malas nak taip entry baru, tapi sekarang ni otak aku tengah beku. Tepu! Idea tak boleh nak masuk pun dalam kepala ni. Tak tau nak tulis apa. Hemmm..

So, I think, I should stop writing here.

Bye, dearies. Assalamualaikum :D

.

Thanks for reading this entry :')

BETWEEN OUR LAUGHS, LONG TALKS, STUPID FIGHTS AND JOKES, I FELL IN LOVE

Assalamualaikum semua :') . Actually semasa aku sedang menaip entry ni, jam dah tunjuk pukul 1.07 am dah. But I dont feel like wan...